Tuesday, February 25, 2014

awas! ini cerita campak belakang!

Assalamualaikum wbt


Rindu betul aku nak mengarang entry dekat blog ni. Sebelum ni kalau semua benda kalau boleh nak cerita kat sini. Padahal bukan main lama lagi aku ni cuti. la ni dah nak masuk belajar balik baru terhegeh-hegeh nak update entry.

Walaupun tahu bukan ada siapa yang baca. He he takpelah, janji esok bila bosan – bosan dapatlah recall balik apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Walaupun cerita aku tak berapa nak menyeluruh isinya dalam belog aku ni..
Apa-apapun..tanggal January,24th

Alhamdulillah, im 21 years old! Alhamdulillah atas segala kasih sayang; pemberian Allah SWT kepadaku sepanjang umurku. Untuk semua yang mengingati, terima kasih! Sayang semua :)

Dan hujung minggu ni insyaAllah aku akan ke shah alam. Alhamdulillah, aku dapat sambung pengajian di peringkat seterusnya. Degree! Rasa macam sekejap je masa tu jalan, macam baru semalam baru habis tadika *cliché tak

Jadi sepanjang cuti beberapa bulan ni, Berjaya juga aku kumpul sedikit pengalaman, ada yang manis ada yang tak berapa nak manis.. ada yang gembira ada yang tak berapa nak gembira; di samping simpan duit bayaq ptptn

Akhirnya lepas sebulan duduk tercongok dekat rumah jadi babysitter untuk *theyaya maka aku berjaya dapatkan kerja..tak adalah kerja hebat hebat sekadar cari pengalaman jadi pembantu kedai. Tapi pengalaman yang inilah yang buat aku lebih hargai duit.

Betapa penatnya kerja untuk dapatkan RM2.30 sahaja sejam tapi dikerah angkat itu angkat ini buat itu buat ini.. tulah dah biasa duk rumah terbongkang. He he Kalau sebelum ni boros aku macam nak gila, sekarang macam dah boleh kawal lagi.. kalau nak beli barang barang tu ada jugaklah fikir fikir..he he



Tapi tak lama sangat kerja dekat kedai tu sebab diganggu dengan 1 customer yang tahap kegatalan melampau.

 Uiiii akan aku ingat sampai bila bila benda ni. Aku boleh sikit sikit faham macam mana perasaan orang yang kalau kena sexual harassment di tempat kerja. Dia punya takut tu macam .. aisyhhh hanya Dia saja yang tahu betapa takutnya aku..Hari hari kau kerja dalam perasaan takut..Alhamdulillah ada cctv so dia tu takdelah berani nak buat bebukan sangat..



Dekat kedai tu pun aku berhadapan dengan situasi melayan pelanggan yang kurang waras..tapi bila dalam situasi yang ni perasaan kesian lebih menguasai diri. Tak juga kurangnya dengan layan customer yang miang+tak berapa betul. Yang ni yang seram. Okay serius tak tipu. Seram dia boleh buat kau gigil



Lepas berhenti, aku sambung kerja di jusco. Alhamdulillah walaupun sekejap aku enjoy kerja dekat sini, semuanya lebih teratur walaupun kena berdiri 9-11 jam sehari tapi aku tak rasa letih langsung..happy bila waktu solat dapat jaga..kawan kawan pun ramai..seram pun ada bila masuk store nak ambil barang waktu malam sebab katanya haunted sikit. Ntah lah..cerita yang ni pun tak berapa nak clear hohoh



Seronok masa cuti ni bila dapat jumpa sengsayang yang aku rindu. Then, dapat hangout dapat luah semua..dapat pergi picnic dekat desaru..walaupun pes time aku masak nasi lemak tapi macam nasi ayam..PACITA! haha..pes time janot masak sambal ikan bilis.masak satu hal, jadi pulak tu sambal kau janot! Bangga aku! Hahah! dengan cake coklat nas dengan pika yang mengalami situasi tragis.tapi cake korang pun tahu jangan give up dan end up perfectly baked! Haha! Ini semua kenangan.sebab tu orang kata setiap yang berlaku tu penting! Every details that had been captured ni akan aku ingat sampai bila bila..hehe


masa memula kerja terus mintak cuti sebab pi lendu university,
tak tahan rindu korang semua T_T

cerita pergi tengok bola satu hal.yang tengok bola kat belah bawah ni pi tengok kat gs
dan dapat masul tv! haha
 yang atas belah kanan tu cerita pergi tipu tipu cari hadiah untuk boss. ish ish
clearance last dengan kekayangan aku masa dekat lendu university!
Tak lupa juga bila dapat jumpa dengan member-member diploma..pergi makan makan..pergi karaoke, ada yang pergi tengok bola, ada pergi sleep over lagi. Oberr tak hik hik paling oberr pergi uss dengan depa. Hok hok



Cerita pergi Universal Studio Singapore ni dah agak basi jugaklah, tapi cerita dia sangatlah tragis.last minute habis plan dia sebab susah plan yang awal awal minute memang susah nak jadi kenyataan..so last last dapat lah jugak kumpul beberapa orang. “Sangat beberapa orang” He he main berdesup jek plan kan. Walaupun selalunya memang macam ni. Last minute plan always work!



Tak lupa juga the other short get-away berdesup family aku ke Kota Kinabalu, Sabah! Sabah seriously sangat cantik! Kitorang sempat pergi snorkelling dekat Sapi and Memutik Island. Cantik sangat!And dia punya corals sumpah lawa! I was amaze by myself with all the corals down there sampai sedar sedar dah jauh kehujung dalam area snorkel yang dibenarkan. He he!  

Selama 3 malam di Sabah, kerja kami makan seafood sokmo. Aku memang tahu yang seafood mahal nak arwah sebab pernah handle masa dekat Melaka dulu, tapi lain ceritanya di Sabah!




Seafood dia sangat murah + berbaloi *walaupun kau akan bosan tunggu makanan dia nak siap masak tapi jangan risau dengan adanya game fun run dah tak terasa lama menunggu* + sedap + fresh + gemok gemok ikan udang sotong dia! I like!! Mimi bagi 4 bintang *acah acah nora Danish jap

Memang cita-cita aku dari kecik kecik dulu untuk jelajah Malaysia. Buat apa sibukkan diri pergi luar Negara sedangkan Negara sendiri pun tak habis jelajah kan? Ha ha.Now ada satu negeri je yang aku tak pernah pergi lagi. Kelantan. So anyone? Moh lah bawa aku ke Kelantan.. he he






Eh sedar tak sedar banyak dah aku type ni, lepas gian gila. Sokay! Entah bila pulak kan nak update entry baru nanti. He he

Stay tuned!




FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!