Monday, February 28, 2011

mesti tengok I am number four!

salam semua. senyum!! cam biasa lah kan :)

^_^

kalau dah namanya mimi, mana geti nak duduk diam-diam di rumah. lagi-lagi bila ada yang sentiasa meng-hangguk je bila aku ajak keluar. bagus bagus! sayang kau-orang lah! ngee~

SABTU! jadi sabtu haritu, konon penat balik class english tu, TAK ADA MAKNANYA. malam tu keluar juga. pergi shopping sikit (ye?) lepas tu pergi karok sikit (ye?)


macam biasa, cam-whore
banyak lagi pic tapi takkan nak
masuk semua kan? keke

dan masa karok tu memang sangat enjoy sebab buat pertama kalinya semua nyanyi macam apa, terjerit telolong sepuas-puasnya rasa macam nak roboh dah bilik tu. HAHA. lagu last memang lah terbaik!

lagu khalifah.

di bawah pohon mangga! la la la..

antara lirik dia yang aku ingat sebab lagi ni first time kitorang bedal! lagu rock kot! maka terjerit lah kami macam orang apa. isk isk isk. lepas tension memang best! tension apa pun tak tau kan? HAHA. balik tu terus bedal ice-cream. boleh? esok pagi semua suara garau. ape kes?

Ahad! ahad weh! keluar lagi. kali ni ke city square. nonton movie ya! best sangat ceritanya! mesti tengok tau! HOHO

curik dari google
1st impression:
okay kalian, cuba tengok poster dia ni! hek eleh! macam tak best jer cerita ni? ape seh nombo 4 pun nak buat cerita.. ntah apa ntah cerita. mesti tak best ni, eeeuuww. booooo tak best..

tetttt!
hero- alex!
tetiba terasa gatal-gatal nok ;P
salah! cerita dia sangat best okay. nak tahu apa yang best? selain daripada hero yang sangat aummm! erk! HAHA.. pergi tengok sendiri lah. banyak handsome nak suruh aku cerita! HAHA. tapi sangat berbaloi lah duit 10 hengget aku untuk cerita 110 minutes ni kan. bestttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt gila! *berapa banyak t?

sebelum masuk cinema aroud 8.20 pm gitu, aku dengan member semua pergi pusing cs dulu untuk mencari hadiah yang berpatutan untuk adik aku yang bernama ayu umairah. birthday dia masa 26th haritu. baru nak cari hadiah. ape kes? HAHA. kira bersyukur jugak kakak ko ni baik tau beli hadiah.. hehe

sebelum balik rumah, sempat lagi singgah warong. lapo! aku makan tom yam! mabeles wa cakap lu! member aku makan nasi daging merah, ayam kunyit. gitu-gitu lah. hehe.

thanks korang teman aku :)
Xos.
bangun je pagi ni, satu badan aku sakit gila! lenguh satu badan kot. padahal tak ada lah lama mana berjalan. mengada je lebih! adehh~

okay, sampai sini dululah nak mandi kot? keh keh

mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, February 26, 2011

english yo!

salam uolz.. cute smile, broad smile or whatever smile  please :)
i don't care! wuhaha. its up to you lah kan? HEHE

^_^

today nasyita and i went to erican language centre to take our first conversation class! uhemjii! the teacher, miss yaso is so friendly and funny! i can't let my eyes on the other things lah kan. and can't wait to attend the class for next saturday! HOHO. for our first class, we discuss about "asking for direction" and quick review about basic grammar matter.


infront- nasyita
at the back - miss YASO

me lah for sure!
i wore baju kurung kot! HAHA. ayu gitu. erk! okay fine. im really tired right now and till then,
mimi FULLSTOP
mood: nak tengok wayang malam ni. yehaa~
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, February 24, 2011

Ragam Kita

Salam semua. Senyum comel-comel yok!

^_^

Macam yang kita tahu, manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. Macam-macam ragam ada. Pilih je nak yang mana, mesti ada punya lah! Ada yang luar nampak baik tapi hati macam nangka busok. Ada yang luar fizikal Nampak kuajo, tetapi hati sangatlah baik. Ada yang perangai macam bapak dajal pon kalah *okay hiperbola di situ, ada yang baik sangat sampai kena tindas pun buat bodoh je, jadi sebenarnya.. apa yang aku nak cakap ek? Aku pun tak tau. HAHA


Jika ikutkan, aku lebih suka mereka yang walau sejahat mana pun luaran nye, tapi dalaman baiknye.. I loike! Aku tak suka orang yang bermuka-muka ni, sebab lagi menyakitkan hati. Ye kan? Ye lah! Depan kita pijak semut pon tak mati, apatah lagi pijak kutu. Erk! Motif? belakang kita jangan kata atuk gajah, bapak gajah, mak gajah segala keturunan gajah pun dia berani pijak, orang yang macam ni sangat bahaya.. boleh merosakkan orang! Ish ish


Ada juga orang yang sangat bercita-cita tinggi, hiperbola sangat apa yang dia nak. Tapi hanya di mulut. Buatnya, tunaikannya.. YANG ADO!

Ni belum masuk yang kuat mengampu, amboi.. manis sangat mulut tu kalah gula-gula kapas. Ape kes? Bahaya kalau ada orang yang macam ni dekat dengan kita, bukan apa.. buatnya kita termakan dengan kata-kata manis gula kapas dia tu, tak ke nayo!

Jadi nak dipendekkan cerita, hidup dekat dunia kena bijak lah kot ek? Jangan tersalah pilih kawan dan musuh. Dan jangan terlalu percayakan orang sangat sebab mungkin kita ingat kita dah kenal betul lah ni dengan dia, memang dah tau faham segala pasal dia..tapi hakikatnye.. 


tapi kita juga kena ingat hati budi manusia ni boleh bertukar-tukar. Apa ingat go go power rangers je yang boleh bertukar? Kekeke

waspada ye! Tapi jangan lah hidup dalam keadaan syak wasangka bebeno! Payah jugak! Hehe.

K lah mimi FULLSTOP


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, February 17, 2011

Nak melepak ke merayap ke bercam-whore ke?

Salam semua. Senyum sikit. Nampak gigi pon kira okay dah! Tapi kalau nak lagi gedix senyum macam ni. 
Nama dia senyum manggis c:
(macam kau tak pernah buat! HEHE)
^_^

Aku merayap lagi! Kali ni ke Sutera Mall, Johor. Yer, Cerita ni dah agak basi. Kalau nasi tu dah boleh tumbuh kulat. Sebab masa aku merayap ni pada February 13, 2011.

Ada apa je lah dekat sana kan? Tak ada apa-apa pun yang menarik! Cuma hanya naluri keibuanperempuanan aku ni je yang menggatal nak pergi lepak sana. Dekat jB ni mana je yang best? Balik-balik pi mai pi mai tang situ juga tempat lepak nya atau dalam erti kata lain menghabiskan duit mak bapak.

Walaupun jika berbalik kepada plan asal yang hanya mahu bercam-whore dekat taman-cantik-ker, Mutiara Rini.. semuanya terpaksa dibatalkan apabila masa yang ada sangatlah mencemburui niat baik kitorang ni. Mana tak nya, bersiap-siap sudah memakan masa setengah jam. Nak kunci rumah nak isi minyak dah berapa minit lagi kan? Dengan aku yang memandu 60km/h.. HAHA. Jangan salahkan ibu mengandung kalau salah anak sendiri yang tak geti bahagikan masa! Ouh sudah kau jangan merepek meraban lagi!

Jadi nak dijadikan cerita, terpacaknya kami di Sutera Mall tepat jam 6 petang! Lagi ada hati nak ke taman!
Masuk-masuk je kami disambut dengan booth semperna hari valentine! Ouh apakah! Maaf kami tak sambut Valentine! Tapi tetap curi pandang tengok-tengok booth depa sebab barang yang ada memang-lah-ter-sangat comel-comel! Dan aku ni dan dan tu pulak dah lupa nak hambek gambar! Sibuk sangat tanya harga ballon$ comel yang depa jual! HEHE

Nama pun melepak, jadi kami pun membuat tawaf dekat dalam sutera mall tuh. Dah tak ada kerja lain kan? Sambil pusing-pusing sambil tu jugak lah tengok-tengok HARGA barang yang berkenan di minda jiwa dan raga aku ni. Kalau aku tengok macam best je barang$ tuh dan berpatutan memang niat di hati ni nak beli, tapi apakan daya.. dapat beli satu je beg! Sedeehh!

Macam biasa, coolblog menjadi peneman kitorang sepanjang dekat sana. Sambil minum sambil jalan sambil duduk sambil cam-whore! HAHA. Tak cukup dekat dalam mall, dalam kereta pun nak ada jugak.

Ni aku selitkan photo$. Nak tengok, tengok lah. Tak nak sudah J

kategori pertama : dalam mall


muka macam nak mintak pelempang kan? HAHA

sudah ku bilang, coolblog tu mesti nak ada !

dunia ada AKSI :P


 kategori kedua : dalam kereta


lagi muka macam nak mintak orang belasah, relek der relek ;)

senyum kemam nama diberi ;P

seeeee.. selagi boleh tutup rapat-rapat mulut tu haa. HAHA


Gambar Terhangat Di Pasaran. dapatkan yang ori. kekeke



K lah mimi FULLSTOP
Mood: depa kata result SPM February 25 ni. uhhemjii (!)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, February 15, 2011

jom imbas balik kenangan maulud nabi

salam semua. senyum senyum sikit :)

^_^

sebelum mula cerita, aku nak ucapkan lah

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

bagi semua umat Islam sama ada di Malaysia dan di seluruh dunia..
marilah kita sama-sama memperingati & menghayati sirah perjuangan baginda, 

Nabi Muhammad s.a.w 


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Anbiyaa' ayat 107 tafsirnya :

"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".


aku ingat lagi masa tadika dengan sekolah rendah dulu.. kalau sambut maulud memang tersangat-lah semangat tak hengat. mesti ada ceramah, pertandingan yang macam-macam..lepas tu kalau boleh semua pertandingan aku nak masuk, boleh? HAHA.

yang paling aku ingat sampai sekarang, pertandingan nasyid yang aku masuk masa darjah 5. kumpulan As-Saadah. menang tempat pertama okay! bukan kedua atau ketiga atau tiada tempat! masa tu aku ingat lagi betapa gigih sungguh kumpulan aku ni berlatih, setiap petang tau. habis sekolah mesti pergi berlatih. dan seperti biasa, lagu-lagu nasyid popular masa maulud ni lagu Rasullullah-Hijjaz, Junjungan Mulia-AlMizan, dan banyak lagi lah. tapi 2 lagu ni lah yang kumpulan aku dendangkan plus zikir di permulaan dan akhir persembahan nasyid kami. aku rindu sangat waktu tu sebabnya lagu-lagu nasyid memang sangat diminati, tetapi sekarang.. lu pikir lah sendiri

dan menjadi tradisi lah kan, bila sambut maulud nabi ni mesti ada perarakan. rindunya nak berarak dengan kawan-kawan, gigih gila bangun awal sebab excited nak berarak. HEHE. kalau dekat sekolah agama lagi best, berarak lepas tu dapat makan free! OUH! motif masa tu datang nak makan free.. HAHA. tapi tak kisah lah kan nak makan free ke apa yang penting kita sama-sama memeriahkan lagi sambutan maulud nabi ni.

masuk sahaja sekolah menengah, sambutan nya masih sama cuma pertandingan yang dianjurkan tidak-lah mendapat sambutan semeriah masa di sekolah rendah. sebabnya.. jawab lah sendiri. tapi aku ni gigih juga masuk pertandingan nasyid, hehe. bukan apa, kalau nak tahu.. masa di sekolah rendah boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku masuk nasyid. HAHA. best tauu.. walaupun masa darjah 2, kumpulan nasyid aku ber-nasyid salah lirik. tapi takpe lah kan, darjah 2 kot? HEHE

masa kecil lagi, bila ada sambutan maulud nabi di surau berdekatan rumah aku, aku dengan adik-beradik mesti join. lagi-lagi kalau ada pertandingan yang dianjurkan pihak surau, lagilah berlumba-lumba aku ngan adik-beradik masuk. jadi jangan terkejut lah kalau sejak usia aku 4 tahun aku dah masuk pertandingan mewarna, kalah menang lain cerita, yang penting kita kasi meriah sambutan maulud kan? =)

kesimpulannya di sini, walaupun masa kecik kita tak berapa nak paham kenapa kita nak sambut maulud nabi, tapi kita tetap gigih nak sambut..

tapi kan kan kan.. kenapa bila kita dah besar panjang dan dah paham maksud dan makna kita menyambut maulud nabi ni, makin kita malas nak sambutnya?

hermm... sekadar renungan.. panjang pula aku bercerita, seronok rasanya imbas balik kenangan dolu-dolu =)

k lah mimi FULLSTOP
note: aku suka tengok tv3 harini sebab dia bagi info-info mengenai baginda Nabi Muhammad s.a.w.
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, February 10, 2011

apa yang baru?!

salam semua. senyum lebar-lebar eh :D

^_^

lama pulak rasanya tak menghapdate belog ter-sayang ni kan. erk! sayang ke? HAHA. bukan apa cuma selama aku tak menghapdate ni aku telah bermalam di hospital. Oh kenapakah?

jeng jeng jeng *buat-buat suspense sat!

aku dapat adik baru lah! ahah! Alhamdulillah mama selamat bersalin and adik pun sihat.. jadi nak dijadikan cerita aku pun teman lah mama di hospital 2 malam.. siapa kata tidur dekat hospital menyeramkan? ni nak marah cerita suster ngensot ni! HAHA. sebab nurse yang bertugas semua baik-baik belaka. ramah je? mungkin sebab nurse bahagian baby je eh yang baik? HOHO. nehi-nehi.. semua baik kot cuma depa penat lah kan kerja. mana ada orang kerja tak penat? ajaib okay!
jadi selama aku duduk hospital temani mama, aku mandi sehari sekali! HAHA. kantoi sudah! bukan apa.. malas betul nak mandi lagipon bilik ber-air-cond jadi untuk apa mandi kalau rasa macam duduk di US kan? HAHA. cakap lah aku selekeh ke haper ke kan.. ada aku kisah? HEHE.

mengenai makanan.. ni best cerita ni.. meh aku buat list menu makanan aku..

hari pertama
petang:kfc
malam:fish and chip

hari kedua
pagi:sandwich, sausage, scrambled egg
tengahari:nasi campur
malam:nasi campur 

hari ketiga
pagi:muffin
tengahari:nasi campur

makan nak sedap kan kan? HAHA. itu harus weh! nama pun mimi! HAHA. tapi terima kasih jugak dekat semua pihak yang bersusah payah membelikan aku makanan. sebenarnya, aku tak kisah pun makan apa. makan biskut pun dah okay dah, tetapi disebabkan ada yang membeli. takkan nak tolak? bedal jelah kan? HAHA
tempat tidur.. best. empuk je walaupuna aku tidur atas sofa tapi sofanya boleh diturunkan sehingga menjadi seperti katil single aku yang sangat empuk. bantal tidur aku pun dapat dua bijik! asyik bangat dong!

jadi mari berbalik kepada tajuk entry ni. apa yang baru?! semestinya lah adik baru! bertambah lagi ahli keluarga aku.. HEHE. comel sangat alya! kesian dia asyik kena cium dengan akak dia yang comel juga ni! tak nak kalah kan? HAHA!

akak mimi buat khas untuk alya tau! XOs :)

k lah mimi FULLSTOP
mood: alya pipi gebu! geram betul! hehe

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, February 4, 2011

tiada tajuk 1

salam semua. senyum lagi cepat :D

^_^

lately, dada kiri aku ni asyik rasa sakit je. dia secara tiba-tiba okay? nanti tengah aku sedap-sedap tengok tv ke baca novel ke, tiba-tiba je dia terasa macam sakit. tapi dia sekejap-sekejap je.. tak tahu lah apa pasal. risau jugak kalau jantung aku bermasalah ke apa kan? HUHU. mintak dijauhkan lah segala penyakit bahaya ni kan? ingat nak pergi check lah kon? takut jugak kalau apa yang aku tak nak berlaku....tiba-tiba berlaku...

semua semua.. doakan aku sihat sentiasa yer?

k lah mimi FULLSTOP
mode: malas nak mandi malam-malam. sejuk kot!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, February 3, 2011

bertukar!

salam semua. senyum manggis sikit C=

^_^

ape yang bertukar? yelah tengok saja aku punya belog lah..bertukar sudah. ni semua angkara kebosanan tahap impak maksima kau tahu? jangan ingat power rangers je boleh bertukar! HAHA

***

oh yea! aku bermimpi sudah dapat result SPM! apekah seh! HAHA. dalam mimpi tu, yang aku ingat aku mendapat

2A+
6A
1B

nampak tak? betapa scary sungguh mimpi aku! cuba kau bayangkan, dah dua kali okay aku mimpi dapat result padahal tak ada maknanya aku nak pikir pasal result sekarang ni. bila tiba-tiba mimpi dapat result terus buat kepala otak aku yang comel ni dup dap dup dap. aigoo

dan dalam kedua-dua mimpi aku tu, memang ada mention yang aku dapat B. yang membezakan masa mimpi pertama jumlah B aku dua, lepas tu semalam aku mimpi dapat satu pulak. harap-harap yang betol-betol ni tak ada B boleh tak? Heheh

semua doa-doakan lah aku ye supaya dapat keputusan cemerlang, 9A+. boleh? boleh lah! susah sangat agaknya! tadah tangan now!

"Ya Allah, Ya Tuhanku, dengan kekuasaanmu aku berdoa kau berikanlah keputusan SPM yang cemerlang kepada ummi ni Ya Allah dengan memperoleh 9A tambah. AMIN

dah siap doa! seeee. mekaseh :D

k lah mimi FULLSTOP
mood:berdebar-debar jantung aku ni! chilek mi!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, February 2, 2011

running man

salam semua. senyum comel-comel sikit :)

^_^

aku kemaruk cerita running man

apakah itu running man? laki orang kah? tett! salah. dia gameshow. best lah untuk mengubat hati yang tengah berluka berdarah bernanah kan, sebab sangat terextravaganza kelawakan cerita tuu. aku ni gelak tak ingat dunia tau bila tengok cerita tu. dan semestinya lah tv series product korea! HOHO


gamba dicopek dari google :)
Oh Yea! aku tiba-tiba minat si kwang soo tu! dia paling tinggi + tersangat-sangat lah blur. tapi blur dia tu tak tahennn.. gary pon! HAHA. aku suka semua lah.. jadi kesimpulannya siapa-siapa yang nak menceriakan hati tu pergi je youtube tak pon type je running man tv series nanti keluar lah dia kan.. pastu korang download and TENGOK LAH! sumpah lawak der :D

k lah mimi FULLSTOP
mode : nak sambung ep. 14 ni. waaarghhh.. tak sabo tak sabo

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!