Saturday, February 25, 2012

Hari yang malang dalam bahagia

Assalamualaikum wbt!
tak jawab dosa. jawab dapat pahala :)

pesanan khas untuk mu abg kereta sewa :
"pergi mati lah dengan lu punya janji! puihhhh!!!!"


Punya baik plan nak hangout dengan roomates harini tapi tiba tiba pulak abang kereta sewa bagi alasan macam macam tapi sebenarnya tak nak bagi sewa!! Cheesecake betul! Lain kali jangan lah berjanji kalau tak geti nak tunaikan! Haishh pantang keterunan jawa aku di buat macam ni okay!

tak tahu hagaknya aku ni semua dah bersiap sakan, penat je siap-siap last last cancel! tahu tak kalau perempuan nak bersiap tu berjam jam lepas tu senang senang je nak suruh aku ni tukar balik baju kelawar moden aku tu? memang tak lah. meh berdating dengan camera lah uolzz! wuahhahaha

photo-gediks.
fine, sila muntah! :)

Tapi harini kembali ceria disebabkan mama and abah datang and bawak makanan semua! I love both of you!! dah tak jadi nak marah-marah macam apa bila nampak dark chocolate meow meow ku!! wuhaha! thank you! macam tahu tahu je tengah mengidam chocolate! dark choco terutamanya! yehaaaa!

terbalik eh? haha. rotate sendiri :)
***

k lah mimi FULLSTOP.
note: kbye nak mandi. tak kelakar mandi lambat lambat ni weh!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, February 23, 2012

yehaaa! sijil berguna buat masa depan. cehh!

Assalamualikum WBT

sijil tuuuu! yeahh! alhamdulillah dapat jugak akhirnya!
semalam aku telah dicolek! aku skip kelas. ehm lebih tepat lagi aku ponteng dua kelas! colekan kali ni agak berbeza sebab aku dicolek oleh shee ke Taming Sari. hua hua.

kidding! semalam ada majlis anugerah dekan.. untunglah dek nun dapat dekan! ye ye. terima kasih. finee.. nak dijadikan cerita sepatutnya majlis ni mula pukul 8.30 pagi. punyalah lecturer suruh kitorang ni daftar sebelum 8.20 pagi. kalau lambat dah tak boleh ambil sijil. tapi.. nan hado! majlis mula dah nak dekat pukul 10 pagi!

VIP lambat.. tu aku boleh sabar.. tapi kenapa depa seperate kan aku punya tempat duduk dengan classmates? homaigod! kau tak tahu agaknya aku boleh mati kebosanan tahap ibu yang nak terberanak kau tahu? err err. nampak macam tak ada kena mengena di situ..okay krikk krikk.. handphone gua pulak buat hal. bateri habis macam mana gua nak main game! bosan nya lah kan.. sampai nak tertido aku dengar speech pagi tu. herm hermm..

apa-apa pun masa nak naik pentas ambil sijil tu gua tak adalah nervous sangat.. tapi disebabkan dewan tu punya aircond yang sumpah sejuk kedendang.. mulut gua pulak yang tertiba dan tiba jadi nervous. menggigil. hahar! buduss. buat malu je masa cakap dengan datuk rektor tergagap gagap sikit. cess!

dijanjikan habis jam 2 petang, but at the end of the event. pukul 3 kak jah oi! tapi baguslah sebab dapat ponteng kelas! wuhaha! bahagia mak nyah! ehh ehhh salah! bahagia mak, nyahhh~

part of my classmates yang dapat dekan last sem! congrats yall!
yang ada selempang purple tulah shee. 4 rata tau dia. congrats tayangg~
tiga orang lagi hilang! dating leteww. bhahaha!

PJ dan MOK yang kunun nyah BFF. wua har har

ini cap! anak gua! lu ada ke anak? HAHA
 apa apa pun.. aku dapat makan nasi minyak sebelum balik! walaupun tak berapa nak sedap, tapi aku curi ayam dia sampai dua ketol disebabkan kelaparan tahap maksima! kesian dekat orang belakang, tapi kesian lagi perut aku yang menendang nendang minta makanan! HAHA

***

akan ada lagikah dekan buatku semester kali ni?
jeng jeng jeng
Doakan kejayaan aku wahai sekalian umat
i lap yewww :)
***

k lah mimi FULLSTOP.
note: mengantuk lah seshhh!!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, February 21, 2012

GERAK SERI lagi

Assalamualikum wbt

lama tak update blog.. rindu lah konon nyah! memang tak sempat dan tak ada masa pun nak rindu dekat blog haremmm ni! sibuk jah aku ni! buku kemana test kemana quiz kemana. tetiba je ter-join event citrawarna2 uitm aku ni! alahai tak cukup sekali, nak dua kali masuk cheers untuk semester ni..semangat khennn! HAK HAK

then, kalau cheers haritu anjuran kolej zon c.. kali ni MPP punya event. memang ter-wajib lah kena masuk salah satu event depa.. kalau tak memang jadi NR lah gua next semester! mintak sempang!!

event kalau sehari tak apa, ni seminggu! cehh. kecoh je aku. padahal masuk satu ni je pun.. heh heh. tak fikir lah turun practice tu berapa hari pulak. em em em..  tapi berbaloi pun.. heeee :)

so pertandingan gerak seri kali ni diadakan jumaat malam lepas, kemain lama baru nak meng-hupdate. teruk bebeno! and malam!! yes yes! aku suka buat cheers malam malam sebab orang takkan notice kita sebab gelap! paling best..sound system padang kawad yang sangat kuat dan menyebabkan kitorang lagi semangat nak menari bercanda dan sebagainya..tak macam masa dekat zon c. speaker kat atas bukit, cheers dekat bawah! tak patut betul, hampeh kederehhh!

kalau dulu semua kena pakai baju pinky pinky bebehh, kali ni semua bertemakan hitam and kain batik disilang kat badan ala ala pendekat mastor dek karena nak ikut tema lah kunun.. citrawarna ni macam event yang very the kemalay-an. so.. nak tak nak tak boleh lah nak cheer terkinja-kinja macam zon c haritu. kali ni kitorang punya rutin semua berasakan gerak melayu. ada zapin silat dan poco-poco!

aktiviti untuk hilangkan gundah gulana di hati beta! huhah!

lagu pun kemain.. nak yang letup letup je. kalau tak lagu thailand bukan kolej aku namanya. so ada lagu oh oh jeng! kau tahu tak lagu apa tu? okay google lah nanti ya. lepas tu lagu love on top yang step dia sebenarnya step zapin, credit to kak karina and ell yang terfikir idea tu. huhaha. lastly lagu asmaradana! sumpah banyak kolej buat lagu ni, but so  far! kolej aku punya rutin paling cantekk! kau hado? HAHA. masuk masuk center stage pun lagu mentara semerah padi! hah pendekar tak pendekar wa cakap lu :)


hey you! hey what! you = L (loser)
alkisahnya.. semua roomates aku masuk cheer kali ni! semata-mata takut tak dapat kolej next sem. best kan dapat roomate yang sehati sejantung nak join event sama-sama. tak adalah rasa unfair macam dia belajar and aku praktis! memang rasa nak lempang lapan juta kali je nanti! hah

 sebelum nak masuk center stage semua macam mengagau ketakutan! nebes tahap cipanzee cari anak! kau faham tak macam mana rasa dia tu? hem.. susah nak explain.. tapi once dah masuk line and dengar lagu terus tak tahu nebes dah.. semua enjoy! aku rasa aku paling banyak salah steps! but ada aku kisah? HAHA.
pendekar tak? tak? cis!
 dan ganjaran yang kitorang semua dapat.. jeng jeng jeng! lagi sekali kolej gua dapat 2nd place untuk cheer! 2 kali berturut untuk semester ni, dan lagi sekali kalahkan kolej Teja. HAHA! gembiralah acik kau ni! and sebenarnya kolej kitorang tak jangka pun menang kali ni sebab ada lagi kolej lain yang buat lagi best dari kitorang! tapi nak buat macam mana.. rezeki.. alhamdulillah. dapatlah hamper lagi! makanan yang sama! heh! sama supplier lah tu. hik hok hik..

aku dan trofi!
saya menang ABP :)


k lah mimi FULLSTOP.
note : pening nak fikir, baju apa nak pakai esok ni. ada anugerah dekan. huhuh
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, February 12, 2012

Bollywood Night TPT

Assalamualikum wbt

nampak lah aku lari tema di situ -.-"

So, semalam kolej gua buat dinner. dinner yang kena bayar 40 hengget tu. hannbui wa cakap sama lu bukan main mahal kedendang lagi okay. tapi disebabkan gua penghuni tpt yang berdedikasi berintegma dan bertoleransi, gua join lah jugak dinner ni. bukan selalu pun dapat pergi dinner dinner ni. siapalah gua dekat uitm ni pun..HAHA. (oh semm! asal guna gua? nampak brutal sangat)

antara levelmates yang tertinggal bas 1 & 2. what to do?
nak dijadikan cerita petang semalam kena bersiap sebelum 4 petang, sebab bas bertolak pukul 4. memang aku ni jenis yang menepati masa sampai siap lambat. lambat 10 minit je pun. terus tertendang masuk bas ketiga. oh semmmm! tunggu lagi satu jam. sempat lah aku mandi..solat asar. ehem! KAU HADO?


dinner time, just sebahagian je okay :)

lupa nak cakap. dinner kolej ni dibuat di Mahkota Hotel Melaka. depan depan tu terus ada mahkota parade. masa aku sampai, dengar lah bebudak level lain menapak pergi makan mcD sebab sampai awal sangat and dah kebulor tahap cipanzee. dengan pakai baju bollywood diorang pergi, and depa cerita lah orang macam pelik lah  tengok depa like "what the hack! mana datang budak budak hindu!" wakaka. suka hati aku buat dialog sendiri.

aku yang tengah kebulor jugak ni memang menunggu masa je nak tunggu penutup depan mata ni dibuka untuk aku santap. tapi sayang sekali, depa bagi aku sup tulang dulu and bergedil. nasib lah sup tu sedap.. kalau tak mahu aku merajuk pergi makan mcD dekat MP, heheh :D

tengah tengah makan, surprise lagi bila MC suruh setiap level wajib buat persembahan. memang haru biru lah kan. 

my level - mahsuri. cer teka mana aku?
malam yang ohsemm lagi bila semua sporting habis and menari macam orang gila. nasib baik kolej aku dapat MT yang gila-gila. kalau tak.. memang tak lah nak menari sehati berdansa malam ni. keh keh. puas lah aku dapat menari macam orang gila bini malam tadi. wuhahahah

karaoke session :)

dancing ahak ahak :)

and here we go antara MT yang sangat oh semmm baju depa :)

paling kiri - MT akademik :)

kiri - MT kebudayaan

kanan - MT sukan.
dalam banyak banyak MT, YDP kolej : kak Mar yang saaaangat cantik letiupss tu aku lupa nak amik gambar dengan dia. 

classmates gua yang cantik cantik belaka :)



k lah mimi FULLSTOP
note : bye bye :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!