Sunday, February 8, 2015

miminators ke Krabi!





Assalamualaikum wbt


Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal trip semi budget ke Krabi,
Thailand..






aku|paan|ateen|nana|zani|rahimi
Trip kali ni disertai dengan ahli ahli loyal miminators! Terima kasih
lah sebab masih setia menjadi miminators! Hahahahahhahahahahah * muntah ijo

yang ni dekat depan Krabi Resort. tapi kitorang tak stay sini pun! haha!
ada live band belakang tu!


disebabkan kitorang nak acah acah backpacker tapi tak nak fully
backpacker maka aku namakan trip ke krabi kali ni semijeter  @ semi budget
backpacker

Untuk permulaan cerita dia nak pergi holiday dalam Malaysia je, bermula
dekat dalam library masa tengah study untuk final paper haritu.. disebabkan
semua apply brim terus rasa kaya maka terus decide nak pergi short vacay ke
mana mana lah janji bermain dengan air. 

Mula mula nak pergi pulau perhentian
je, tapi ntah kenapa keluar senarai adventure cove, Singapore, bali dan krabi..
disebabkan last year dah pergi USS maka tak naklah jejak Singapore lagi. Haha!
So kami pilih ke Krabi!

Kejadian on the spot ni dirancakkan lagi dengan roommate dekat lendu dulu, nana
ni nak pergi krabi juga. So daripada sibuk study untuk final paper stochastic
aku terus tukar topic cari budget pergi krabi..lepastu semuanya pun
bermula..tapi dekat sini aku nak cerita dengan terperinci sikit since aku baca
dekat blog blog lain semua aku tak dapat pun maklumat yang boleh dipercayai sesangat *macam kau punya ni boleh dipercayaii 100% sangat ! hahahha

Untuk cost aku akan cerita dalam Thailand Bath  so that nanti full cost
korang bolehlah tukar sendiri mengikut nilai tukaran mata wang korang masa nak
pergi nanti

Lets!

besar bakhang klia 2 ni! nasib baik dengan semangat confident yang tinggi main ikut je sign, sampai jugak kat departure hall! hahah
Untuk expenses  transportation, korang sebenarnya boleh pilih..ada
macam macam pilihan. Untuk yang transport daripada Malaysia aku cerita guna
duit RM k..kalau Thailand ke Thailand aku guna Bath










Disebabkan aku naik flight air asia, sebab nak jimat masa plus aku ambil
yang promo ticket. Maka untuk cost aku

Flight (RT) = RM 248 

promo air asia sebenarnya boleh je dapat murah
lagi kalau korang decide awal..yang ni aku dua minggu sebelum nak pergi baru
beli HAHA 

kalau siapa yang case macam aku, make sure check ticket hari selasa
sebab biasanya promo flight selasa murah sikit. dan sebab backpacker tak payah
lah ngada nak amik baggage bagai okay! nanti kena tambah lagi cost! and make
sure dah check in siap siap print your boarding pass so that tak payah beratur dah kat
kaunter dia!

Dari Krabi Airport ke Hotel
Option 1 (mini bas) = 150 bath
yang ni dalam mini bas ke hotel!
Option 2  (untuk satu kereta or texi) = 600 bath

Kalau naik bas pun okay since bas memang akan hantar korang direct
sejibik jibik ke hotel korang, tapi bila naik bas ni dia akan berhenti dulu
hentian pertama dekat satu kedai tour package dekat krabi town..driver dia
memang akan jerit
“Krabi Tauuu, Krabi
Tau
Masa ni jangan korang memandai mandai turun kalau korang nak seservey
baik servey dekat ao nang town je sebab lagi boleh dapat murah. Kebiasaannya
masa dekat sini ramai lah foreigner asing @ mat salleh akan turun sebab tak
tahu ingat kan bas memang berhentikan dekat sini

naik tuktuk!

Untuk perjalanan area krabi gunakan je tuktuk yang bersepah sepah dekat
sana tu, disamping murah kekdahnya

Jadi spent lah sikit duit untuk kos tuktuk dalam = 300 bath

dalam van! selesa sangat okay!!




Pulang dari hotel ke Krabi Airport, aku sewa van dapat 600 bath satu
van, disebabkan aku pergi berenam maka
=600/6 pax
=100 bath/ pax






Cost Transport
= RM 248 + (150 +300+100) bath =RM248 +550 bath

Okay untuk penginapan, yang ni korang make sure yang backpacker tu duduk
jelah dekat dorm-dorm backpacker yang bersepah sepah dekat Ao Nang, jangan
duduk dekat Krabi Town tau sebab adalah dalam setengah jam juga perjalanan
daripada Krabi Town ke Ao Nang tu. Susah nanti kalau nak jalan jalan dekat
pantai sebab pantai hanya di Ao Nang

And aku suggest backpacker duduk dekat Yellow Sun Backpacker sebab betul
betul dekat area Ao Nang Town and dah jimat kos naik tuk tuk sebab boleh jalan
kaki anytime je nak pergi pantai

Tapi macam case aku, kitorang stay dekat MDF Ao Nang Hostel

rahimi | abe | paan | aku | ateen | nana | zanie


Aku pun suggest stay sini sebab first and foremost, orang yang jaga
hotel ni boleh cakap klate! Hok aloh. Senang nak deal bila ada apa apa
masalah..

abe memang baik betul sebab untuk hari pertama tu dia bagi free ride
je pergi Ao Nang town naik tuktuk dia tapi bila dah lain lain hari tu korang
tahan jelah tuktuk yang bersepah dekat situ..malu lak asyik nak suh dia
hantarkan.hahaha..

plus tempat makan yang halal pun bersepah area MDF ni..free
wifi yang laju..kau bayagkan aku layan youtube tengok cerita korea selamat takde
buffer pun..

tandas pun bersih bakhang..ada 6 shower and 3 toilet..walupun berkongsi tapi jangan risau..selamat je..setiap pelosok ada cctv! luar jelah dalam takde lah..coiiii..

dorm pulak
ada 3 option( male dorm, female dorm, mix dorm *aippp) ada ar cond lagi katil pun bersih..memang selesa je..plus memang abe yang
baik hati deal kan memacam untuk kitorang semua..yeayyy macehh abe


Abe pesan kalau pergi krabi kalau hotel nak pergi weekday takpe boleh
terjah tapi kalau weekend make sure booked dulu sebab weekend memang ramai.
Macam kitorang pergi weekday sebab nak jimat cost kekdahnya so memang main
terjah je hahahah



Cost 
MDF Ao Nang Hostel dorm rate = 250 bath/per night = 250 x 3 = 750 bath

Okay sekarang meh cerita Aktiviti, sebenarnya dekat Krabi ni baaaaaanyak
sangat aktiviti yang kita boleh buat, tapi aku hanya tau several jelah

1.Island Hoping Tour Package (Biasanya ada 3 package)

a) Phi Phi Island Package – Untuk Package ni memang kau akan dijamu ke 7
jenis pulau dekat krabi ni antara yang aku ingat Bamboo Island, Maya,Monkey,
Phi Phi Land, Phi Phi Don and ada lagi dah lupa.  Masa aktiviti dari pagi
pukul 8 akan ada van yang akan ambil kita daripada hotel samapi ke 4 petang pun
akan ada orang yang akan hantar kita ke hotel balik..

otw nak naik speed boat!


ini ialah long tail! boleh bayangkan tak dia redah ombak camna!


bersama tourist seboat!


unni unni dari korea! depa bagi kami chocolate! combawo!
 Untuk package ni boleh pergi naik long tail boat atau speed boat.
kitorang ambil package daripada aonang speed boat!
Aku memang suggest sesengat ambil lah speed boat sebab kau tahu ombak
daripada ao nang beach ke pepulau tu kemain besar dan perjalanan dia jauh jauh
sebenarnya, adalah dalam 40 minit itu naik speed boat kalau naik long
tail..hmmm tak dapat dibayangkan
bamboo island! cantik sangat laut dia!
Untuk package ni, first sekali dia akan pergi ke bamboo island! Dekat
sini sumpah lah clear laut dia, cantik sangat! Pasir pun cantik! Tapi bila
pergi package ni dia singgah sekejap kejap jelah dekat satu satu pulau, untuk
dekat bamboo ni dia bagi setengah jam je, puas lah untuk rendam rendam ambil
gambar je

terapung katanya!


gigih ambil gambar underwater!




cantik kan!!!!






Lepastu kitorang pergi tengok pulau apa tah lupa dah tapi semua pun
best-best..layan jelah gambar gambar ni

maya bay! cantik tapi ramai sangat orang so rimas sikit!


phi phi island!


lobster dia.. fuhh


maya bay!


Yang dekat pulau ni boleh je nak snorkel tapi disebabkan pergi ikut
package maka dekat sini untuk ambil gambar je, sangat lah cantik!! Tak tipu okay..



Untuk Snorkeling dia akan berhentikan kita dekat tengah laut, 









dan hanya snorkel dekat
2 pulau masa untuk snorkel pun lebih kurang setengah jam sepulau..equipment semua dia bagi pinjam..so jangan risau okay! plus dalam boat tu memang sentiasa bagi air, air mineral dan air manis..buah juga! minumlah kau sampai kembung! dengan air laut lagi. peh peh rasa masin dia


b)Hong Island Package – yang ni pun fav juga untuk pergi dan masa
aktiviti ni ialah daripada 8 pagi – 2.30 ptg

c)Pergi 4 pulau package lupa nama package dia apa yang ni harga normal
package 800 bath

untuk package a dan b biasanya rate dia 1000 bath – 1500 bath, tapi aku
dapat 1100 untuk package 


2.Package ke Emerald Pool, Hot Stream dan Elephant tracking

Pakej dia agak sama dengan ke pulau tapi sebab kitorang dah terover
spent dekat hari pertama maka kitorang decide untuk pergi tanpa package maka
kenalah ada sewa transport dekat sini, macam aku, kitorang sewa van untuk ke
emerald pool dan hot stream krabi sahaja

Bagi aku baik sewa driver or amik lah package kalau ada duit
lebih..sebab perjalanan ke hot stream dan emerald pool ni agak jauh..adalah
dalam 40 minit maka kalau kau tak ada waze or gps tak payah berangan nak naik
motor pergi sendiri..boleh sesat bakhang..tapi kalau nak pergi elephant
tracking tu boleh lah nak naik motor sebab agak dekat dengan Ao Nang katanya
dan harga untuk masuk tu 600 bath

Van yang sumpah selesa ni memang akan disediakan dengan driver sekali,
since dekat krabi ni kalau nak sewa kereta ke semua kena ada driver..kecuali
naik motor..yang tu kau bawak jelah sendiri. Biasanya untuk motor biasa 200
bath/day motorbike 250-300/day

Van = 2500 bath/van

Kitorang berenam maka 2500/6 = 420 bath/pax

Hot stream krabi entry cost = 90 bath









jalan dalam ke hot stream





Dekat sini ada air terjun air panas dengan pool air panas..aku ingat air
panas dia biasa biasa je sekali kau..panas lah jugak..terjerit jugak aku masa
celup kaki dekat air terjun dia

Lepastu ke emerald Pool, crystal pool sama lah juga istilah istilah
dia...dekat sini ada juga blue pool yang orang selalu sebut sebut tu

blue pool!


emerald pool!
 Emerald Pool (blue pool tempat sekali) = 200 bath/pax

Dekat emerald pool ni kau bolehlah mandi manda tapi blue pool tak boleh
since pasir dia jerlus and dalam hutan sana..

entrance emerald pool!


jalan 1.4  km yang terasa panjang gila bakhang!!!
 
Perjalanan nak ke emerald pool ni agaklah berliku..boleh je pilih
sebenarnya nak lalu 1400 m punya perjalanan atau 800 m..disebabkan kitorang ni
suka discover maka amik lah laluan 1400 m tapi menyesal je sebab jauhhhhhhh !!!
tak rasa pun macam 1.4 km macam 2km je!

perjalanan ke blue pool! naik bukit masuk hutan sikit..nangis jugak lah jalan tu!


Untuk ke blue pool kau kena berjalan lagi daripada emerald pool tu jalan
dalam 1 km juga ke dalam hutan then baru jumpa blue pool nya!

3.Water Rafting di Pha Nga (kalau tak silap) 2 jam daripada Krabi Town. Yang ni aku rasa
boleh cuba bagi korang instead of pergi aktiviti yang kedua tu..takdelah best
sangat! Hahahahhaha

4. Rock Climbing

5. ATV ride

Dan macam macam lagi sebenarnya cuma tak sempat nak discover so bagi
sesiapa yang nak ke krabi dan suka aktiviti lasak silalah pilih aktivti yang
lelain tu sebab ada akak tu dia perfi water rafting cakap best giler terus rasa
macam menyesal tak pergi! Sebab tak tahu. Haihhh..tapi yang paling penting, pandai pandai lah nego untuk kurangkan harga tu..pepandai lah kau bermulut dan bermuka manis masa nak nego! ahaha

Cost
Untuk Aktiviti = 1100 + 420 +90 +200 = 1810 bath

Untuk Makanan!

Kebiasaannya untuk makanan kalau kau pilih aktiviti yang berpackage akan
disediakan, macam island tour tu memang akan sedia makanan.
Untuk malam pertama cost yang aku makan

terbalik lak.pepandai lah korang tengok! haha | ayam dia tu macam masak dengan kari je. coi tau!
 nasi goreng patped 60 bath/ air watermelon shake 40 bath dan kerabu
mangga 80 bath

hari kedua makan tengahari free island tour di phi phi island,

buffet halal di phi phi island
makan
malam kami x makan since kenyang nasi tu tahan sampai ke malam tapi kitorang ke
Ao Nang Town dan balik tu jalan kaki je ke hostel MDF sepanjang jalan tu ada je
gerai gerai halal yang korang boleh singgah makan ringan ringan

pulut mangga = 40 bath
tak jumpa jamilah..kita cuba abdul aziz punya pancake pulak!


pancake ( chocholate 40 bath nutella 50 bath) = sebenarnya macam roti pisang yang diletak topping je atas dia. coi coi


toast grill (roti bakar letak topping, yang ni amik caramel je) 25 bath | hoi krok ( macam cucur dalam bentuk takoyaki) 30 bath




tolonglah sopan sikit mi! coiii
 
Untuk hari ketiga breakfast kitorang beli nasi kari dengan ayam goring
tepi jalan = 40 bath
ice cream kelapa ada topping tak ingat lah berapa! haha

Lunch, nasi goreng ayam = 60 bath

Dinner..kitorang decide untuk makan besar dekat Lemon Restaurant dekat Ao
Nang. Dekat sini ada je package untuk makan 5-6 orang = 250 bath/pax dapat 6 lauk! berbaloi kot! and nasi dia banyak gak!

untuk set ni ada lah option dia..tapi kitorang pilih main tom yam, lagi satu green curry..tapi sebab nak rasa juga green curry maka ambil add on dalam 180 bath

muka happy weh!!


ayam | sotong goreng tepung | ikan sweet sour | sayur


telur | tom yam | green curry


tak lengkap makan tak ada desert, maka ambil lah pisang goreng dengan ice cream ni..sebenarnya nak cuba nenas goreng tapi nenas habis! huhu
 kitorang ada juga ke fruit market dekat krabi town, buah dorang sesedap weh! tak tipu ni!

 dan ada juga pasar untuk makanan biasa! disebabkan kitorang pergi weekday maka tak adalah krabi night market..kalau pergi weekend boleh lepak shehopping dekat situ!







Cost
Untuk Makan (tak termasuk makan ringan & air mineral) = 60+80+40+40+60+60 + 250 =
590 bath

Senang cerita letak lah 700 bath untuk makan okay!

Tak lengkap kalau pergi krabi tak massage badan kan. So aku ambil
package 
thai massage = 200 bath

Memang lega ah kau malam tu tido..must try eh! Jangan risau thai massage tak payah bukak baju bagai. Dan tertutup ada
birai so okay je! 

Ada je lagi package lain, oil and aroma massage, foot massage okay je semua bawah 300 bath!murah kan!

So full cost semijeter aku ke krabi tak termasuk shopping untuk 4 hari 3
malam ialah = RM248 + (550+750+1810+700+200) = 4010 bath + RM 248

Kalau sekarang ni rate ringgit jatuh, so harga jual 1 bath = RM 0.102
maka aku spent dalam
RM 248 + ( RM 4010 x .102) = RM 657.02


So aku harap perkongsian kali ni berguna lah serba sikit untuk sesiapa yang
plan nak pergi krabi secara semijeter macam aku..kalau nak pergi naik bas dan
train pun boleh mungkin boleh cut down lagi cost cuma sakit badan sikit dan
masa perjalanan kau tu bertambah..train sahaja dari kl sampai ke hatyai makan
masa 12-14 jam. Bas 8-9 jam...yang ni memang backpacker sejati lah..gigih
travel dalam waktu jangka masa yang panjang! 

krabi town!

Aku tak sanggup maka naik flight 1
jam je. Hahahhaha

untuk memember tersayang! thank you sebab make it happen! walaupun planning kita macam harom! haahhahahahah sehingga berjumpa di next trip lagi, insya Allah

Till then!

sunset @ Ao Nang Beach

keep support #miminators :)


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!