Monday, August 18, 2014

The unexpected truth! Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

haaaaaa benda ni yang paling student UiTM dihatiku semua tunggu!


tepat 14 Ogos 2014 haritu mulalah timeline twitteriah penuh dengan hashtag hashtag seperti #resultUiTM dah lah aku memang follow mpp uitm shah alam lagi gamus uitm yang sah sah memang akan retweet bebenda macam ni yang berkaitan dengan result.

nak dijadikan cerita malam 13 Ogos tu aku pergi tengok movie Into The Storm. sempat lagi cuoldz...hilanglah sikit rasa nervous yang tak berapa nak nervous. tu yang aku pelik tu..aku memang jenis nervous bila habis jawab paper tapi bila nak tahu result entah mana hilang nervous dia tu..walhal sebenarnya lepas habis final paper haritu aku meroyan sebab memang aku tak boleh buat paper financial math and actuarial math.. blank tahu blank..memang aku doa je jangan lah kena repeat sebab memang susahhhhhhhhhhhh tahappppppp atas hidung.. tak boleh bernafas kalau fikirkan balik masa jawab papers tu..

apa apa pun cerita into the storm tu best. tak membazir percaturan malam tu pergi terjah cinema last minit..merempit lah aku 20minit sampai cinema beli tix terus masuk. walaupun seat 4 row dari depan..gigih gila..dongak tak dongak lah cakap hengko.. sepanjang tu memang tak on mobile internet langsung sebab tahu mesti nanti whatsapp penuh dekat phone..balik rumah tu baru on. kan memang penuh..tu belum dekat twitter tu..

lepas dah rerehat sikit daripada nak tidur tak jadi ioldz nak tidur sebab tetiba si pj ni pergi cakap dah dapat result siap post result dia. eh eh cuak tak cuak aku pun check lah email sebab usually yang dapat email awal awal ni selalu yang dapat result hehebat je. haha

lepas tu tengok tak masuk pun...terus redha jelah tidur

macam apa entah pukau aku tetiba terbangun pukul 3.30 pagi..minum air skekk pastu refresh lah email kot dah masuk.. pun tak lagi.. pasrah jelah tidur balik. tak koser nak menunggu..lagipun dah pasrah gila macam macam lah jugak terlintas kat otak aku..seperti..ni confirm repeat..plus sebelum sebelum tu pun dah banyak kali aku meroyan kalau terfikir cara aku jawab final haritu..dengan carrymark yang setengah je. hummphh hancur harapan punah impian..

lepastu dah janji dengan bebudak ni aku tak kan sorok result aku teruk ke elok ke aku bagitahu je. pasrah kan..sebab before ni mesti nak acah acah sorok lepastu bagitahu dekat blog je. bajet retiz je. kali ni ingat malas nak sorok sebab aku malas dah nak update blog pasal result memandangkan im gonna shut my blog for a while cuma belum tentu bila je lagi. nak buka pun siapa nak baca. he he. baik set untuk private view je

then elok time azan subuh terjaga terus pergi solat..lepastu check lagi whatsapp bersepah dah bebudak ni tanya result aku..yang paling buat aku semangat nak check email tu sebab si paan whatsapp kata dia lulus. hahaha. kalau boleh nak printscreen je dia punya excited lulus tu dekat sini tapi aku baik so biarlah aku simpan kat phone je. hahahhaha

elok aku tengok lepastu roomate aku, zani pula whatsapp, siap whatsapp voice lagi. memula tu seram juga nak buka kang mana tahu suara lain kan..dah lah pepagi lagi. haha

yang buat aku bengang tu, email aku berjaya prank aku..sampai hati sangat memainkan aku macam ni tau..lepas subuh baru boleh tahu result padaahal.......



nampak tak email sebenarnya dah masuk pukul 1.21 pagi ! tergamak sangat tipu aku macam ni. den terkono dengan acik yahoo mail!!

apa apa pun alhamdulillah..setiap kali result keluar semua mesti aku tak dapat jangka..mungkin berkat bulan ramadhan haritu termakbul doa aku. Ya Allah. memang speechless habis masa aku buka email aku selain waktu tu subuh so tak kan nak jerit pepagi buta pula kan. he he..sebab kata buka ikut email so nah view daripada email aku

Alhamdulillah! Allah Ta'ala granted my doa!
perancangan Dia tak siapa tahu. rezeki ramadhan. Alhamdulillah


haa nampak tak ada subjects b..haa tulah killer subjects yang aku tak dapat buat masa final..nasib baik lah ada other subjects yang dapat cover pointer. Alhamdulillah

lepastu mulalah akak aku kata sebab ada subjek tu lah pointer kau okay, cuba tengok sem sem depan bila tinggal subjek course kau je. tengok lah masa tu pointer kau berapa. kwanghasam betul dia takutkan aku macam ni. punah rasa happy aku.

tapi memang betul pun. sebab ni memang banyak subjek lain yang tolong kalau tak...mana nak dapat pointer macam gitu. apa apa pun terima kasih untuk semua yang keep support dan doakan saya..terutamanya abah mama..

mama yang memang positif betul walau anak dia telefon cakap tak boleh buat semua memang repeat lah apa lah tapi positif je cakap..tak punya..memang berjaya lah tips mama suruh aim tinggi sikit daripada apa yang kita nak..maka masa exam haritu aku tampal pointer 4.1 dekat dinding sebelah katil aku tu..orang kata aim high..high 0.1 aku bagi.. hahahha

abah lagi best sebab aku memang dah pesan awal awal cakap

"mimi memang tak ada harapan dapat dekan ni, abah jangan berharap sangat tau-
 lepastu abah cakap,
"iyalah, tapi kenalah belajar bagi dapat juga nanti

haaa nampak tak macam tak kisah tapi kisah sebenarnya..hahahhahaa..

apa apa pun tahniah semua! kita dah cuba buat yang terbaik, belajar sampai tunggang terbalik bagai..gigih buat past years pagi petang malam tidur sejam dua tiga jam walaupun yang keluar final tak sama dengan previous exam..humphh!! sangat kan. haha!

dan mungkin ni rezeki Allah SWT nak bagi kita kali ni macam ni..lain hari nanti dia bagi rezeki ikut lain pula. harap lepas ni kita semua dapat buat lebih baik dari apa yang kita dah usaha sama sama..sebab memang lepas ni mesti lagi mencabar otak tenaga fizikal mental dan iman kita semua. moga korang tabah kalau ada unsur unsur frust lagi lepas ni..sebab tu salah satu cara untuk lepaskan stress yang bersarang dalam hati jiwa dan otak. hahahha

apa apa pun masih tak terlambat lagi untuk i ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 

kepada semua yang mengenali mahupun yang tidak mengenali diri ini..ikhlas daripada i especially untuk silent readers yang masih view blog i ni. haha! sebab i boleh track down tau berapa view setiap entry i setiap hari minggu bulan malah tahun dan dari mana you all semua! hahahaha

last but not least




kasi can lah! hahah!


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!