Thursday, March 31, 2011

apabila akak tak nak kalah!

salam uolzzz. meh senyum mintak pelangkong meh? -.-

^_^

semalam para sepupu-sepupu aku ( fifi & esha) bertandang dekat sini (rumah tok aku) yang seakan-akan dah macam rumah aku jugak. motipp?

HA HA

then, tengah atau sedang aku ber-facebook-ing, datang lah bebudak kenit ni. depa cakap depa nak main game. alahaii.. comelnya suara esha.

"akak..nak main game..

okay lah. finee, yelah. aku pun layankan jugak lah.. sebabnya aku juga yang ajar depa main game online masa mula-mula dulu. rosak budak-budak ni aku kerjakan. haha.

lepas tu aku cakap lah depa nak main game apa,

tanpa berlengah lagi laju je si esha cakap

"nak main yang warna-warna tuu.. *note: esha memang suka ber-colour-ing contest ni


aku pun bukakan lah apa yang depa nak, nak dijadikan cerita. depa ni berebut lah kan siapa nak colour dulu memandangkan laptop ada sekor seketul je. aku pun ajar lah depa main air batu burung tu. masa first tu fifi menang, lepas aku ajar esha betul-betul barulah dia menang plus memonopoli terus bila menang 2 : 1 ke atas kakaknya, fifi. HA HA HA . pandai jugak aku ajar budak ni. bangga sekejap!  (note : esha hanya berusia 5 tahun ye puan-puan dan fifi pula baru 7 tahun)


bila nak warna tu mama aku terus cakap suruh nak buat pertandingan kunon-kunon. so that depa ni boleh lah warna dengan bersungguh-sungguh plus ikut masa yang ditetapkan. *disiplin :)

biar tok noi aku yang jadi hakimnya selaku mem besar dalam rumah. hehe

nak tengok tak hasil depa mewarna nya?

AMBEK KO!
 perasan tak yang ada A kedabak beso tu? nampak tak? tak nampak rabun eh! tulah gred yang depa dapat. cantik jugak lah kot depa warna. budak lagi kan, dan untuk pengetahuan kau orang semua. diorang klik sendiri tau plus plus guna laptop yang tak ada mouse tu tauu! aammaaaazziinnngg budak$! hehe :)

nak dipendekkan lagi cerita, aku pun tak nak kalah juga.. harini aku terus bukak game tu terus bukak jugak tang warna-warna punya option, lepas tu terus amik jugak corak yang sama. motip? HAHA

padahal sebelum-sebelum ni main yang make over je. tang kaler-kaler ni wa tak pandang ah cakap lu, betol ni. wa tak tipu. nampaknya aku yang terpengaruh ngan budak. ouh apekah? HAHA

nak tenguk hasil warna aku tak?  tak nak? diam kau! *monolog dalaman


cantik tak? cantik tak?
tiru eric leong ;P

HAHA . nampak kan tak nak kalah! tapi i punya tak ada A besar kedabak, camne neh? ini tidak adel! nak jugak nak jugak!

nanti lain masa i kasi tunjuk itu muka dua budak kenit eh. HE HE
k lah mimi FULLSTOP
p/s: sedapnya nasi goreng seafood dekat the zon! *nanges!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, March 30, 2011

boleh dipercayai kah?

salam semua. senyum gorjes gorjes sikit. ouh macam mana kah? Ha Ha

^_^

apa yang kita tahu... kalau budak-budak kecik ni. orang kata kalau apa yang dia orang cakap mesti betul lah. sebab orang kata budak kecik ni tak geti nak menipu. benar kah?

tu yang aku nak habak mai laa ni,

sebenarnya tak semua budak-budak kecik ni yang bercakap benar. dia orang pun mudah terpengaruh jugak. macam kita yang sedia maklum dah besar panjang ni. tapi budak ni kalau dah terpengaruh, bukan nya yang kecik-kecik macam depa.. sekali kena pengaruh besar terus. kalah tsunami *erk! hiperbola sedikit

betul.. tak percaya? belambak bukti yang aku jumpa. tapi aku malas nak copy paste dekat sini. he he

jadi berbalik kepada topik asal.. kita ni dah matang (kot) sepatutnya kita boleh fikir apa yang budak-budak ni cakap..betul kah tak kah. sebab daripada pemerhatian aku lah. kebanyakan orang yang dah besa ni depa main percaya je apa yang budak-budak ni cakap. ntah betul ntah tidak. kadang-kadang depa ni lah yang boleh merosakkan hubungan mak bapak depa dengan mak bapak orang lain. betul, tak tipu!

mana tak nya, budak-budak kecik zaman sekarang ni dah banyak disogokkan dengan benda-benda negatif. sakit jiwa jugak kalau melayan depa ni. huhu. tapi nak buat macam mana kan? aduhai dunia.

kalau tipu sikit-sikit tak apa jugak, tapi kalau dah tipu yang boleh mencemarkan terus nama seseorang tu dah kes naya. okay? kadang-kadang kita tengok

"alolo.. comelnya budak ni. mesti budak baik ni. *lepas tu terus percaya je apa yang dia buat / cakap

"nakal nye budak ni!! ni tak lain tak bukan apa yang budak ni ngadu tadi mesti tipu sokmo

tak semstinya okay!

then lagi satu, tolonglah wahai parents di luar sana, jangan lah manjakan sangat anak-anak awak tu. susah nanti! percayalah... tapi jangan pulak mengongkong anak-anak awak. bahaya.. *eh budak ni cakap macam dah berpengalaman je.

note : aku menjadi "berpengalaman" daripada menilai sendiri apa yang berlaku di luar sana. bukan nak jadi bagus atau apa. sekadar renungan bersama :)

k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, March 29, 2011

kegemaran bila ...

salam semua. senyum lah jum, senyum tu sedekah tau..*erk! bajek orang tak tau? hehe

^_^

sejak dah mendapat result SPM ni lagi bertambah-tambah banyak kerja yang dibuat (banyak sangat lah kauu) yelah, mana dengan memikirkan program mana yang sesuai, rombak balik pilihan jurusan upu, isi borang sana borang sini..

tapi dalam masa yang sama sempat lah jugak aku meng-stalk belog orang. alang-alang dah bukak internet lah senang citer, kadang-kadang aku ni suka je nak buka blog photographer$ yang ternama dan tak ada nama ni. HE HE. disebabkan salah satu daripada hobi aku ialah mengambil gambar , jadi aku nak juga belajar ambil gambar ikut angle mana baik ke.. ke edit ke.. berfaedah jugak!


selain tu, yang macam kite tau masa nak isi borang tu loading dia gila lemb*p nak mamp*s lah kan. jadi oleh itu ye, jangan buang masa, kita pergi je bukak window/tab lagi satu.. search game. tapi pelik jugak masa nak main game tak lama pulak nak loading. Haisshhh -.-


macam yang aku bukak ni girls game. hamboi.. banyak sungguh kot game depa. baru satu website dah beribu games. ish ish, mana tak rosak kanak-kanak riang. patut lah depa tak nak belajar *pstt! cakap orang dia pun sama je, :)

aku paling suka sekali game make over. kata i ni perempuan kan. tai tang game masak-masak ni tak suka lah. leceh je. HA HA

before/after : rambut



before/after : sampai atas pinggang?



jadi korang pun meh lah join main girls game yang sangat best ni. KOT. 
k lah mimi FULLSTOP

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, March 25, 2011

:)

salam semua. nak bagi gamba je. jadi senyum lah :)

^^
the 3 stugers :)
meet nasyita kamal. 
meet afiqah asli.
ooh. anyway, all the pictures were taken at city square JB after all of us got our SPM's result. we were so happy there but we need to come back home early. because of that we decided to meet again tomorrow and celebrate again. yahoo! can't wait any longger :)
Xos.

till then. mimi FULLSTOP
mood: baru tulis entry pasal takut ada orang bunuh diri. sat lagi selepas sehari ambil result SPM dah dengar cerita pasal awek yang nak bunuh diri dekat KB Mall. ALLAH. teruk sangat ke awak.
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, March 23, 2011

finally, my result :)

salam semua. mari kita happy sokmo :)

^^

jadi tak payah nak membuang masa dan tenaga.. terus sahaja kita umumkan result aku ni, okay! kali ni aku bagi yang lagi detail punya. almaklumlah dekat Malaysia dah buat sistem plus solid minus ni kan. jadi daripada lebih ramai yang nak tanya

"eh mimi, kau B ape?

"haa.. bagus bagus.. ape yang A?

"lah. okay lah. ade A+ tak? A-? ade ade?

jadi bagi mengelakkan daripada berlakunya perilaku sebegitu baik lah aku ni bagitahu yang detail punya. ye dopp? dah lah.. banyak cakap lak aku ni. okay

jeng jeng jeng

*tolong lah tak surprise pun :)




BAHASA MELAYU 
A+

BAHASA INGGERIS
B+

PENDIDIKAN ISLAM
A

SEJARAH
A

MATHEMATICS
A+

ADDITIONAL MATHEMATICS
A+

PHYSICS
B+

CHEMISTRY
A

BIOLOGY
A-


ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT :)



TAK LUPA JUGA KEPADA

ABAH, MAMA, AKAK, ADEK-ADEK, DAN 

TERUTAMA SEKALI PARA GURU YANG BANYAK MEMBANTU SAYA DALAM MENCAPAI KEPUTUSAN DI ATAS :)

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

 I LOVE YOU ALL *senyum nampak gigi

bersama syazana laling.. jangan sedih dear,
its okeh! senyum cikit :)

bonda pengetua SAYA comel tau.
kau hado? HAHA

encik saat. comel jugak SAYA :)

en azhar. cikgu physics
p/s: sorry sebab dapat b je :(

en. saiful comel pipi cikgu. he he :D
tak lupa juga aku nak ucapkan TAHNIAH dekat my sayang,

cik NASYITA KAMAL & cik AFIQAH ASLI. 

straight As tuu! cayalah! hidup Weng2 Crew! *pergh, dah macam politik lak :D

k lah mimi FULLSTOP
note: tahniah kepada semua bebudak form 5 batch 2010 SMKTUN. tak sangka kita dapat naikkan percentage SPM sekolah! wewiiit!!


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, March 20, 2011

American Idol 2011 Hollywood Group Week yang sangat amaazing!

salam semua.. senyum lahh :)

^_^
siapa yang layan american idol season 10 ni, tengok tak audition dia dulu? aku suka sangat masa hollywood week.. tak kisah lah yang solo ke group ke.. best kot!!

ni group yang paling mantop ! seriously!!







omjayy! meremang kot bulu rome macekk. aduyaii. sedap sangat ni suara!
k lah mimi FULLSTOP
mode: harap-harap AF9 tak hampeh. kalau tak i layan mentor je. heheh
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, March 16, 2011

bila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

salam semua :)
senyum sikit. lately suka sangat lambat update belog.. kenapakan? sila bulatkan jawapan soalan objektif dibawah

adakah kerana

A. aku busy lah takde mase nak update
B. aku tens gila sebab internet rumah i macam bengong
C. aku tiada benda pon nak cerita sebab tiada aktiviti yang menarik pun
D. aku punya belog jadi suka hati i lah nak update ke tak

^_^


untuk hari ni aku nak menceritakan serba sedikit keadaan yang akan berlaku sekiranya apa yang kita harapkan tak men-jadi kenyataan..

disebabkan result SPM yang dah nak keluar mingu hadapan.. jadi aku rasa agak sesuai yer untuk aku membicarakan hal ini *ayat ikut skema pekse. ape kes?

jadi kebiasaan-nya minggu-minggu sebelum mendapat result ni memang akan ade macam tarikan magnet or graviti yang menyebabkan akan ramai manusia yang akan bertanya soalan-soalan seperti tertera dibawah

"ni agak-agak dapat score berapa ni?
"straight A+++ punya lah ni. lepas tu nak apply mana?
" (nama) mesti kena dapat straight A+ tau!

aduss! tens mak ngah tau macam ni. apa lah salahnya kalau kita sama-sama menunggu result tu keluar bersama-sama dengan jaya hikmah cekal dan kental. tak boleh kah? kalau dah hari-hari diasak soalan yang sebegini mahu tak gila kanak-kanak 18 thn berikut.

tapi nasib abah aku tak macam tu.. kalau tak.. memang tak lah aku menaip dekat sini. kekeke.

lepas tu yang nayanyer, bila semua pihak dah beria-ia sangat ni ingat anak/sedara/jiran depa dapat result gempak, semua menaruh harapan tinggi sangat setinggi gunung everest dekat mangsa tersebut.. jadi jika memang si mangsa ni dapat result gempak tak haper.. tapi apakah yang akan jadi sekiranya sebaliknya yang berlaku?

A. mengalami tekanan perasaan

B. menaggung malu yang sangat dasyat

C. tiada semangat nak sambung belajar lagi kerana keciwaa

D. terjun bangunan

E. gantung leher dekat kipas bilik

jadi kepada mereka-mereka yang diluar sana yang ter-YEYER~ or ter-OVERRR~ melampau tu, marilah kita renung-renung dan selamat beramal. just chillex! just COOL je lah tok nek pakcik makcik kak dek der.. okay?

okay... peace no war. aku bukan apa, tak nak lah sehari lepas result keluar masuk news pasal bebudak sebaye aku yang mengambil pilihan jawapan D ngan E tu. jika itu yang berlaku, menyesal sudah tidak berguna. nasik dah jadi bubur mcD. nak wat lagu mana nanti? ish ish.

sebelum lagi banyak yang aku merepek kerana kekeringan idea. doakan sahaja kejayaan kami batch SPM 2010 ni.

k lah mimi FULLSTOP
mood : makan chicken chop tadi. sedap kot!! jadi siapa yang duduk di jb ni sila-silalah singgah di kg. melayu steaks house :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, March 10, 2011

Happy Birthday, Balqis Abdullah!

happy birthday, bakehh!! miss you!
Xos. 

k lah mimi FULLSTOP
note : hadiah beli sendiri ek, mimi bukan wanita bekerjaya, heheh :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, March 9, 2011

bila bosan menguasai diri

salam semua. senyum sikit. woahh, lama sangat tak meng-update belog ni.. kalau rumah rasanya dah jadi rumah terbiar dah. kalau kolam dah penuh dengan lumot pon. hehe. busy sangat ke aku ni? erk! rasa macam kerja aku duduk rumah, makan, tidur, main-main dengan alya. alaa... tak berkembang otak aku nyah! nak sekolah nak sekolah!! tapi tak nak belajar. boleh? ngee

^_^

biasanya kalau bosan-bosan aku suka sangat layan cerita korea.. jadi bila cerita korea yang sudah aku copy masuk lam lappy tersayang aku tu semua aku dah tengok, nak tengok apa lagi kan? nak baca novel? ouh! aku tak tahu lah apa pasal ke-cenderung-an aku terhadap bidang membaca ni semakin luput dek telan zaman, padahal kawan aku ni dah bagi pinjam 10 ke 9 buah novel ye anak-anak. dan aku baru baca 1 je.. hehe. padahal masa SPM tengah berlangsung tu, punyalah kemaruk kemaran nak menghadap novel-novel segala! adehh. menyesal dah tak guna,, kuajo punya novel! kita sula dia! HAHA

jadi nak dijadikan cerita, bila semua cerita korea aku dah tengok kita kena berbalik kepada pangkuan jalan. tiba-tiba aku ter-minat nak melayan cerita-cerita yang berbahasa melayu pulak. adoyaaii.. tak pasal-pasal sinetron sejuta cinta marshanda dah jadi favourite cerita gua, dah tak boleh terlepas satu episode pun. mampus! HAHA
 

tapi satu je yang aku tak suka kalau tengok cerita Indo ni kan, lembab gila kot mereka nak bertindak! suka sangat nak zoom zoom. tapi tu okay lagi, ni bila part tengah syok ni,, tiba-tiba muncul lah dekat bawah belah kanan tv tu "bersambung . . ." tak sedar agaknya episode dia punyalah banyak, boleh beruban tau aku tunggu cerita tu nak habis..rasa macam nak campak tv tu masuk dalam swimming pool kan? nasib lah tak ada dekat rumah ni.. haisyhh!!


lepas tu, semalam selamat dah aku back to back filem Melayu yang aku tak tenguk lagi. mula-mula cerita magika!


woahhhh.. aku suka sangat gambar dalam filem ni! syabas lah abang2 tett.. pakcik-pakcik KRU. wa caya samu lu! hehe, bukan apa. nampak cantik sangat sampai aku bukan focus dekat jalan cerita, tapi lebih dekat pokok langit.. HAHA. tapi cerita dia pun best je. tak sangka DD boleh berlakon jadi macam ganas-ganas gitu! wah! bila time mawi nyanyi, berdiri bulu rome keti aku! hehe. sedap kot suara mawi, tak heran lah masa dia masuk AF3 dulu semua makcik pakcik atok nenek baby ta kira pelbagai umur pun minat kat dia.. jadi kesimpulannya, cerita dia boleh lah! dan tak sabar aku nak tengok filem merong lak :)

cerita kedua yang aku layan pulak filem cuti-cuti cinta. ala yang kecoh dengan dialog farid kamil berbunyi nasi lemak 50 sen tu lah. tapi nasi lemak 50sen lagi sedap dari yang beringi-inggit tu tau. lagi-lagi sambal dia.. aduy.. lapo pulak aku ni. hehe



disebabkan orang kata cerita dia lawak, sebab tu lah aku play-kan je ceritanya.. tapi aku rasa tak ada maknanya lawak. aku tengok sampai rasa macam nak tertidur. HAHA. bukan apa.. lambat lah jalan cerita dia. dah lah simple. tapi nora danish sangat hot kot dalam filem tu. eh eh salah, bukan dalam filem je.. tapi memang hot mama! eheh. i loike! walaupun begitu, aku berkorban jugak untuk tengok sampai habis, layankan jelah~

cerita ketiga pulak cerita ialah cerita 4 madu. ala yang apek ade tu lah.


boleh lah cerita dia. ada jugak lah yang buat aku ketawa. tapi takdelah bersungguh-sungguh sampai nak pecah perut kering gusi. awekS dalam filem ni tak macam comel-comel belaka lah pulak kan. hehe. ntah kenapa lah aku rasa rozita c.w. ngan ayu raudah c.w. ni sangat lah canik! aduiyaii, nasib aku perempuan.. kalau aku laki, aumm! haha. gila! cerita dia walaupun simple tapi ada jugak mesej yang apek senario ni sampaikan terutamanyalah dekat lelaki yang berpoligami ni. kenalah adil dsb. ok lah cerita dia..

oh yeah! lupa pulak nak cerita hari isnin lepas aku pergi lah wayang, hajat aku nak tengok cerita kembar siang.


tapi yang lawaknya.. aku pergi dengan 2 lagi kawan aku,, dan hanya kami bertiga sahaja yang tengok cerita tu.. HAHA. kau bayangkan hall dia spacious gila! then, hanya kau tiga orang saja dalam tu. apa kau rasa? kalau aku tau 3 orang je yang tengok, lama dah aku bawak masuk bekal alang-alang buat macam dekat rumah sendiri lah kan. nasib lah cerita dia tak bosan. comel je si cewek di atas, intan pakai tudung! lawak jugak lah, simple dan lawak dia tak boleh tahenn. terasa sayang, terasa aumm! HAHA. satthiya lawak gila kot!

tapi ntah kenapa lah filem melayu sekarang semuanya simple noh. ish ish, laa ni ade dua lagi filem yang aku nak tengok.. senario asam garam ngan estet. nak jugak layan cerita estet. cikgu aku dulu ada cakap cerita dia penuh dengan mesej, okay.. mari ah kita tonton dan lihat saja nanti :)

p/s: semua gambar dalam entry ni hak milik google.

k lah mimi FULLSTOP
note: esok malam berangkat ke perak, doakan aku ngan abah aku selamat pergi ke perak dan balik semula ke johor. amin :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!