Friday, November 16, 2012

syukran,alhamdulillah !

As salammu’alaikum wbt

nota : aku tahu korang kalau baca entry ni mesti terus pergi gambar tak nak baca apa yang aku tulis kan? keji tau.. penat ioldz karang. HAHAHHAHAH

akhirnya selepas seminggu keputusan final exam semester 3 , tibalah masanya untuk bercerita result aku kepada umum. kah kah. kekunun nak buat surprise lah ni? tapi memang tak ada siapa lagi yang tahu berapa sebenarnya pointer aku melainkan family ioldz je. 

gimik je sebenarnya ni.. simpan result dulu seminggu. konon-konon gempak habis result padahal... lebih kepada malu. hahaha. result aku jatuh berdepekkkk 4 tangga kebawah..

but still alhamdulillah, Allah SWT lebih mengetahui, maha Adil.. 

jadi masa malam jumaat lepas, aku cubalah jugak nak check tetengah pagi disebabkan aku tahu aku tak perform bebetul, study pun memain je masa final sem 3 ni, bukan masa final, even sepanjang sem 3 pun study memain.. sebabnya fokus aku lebihkan kepada masalah masalah yang tak sepatutnya bangkit. hahahah. imma busy woman lagi. 

nasyita kamal suruh aku check guna email tapi nebes noks. aku suka check lelambat sikit dari orang. aku nak orang lain tahu dulu result depa dari aku. dari situ baru lah dapat terbitkan rasa surprise kat diri sendiri. haha

cinnnn caaaaa *bebetul aku tak expect much result sem 3 ni akan jadi meletop dan hebat kebabooo tapi alhamdulillah berkat doa semua lah dan rezeki yang diberi-Nya .. rasanya aku berjaya juga mencapai target untuk maintain result walaupun dari segi pointer aku jatuh.. hohohoho. terima kasih yang mendoakan kejayaan aku :)

so nak dijadikan cerita bebangun je pagi tu terus kena pick akak aku yang balik cuti semester break dekat stetsen bas larkin, mulanya nak pergi sendiri tapi tetiba abah pulak kata boleh je pergi ambil akak, so masa dalam kereta aku ceritalah dekat abah, cakap result keluar harini.. 

bersungguh abah suruh aku check padahal aku tak nak check.. pastu abah paksa! kakakakakkaka

dengan menggunakan mobile internet, aku sanggup ni beli internet harian yang 5 hengget tu. terus check email guna phone. first sekali aku terus bagi phone dekat abah. aku tak tengook pun result aku.. takut wehhh :(

aku ingat lagi dulu masa habis exam aku cakap dengan abah, aku memang tak boleh buat exam kali ni lelagi paper statistic. aku cakap bersungguh aku tak boleh buat. dan aku rasa macam aku failed sebab aku emmang tak boleh buat last paper tu.. and aku cakap lah 
"kalau mimi tak dapat DL sorry tau, abah!- me
"takpelah, kalau setiap semester nak dapat DL pun penat. kasi rehat kejap, nanti sem depan dapatkan lah balik DL. haha - abah aku gelak je pastu.
hahahhaha. lawak kan statement abah aku?okay dah berhenti membebel pepanjang. sebab ni lah orang terus click gambar tu! HAHA


alhamdulillah :)
keputusan paling tak dijangka di muka abad ke-20 ni.. kejaiban dunia yang ke lapanpulohtujuh tau result aku ni. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. nampaknya Allah SWT masih sayangkan aku. rasa kerdil diri tetiba. nampak kat sini kuasa Allah tu maha HEBAT !

sebab aku memang tak menjangka dapat DL, tengoklah.... sampai biasanya aku buat review pasal paper aku bila habis exam tapi kali ni aku tak buat sebab semua paper aku buat dengan teruk! mimisaja was sad masa tu 


apapun semestinya aku akan tunaikan nazar berpuasa 2 hari yang aku dah cakap bebetul depan dewan taming sari masa tengah hujan lebat ribut taufan 19hb tu *final paper.


insha Allah


life must go on. 


betul lah orang kata



"hidup ni umpama roda, kadang kita di atas kadang kita dibawah. tapi jangan pernah sesekali kita berputus asa! 



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalmualaikum wbt

takwim hijrah credit @google.image
selamat menyambut tahun baru bagi semua umat islam di seluruh dunia. dalam kita menyambut tahun baru ni, ada saudara kita yang sedang berada dalam kesusahan. sama-sama kita doakan untuk Gaza dan pejuang pejuang fisabilillah.

teringat lagi masa zaman kanak kanak bila maal hijrah, sambutan dia saaaangat meriah tapi kenapa semakin lama semakin kurang sambuatannya?

ingat lagi masa kecik kecik dulu aku ada kumpulan nasyid, as-saidah nama diberi. wewitttt. bila nak maal hijrah excited bebenar nak praktis nasyid terutamanya lagu maal hijrah tu sendiri. siap dengan gaya dengan live music, main kompang bongo, alat muzik lain. eee seronok saaaangat bila teringat balik zaman tu.. zaman kegemilangan industri nasyid dekat malaysia ni. hahah

tapi sekarang semua orang nak menari lagu gangnam style even masa maal hijrah. kita nak salahkan siapa? even aku sendiri pun peminat kpop! aduhh

ini dia lagu legend...nah aku bagi lirik dia, event dalam lirik nasyid ni pun dah tersirat makna hijrah tu sendiri.




Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman...
credit at [ Maal Hijrah lyrics found on http://lyrics.my ] 

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, November 14, 2012

dia boleh berubah,awak boleh berubah,kita?

Assalamualikum wbt

ye! jadi harini aku nak berceramah pasal "perubahan". hanvoi. siapalah kita ni nak bagi ceramah? setakat blogger picisan yang tulis ikut hati tak guna akal! nak ceramah pulak kan? eh eh yang mahu sentap segala ni apahal pulak mimi oii? ahaks

okay okay moh tukar cara penulisan kau tu. almaklumlah dah lama tak amik kelas bahasa melayu. ayat pun jadi tunggang langgang kayak taufan punnn niii adoy aiiii

harini aku nak bercerita sikit pasal perubahan.. so.. apa yang berubah? sifat diri kelakuan cara pemikiran cara percakapan mentaliti fizikaliti rohaniliti? haihhh. dah macam orang berpelasampah terasa diri ini. ahaks.

tak semua orang berpeluang untuk berubah. kita sendiri yang pilih jalan hidup kita tapi segalanya juga sememangnya dah ditulis mengikut qada' qadar-Nya . dan sememangnya semua orang akan berubah cuma kita je yang tak perasan.. tapi orang sekeliling kita perasan!but then

ada yang dapat menerima baik mengenai perubahan seseorang tapi ada jugak yang menghina! haippppp. ni yang tak syok ni. tak baik hokeh kau nak menghina hina kita.

kita sesama manusia. apalah sangat yang kita dapat daripada menghina orang ni? haaa pernah terfikir tak sebelum bercakap? cer bagi tapis sikit apa yang nak dicakap. kalau tak ada penapis kat rumah, meh aku belikan satu kat kedai dua hengget. hohoh.

bila kita berubah ke sesuatu tahap yang lain, orang memang akan mengata. tak kisah benda baik atau buruk, so that kalau hati tak kental memang bahaya. sebab bila hati tak kuat tu yang senang balik berubah ke takuk asal. tsk tsk

perubahan tu jugak memerlukan masa, dia ni berperingkat jadi sebagai member terdekat tolonglah jangan push dia yang cuba nak berubah tu, kesian dia stress nanti elok elok nak berubah kepada kebaikan terus berubah ke lembah tanjung rambutan tanjung manggis dan yang selembah dengannya... haa kan payah kalau dah termasuk lembah tu?

sebab aku dah nampak dah perhati dah tengok ramai lah jugak yang dah elok elok comel je berubah kepada perkara yang lebih baik, tapi tak tahu dekat mana salah silapnya.. buat balik kesilapan dulu. tapi siapalah kita nak judge depa ni kan? kita tak tahu masalah sebenar depa.. so doakan jelah yang terbaik.

tapi aku memang tak berkenan perempuan yang hipokrit kata dah berubah, dekat social network punya websites semua tunjuk macam dah berubah insaffffffff saaaaangat tapi hakikatnya nannnnnn adooooooo! haaa ni pun tak best. kalau berubah hanya pada status, tweet bagai baik tak payah lah awaaak. buat bikin dosa kau dan dosa aku jugak bercerita pasal semua ni. astaughfirullah

tapi ioldz cerita so that sesiapa yang baca entry ni jangan lah buat perangai macam ni. sumpah tak cool
beb!

bukan lah nak bercerita macam aku ni baaaaaik sangat, let me tell you, aku ni saaaaaangat buruk perangai satu waktu dulu, kiranya masa zaman jahiliyah lah, tipu cakap kalau youoldz tak ada zaman jahiliyah memasing, but then kalau tak ada tu baguslah. jangan kau orang pergi buat perkara jahil untuk ada zaman ni pulak! huhu

tapi alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku cuba nak berubah. sikit sikit aku cuba ubah. sampai sekarang pun aku masih cuba ubah diri..sebab nobody perfect kan! alhamdulillah Allah SWT tu maha adil, maha penyayang. kalau Dia nak bagi hidayah tu, Dia bagi. bebanyakkan doa. insha ALLAH :)

jadi apa motipp entry kau ni weh?

kita hidup cuma sekali, so tak semua benda kita kena enjoy! peace yo! renung-renungkan dan selamat beramal :)


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

himpunan legasi


Assalamualaikum wbt

Sedikit catatan : minta maaf untuk penggunaan kata ganti nama ‘aku’ untuk yang lebih dewasa dari 
mimi .

banner family day muka atok saya! weeee :)

Jadi entry kali ni cek nak cerita sikit pengalaman masa hari raya aidiladha haritu yang disambut kat mersing with family abah’ nama pun raya so pepagi dah bangun awal yang tak lah berapa awal..

cecukup je masa solat subuh lepas tu mandi sunat raya lepastu sarung baju kurung terus pergi masjid dekat majidee. Nasib datang awal makanya tak adalah berhimpit masa nak solat. Dan dapat tempat dalam masjid bukan dekat luar! Alhamdulillah masih sempat untuk mendengar takbir raya dan solat raya aidiladha.

Alhamdulillah : )

 
atok w yaya :)

Balik je dari masjid terus makan makan dan vrooommm ke mersing. Konvoi lah kami berapa keluarga ek? Haha. Lupa.. veramai-ramai ke telok gorek mersing. Sesampai je dah pukul 3petang macam tu terus makan. Memandangkan raya kan.. so makan lah ketupat rendang semua… nikmat siottt! Hiks

Habis kenyang makan makan rehat jap terus pergi laut. Yuhuu. Nampak ke-tak sabaran dekat situ nak mandi manda? Haha

Melayankan vevudak ni nak mandi laut *ececeh sebenarnya diri sendiri lagi nak terjun laut. Yahoo!


Petang tu kitorang main volleyball, haaa meriah kan main macam pro padahal ke laut je bola tu. Haha! Syok kot main tepi pantai nan indah ni : ) nak dijadikan cerita tetengah serve bola terkena pulak sorang atok yang tengah duduk dengan cucu dia dekat kerusi tepi pantai ni, kesian atok tu! Tapi kenapa atok duduk situ kan dah kena? Hohoh *taknak mengaku salah kitorang ;)

Nak dekat maghrib baru naik ke bilik salin baju berishkan diri solat makan gossip makan ceriat cerita makan lagi then baru bagi kumpulan untuk sukaneka esok paginya dekat memakcik pepakcik sesanak sedaura. Haa mampu kau ayat cenggini? Hiks

Malam tu aku, kakak and nana *cousin terus cari port baik tepi pantai . motif dia satu je. memecah tenaga nak cari lagu untuk aerobik pagi esoknya.. amik feeling tepi pantai..memalam buta pulak angin sayu sayau bahasa..syiokk lahai! Hiks

Esok pagi seawal jam 8 pagi semua dah sesiap bangun makan dan terus buat aktiviti photosuttt dekat dewan yang ditempah dekat sini, kabut tak tahan. Tapi havoc selalu family den, haha! Kecoh hoi saudara mara aku. Lelagi kanak-kanak tu ingat senang nak kasi amik gambar duduk dendiam? Haha. Meriah sangat family ni. Ha kau hado? *keji statement kan. Maaaaaaf!

us ! may Allah SWT bless le families. ameeennn


Lepas je photoshoot family terus pergi buat aerobic, kakak aku yang handle untuk ni, and turut dibantu oleh kakak saudara , nana ofcourse!



Sukaneka yang paling tercomel lagi bila semua sporting main benda benda comel macam belon air, lari bawak bola pinpong, tiup tepung, pecahkan belon, lari atas tempurung dll dan aktiviti kemuncaknya main tarik tali! Seronok pagi ni
 


Habis sukaneka terus memasing terbongkang tido, loteh lah memasing tapi gagah jugak petang tu bangun sebab dah janji dengan kanak-kanak nak main laga ayam. Lagipun banyak belon lebih kot untuk mengelakkan pembaziran maka kami main laga ayam.
 

Game ni pun aku tahu sebab masa pbsm dulu pernah main dengan bebudak pbsm. Lawak kot. Walaupun simple tapi disebabkan semangat nak menang tu tinggi, memasing gigih nak main untuk menang masa tu. Punyalah jaga belon dekat kaki tak bagi orang pijak sampai ada yang terjatuh terkoyak seluar. Tsk tsk





Malam tu malam kemuncak ada bbq, karaoke. Hadiah hamper semua ditaja oleh memakcik pepakcik.  Sayang semuaaa : )

Keesokannya lepas kekemas terus semuanya bersiap untuk balik jb, kl, kluang, perak dll

Alhamdulillah akhirnya family day kali ni berjaya juga diadakan. Meminta aktiviti ni boleh dijadikan aktiviti tahunan family hj. Rebu & arwah nenek. Kalau ada yang tak betul sepanjang gathering ni harap harap dapat dibetulkan untuk sesi akan datang : )
 

kita datang untuk berseronok kalau ada silap dan salah tu ampun dipinta! Raya kan? 
Peace yo ! Hehe : )

mimiSJ

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, November 13, 2012

apa yang nak ditulis?

Assalamualaikum wbt.

amaran keras : entry kali ni lebih kepada feeling retis dan syok sendiri. nak baca, baca. taknak baca lah previous entry. hik hok

dah lama rasanya dah tak menulis dekat belog ni, last entry bebetul masa final exam semester 3. alhamdulillah dah dapat dah pun resultnya. hikss. ramai yang tertanya-tanya pasal result aku. hahaha! chillex sudah. kang aku tunjuk kata aku riak tak tunjuk cakap aku kedekut tak nak tunjuk. pui pui. nenanti lah ioldz update result. kasi surprise sikit. sikit jelah pun ;)

ada je yang tanya kenapa tak update macam selalu. masalahnya sekarang ni dek, akak kau punya line internet dah kena potong. makanya bila dapat broadband baru dapat online. dan online pun tak ada lah pulak rasa nak meng hupdate belog, tapi lebih kepada nak stalk belog korang. aku ni memang stalker sikit, almaklumlah i love gossips ;)

jadi meh sini akak kau ni refresh memori daun ketumbar sikit, pelik tak rasanya kalau nak wish raya aidiladha kat korang? hehe. rasanya dah sampai raya deepavali dah pun ek? ahh. pedulik hape aku! HAHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA PEMINAT MIMNATORS
> KEEP SUPPORT MIMINATORS<
JYEAHHH

nak dimulakan cerita, masa raya aidiladha ni aku ada family day dengan family abah' dekat mersing, bila dah dekat telok gorek nak dapat line phone pun payah apa lagi internet, jadi memang edak lah ioldz online. disebabkan aku ni meng-in-charge sesikit program family day ni so aku memang tak pegang phone langsung, tak perasan pun memember yang wish raya tu, sorry ek. imma busy woman! pui pui. kenot go lakauuuu bah!

selama tiga hari dekat telok gorek mersing, tidak sekali pun aku memikrkan orang luar selain family aku. hua hua hua. kejam timah kan? my baby ace pun bukan nak mencari aku, last last aku pikir aku tinggal dia dekat rumah so malas nak cari. dah dalam kereta baru perasan baby ace dekat dalam handbeg. kakakaka. lepas tu on whtsapp terus berduyun wish raya. *bajet retiss kan? tipu je ni -.0

habis je family day..

deng den! *sound effect text message katanya

UiTMMELAKA:(PERHATIAN:PROG JELAJAH ......... ....) DIMINTA HADIR KE PROG TERSEBUT PADA 29/10/12............TK

okay! naiseee! aku baru sampai rumah baca mesej ni terus rasa pitam. mana idoknya 29hb tu merupakan keesokan harinya. terus cancel plan tengok tv petang tu, terus basuh baju keringkan and packing bebarang nak bawa ke uitm. sedih lah jugak sebab dah penat berhempas kedebak debuk tepi laut lepas tu terus kena pergi n uruskan program ni. tapi nak buat macam mana, peminat cari. tu dah cakap imma busy woman. lepas satu, satu. haha! but somehow i enjoy le momments :)

tak sia sia den poei program tu sebab dapat merapatkan lagi ukwah antara team majlis tertinggi kolej. habis je program ni terus bersambung ke kursus pimpinan mahasiswa pula. tudia tudiaaaa. akak retiss busy mengalahkan daten sembrono. ohoooooiii. tapi dalam tengah berkursus tu sempat jugak pergi tengok midnight movie "skyfall" youollz! haha! dan dan terus kad matrik aku hilang!! damn damn! melayang 30 hengget aku. so ada sesiapa nak belanja aku buat kad matrik baru next semester? kemon lah. 30 hengget je pun. hik hoks

habis je program ni terus balik rumah dan tidur. sekian

mimiSJ



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!