Sunday, December 21, 2014

RAND()

SAKSI TERAKHIR
-soundtrack saksi terakhir by anomalist production

teruskan, terus menahan jeritanmu
pedih akan tusukan hidup
namun ku perlu teruskan langkahku

lepaskan, lepaskan ku dari tidur
kerana ku belum bersedia
sedia bila tiba saat waktu ku jatuh

kumpulkan nafasmu
kuatkan semangatmu

suatu hari kan ku pasti
ku masih terus berdiri
namun ku kan jatuh
tewas aku dalam mainan dunia
selamanya

serahkan, serahkan semua adaku
usailah segala ragu
terimalah jalan pilihanku

paamkan,padamkan api dendamnu
retak ku dalam genggaman
lenyap tiap cebisan harapan

-izzul&sue-

**

NEON
-soundtrack projek kamu 2

kan ku jadikan singgahsana
untuk kita berdua
ku mahu kau terus berada di sisi
sungguh pun kau menyepi

ku hitung bintang di angkasa
penawarmu kala hiba
ku akan terus berada di sini
saat kau tiba nanti

kau lah bintang ku
penawar duka ku
mungkin nanti
kita kan bersama

kini ku tak mampu berdiri
menunggumu dalam sunyi
ku akan terus mencinta
sungguhpun ku tak mampu

-izzul&sue-

**
BICARALAH
-puisi karya khairunazwan roozy

kau buat jantungku
bergencang akibatmu
renungmu penuh pilu
gila resah naluriku

tolonglah biacarakan
bingung oleh diam mu
jelas lah lepaskanlah
apa yang membelenggu

jika tangis rayuku
buatmu sering ragu
pukul lah ke tubuhku
seribu rotan bambu

pecahkanlah suaramu
katakanlah sesuatu
jeritan di batinku
siksaku diam kamu



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, November 20, 2014

expectation

Assalamualaikum wbt

apa yang aku paling takutkan dalam segala benda yang aku buat ialah expectation.

bagi aku expectation ni besar, expectation ni macam satu permintaan yang kita perlu dan mesti buat dengan mega dan jayanya. supaya tak akan ada yang kecewa dan hampa dengan apa yang diharapkan.

macam contoh, haritu aku pergi tengok teater mock trial, Geisha. aku memang datang membawa segunung expectation yang this theater mesti best dan aku akan gelak since i knew the cast yang play role dalam theater ni semua yang bagus-bagus dan bukan calang-calang.

kau bayangkan full house babe kalau tak silap aku 2000 tickets sold out! tapi bila dah lepas tu, aku macam masih tak boleh percaya yang this is mock trial yang dihebah hebahkan best , memang takkan rugi beli tiket tengok mock trial, yada yada

aku ingat aku sorang je yang kecewa dengan mock trial haritu, rupa rupanya bila scroll tl twitter..hambek kau..bersepah hinaan dan cacian yang diberikan kepada cast and crew. please lah kalau ye pun kecewa tak perlu kot nak maki bagai, buat malu aku yang baca je.

however,

okay this is my personal review, eh tetiba bagi review kan..bagi aku, yeah memang content malam tu kurang. sangat kurang. aku sebagai orang luar memang expect more better than what they gave me that night..for me..memang betul nak cerita pasal geisha, pelacur.. but then dah kenapa semua orang pulak nak melacur dalam court? i know that you guys did this untuk make it fun and santai so that we as outsider can understand the simpler way punya proceeding dalam mahkamah..

tapi bila dah macam ni.. honestly speaking, adalah rasa hampa segunung juga.. but after all, saya tahu bukan cacian dan hinaan yang patut diberikan..you guys did a  really good job and effort! sebab 3 bulan bukan sekejap kan berlatih.. and i know you guys can do much more better than this, so biasalah ups and down dalam kehidupan. mungkin next mock trial boleh diperbaiki dari segi mutu content tu sendiri, sebab pelakon sumpah dah best dah, va va voom je semua! this is my humble thought je

okay berbalik kepada topik utama,

sebagai pelajar sains aktuari, setiap distribution kau nama je exponential? negative binomial? poisson? weibul? haa semua distibution ni ada their own expected value, E(X) gitchuu..maka sedangkan dalam math pun nak ber-expectation bagai, apatah lagi kita yang memang living in this expectation world kan.

sebab kita hidup ni memang cerita dia asyiklah nak kena penuhi expectation orang. sebab kalau tak, mulalah ada je yang tak kena lepas tu.

dah biasa bila busuk atau keji sesuatu yang kita buat tu..mulalah nak mengata sampai 7 keturunan pun  tak kan habis lah dok canang dekat semua.. tapi cuba kalau benda baik yang kita buat, sehari pun belum tentu orang nak puji

yes we can choose to do things in our own way, why bother kan. well, some may says "people will always notice our mistakes rather than our good deeds. so. just leave it and do it as you like

tapi kan kadang kadang in life, there are certain things yang memerlukan this expectation untuk boost up kan kita punya sense dan fikir out of the box so that kita boleh penuhi that demand. benda ni pun bagus actually, sebab kau akan cuba untuk buat kerja tu bersungguh-sungguh. memang niat dia ialah untuk penuhi orang punya expectation first, tapi kau juga yang akan bahagia bila apa yang kau buat tu bagus, dan berjaya.

when people put lots of expectations in you..it is not to burden you but because they know you can do that, it may be hard for you as you need to be extra particular care in everything you do..but it is for your own good too.

tak nak ke kalau dapat buat hebat hebat dan dapat review daripada semua orang apa yang kita buat tu best? bukan ke lepas tu yang kembang semangkuk pun kita juga? kan?

cuma ini ialah hak masing-masing sama ada untuk ambil 'that' expectation in a positive or negative ways

but, in some cases, macam wedding preparation lah yang paling senang nak bagi contoh, kita dah terbiasa untuk terpaksa buat yang vogue de bazz punya wed supaya tidak ada yang nak mengata di kemudian hari. so dalam hal ni, kau kena ambil yang why bother punya view, yang nak kahwin tu kau dan yang nak kena keluarkan belanja untuk majlis tu pun kau..dah buat apa nak habiskan duit beriban riban dan buat loan bagai untuk wedding yang sehari je?

senang lah cakap sebab belum rasa, cuba dah rasa nanti..baru lah kau tahu. gitchuuuu hakak punya statement

yelah mungkin sebab aku belum in that situation so that aku tak akan fikir, tapi bila difikirkan..kenapa kita sibukkan sangat pasal majlis yang sehari padahal living cost after that yang lebih penting. aku tak nak hidup berlandaskan hutang memanjang. cecukuplah loan ptptn yang masih tertunggak ni. hahaha

hence, there are some cases that require 'this'-expectation, while if you think that there is no necessary to do so, you better don't. why bother kan?

do your part and leave the rest to Allah SWT

until then,


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, November 1, 2014

busy tak busy?

Assalamualaikum wbt


haaaaa..haruslah pembuka entry terbengkalai ni dimulakan dengan muka sendiri..bagi sesiapa yang rindu..nah tatap lah puas puas. puahahahah

gambar jetjet candid ni diambil oleh photographer bertauliah tak lain tak bukan saudari hafa kita. pro kot sebab dia boleh ambil angle sampai aku nampak macam 40kilo je..padahal...

kesian sangat dekat aku punya diri yang kedua, amboi macam banyak sangat diri..skizo ke apa kau ni kan? hahah

maksud aku..diri yang suka berjimba..dah tiga minggu berturut tak dapat melayan diri sendiri..tak dapat pergi enjoy....kalau tak busy test mesti sebab event..cuma sempat memanjakan diri dengan makan dan makan dan makan dan tak lain tak bukan main game coc je. town hall baru level 5 jangan cerita lelebih dulu lah kan. haha!

tapi nak buat macam mana kan..dah diri ni memang tak boleh duduk diam. mesti ada je nak buat..kalau hujung minggu kosong pun bosan sangat..tapi bila ada event dah jadi macam lipas kudung dah..kaki tangan semua dah macam ada extra..

apa-apapun alhamdulillah semua berjalan lancar..

lepas balik daripada kem survival bangsa, aku sambung dengan ARTFEST 2014 lepastu minggu ni event mai mai melati plus actuarial family day! haa hambek..next week ni pergi kursus next next lagi jadi pengurus untuk pasukan memanah kolej..lepastu uruskan malam pragraduan course aku. haaaambek lah!

tapi kira okay lagilah hujung minggu  aku ni dipenuhi dengan event, member aku, fauzani asyik nama naik under hep untuk pergi kem je..masuk minggu ni adalah dah kem ke 3 yang dia pergi, selain daripada kem kem yang dia tolak..dah lah kem makan masa 3 hari 2 malam..

kadang-kadang aku kesian juga dekat dia..dah macam tak ada orang lain dah ke kan untuk ganti dia..nak kata calon mpp ke seki mpp pun tidak..tapi tak apalah bagus lah bagi mengisi ruang hujung minggu dengan benda yang berfaedah..kalau tak..keluar je shopping je kerja kan kita ni! eh bukan kita..tapi aku..hahahha

tapi sebusy busy aku ni, makan tak miss babe! makan nak sedap je. pun perabis duit jugak tu. hahahah. itu jelah aku..campak lah mana pun, sebusy mana pun, asal ada makanan selagi tu aku happy..haritu masa camping dekat pahang..depa buat tempoyak ikan patin..peh! boleh bayang tak aku makan macam mana..excited tahap dewa tau!

bukak je instagram aku, bersepah gambar makan..tak sengaja pun nak upload..tetengok..banyak juga aku pergi makan sesedap.

ada sekali tu aku teringin gila makan meetball ikea..sampai demam tau..kwanghajar sangat meetball tu kan..aku memang sayang ah memember aku yang baik hati lagi pemurah yang sanggup teman aku..layan mengidam aku..ni belum apa apa dah mengidam teruk. hahahahha

lepastu semalam aku sensenang je terpengaruh dengan member aku suruh makan chicken rice shop student meal yang RM8.++ je daripada harga sebenar dia rm17 kot..untung sangat weh..dapat satu set penuh..pehh gemok tau gemok?

amboi cerita pasal makan kemain panjang.okay siren kolej dah bunyi menandakan aku dah kena bersiap siap nak turun pergi event ni. bye bye chuoldzz! hingga ke lain entry!


salam alaykum



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, October 16, 2014

#gilakata

Assalamualaikum WBT

MAYA
Indah semua maya
Realiti dalam maya
Terus tak bermaya

NAFSU
binatang kah kau
satu seribu sejuta
kau puas?

ALPA
satu itu ada
satu yang kau tahu
tapi tak pernah ambil tahu
terus alpa dalam
GELAP!
kau seronok?

nukilan : mimiSAJA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

#gilakata

Assalamualikum wbt

BULAT BULAT BULAT
kau BULAT?
khilaf dengan bulatan yang kau cipta

tapi kau lupa pada

PETAK

ya! PETAK PETAK

SEGITIGA SEGITIGA SEGITIGA

kau lupa!
kau lupa!

semua berpenghujung
kita juga sama

setiap yang bermula pasti ada hujungnya

jangan kau lalai

kau ingat BULAT

semua benda BULAT

tapi kau lupa

bulat juga ada penghujungnya

nukilan : mimiSAJA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, October 2, 2014

ke Petaling Street ke kita

Assalamualaikum wbt

p/s:gigih lah kau orang scroll sebab entry kali ni banyak gambar.

Spot me if you can! HAHA
So yeah last Saturday, i was unexpectedly participating in a program at Petaling Street held by mandarin club for those who are a member of mandarin club or taking mandarin as third language . Actually, the PD for the event was my friend aka course mate aka classmate, Mastura.Eventho i am neither of em, because mastura is my friend lah i can join this program!

maka kau orang dah boleh imagine kot how my two other friends, fauzani, jiji and i need to be undercover for the one whole day sebab kitorang ni dah boleh dikatakan sebagai pendatang tanpa izin. which kitorang fail to do so..dah lah memasing tak tahu nak act pendiam, memang saja cari pasal attract lou shi sampai at the end of the day, lou shi suruh aku jadi camera girl and masuk mandarin' singing competition next year! HAHAHHA

The program was super duper extravagant fun sampai rasa macam i kena paksa tetiba.. hmm i must said that i had been force to join tho at first it was me who volunteering...

memandangkan sangatlah bosan kan hari Sabtu and kau semestinya akan tercongok and duduk kolej mengadap laptop. oh my! memang tak lah. kata nak sokong fit Malaysia kan. tapi i seriously rasa i end up that day felt that i had been forced to since mas said that,

"Jangan risau kau boleh jalan jalan je pergi KLCC lagi lepas tu..jalan jalan kot boleh shopping,..dahlah free makan semua (Mastura, 2014)
PADAHAL PENAT NAK MAMPUS TAK INGAT DUNIA..and yeahh we had to walk like seriously for the whole day!! ambik kau nak sangat berjalan kekdahnya

okay back to the topic, whatever it is, actually this programwas super duper best yang macam walau kau penat tapi kau enjoy since kau pernah ke pergi berjalan dekat petaling street and rasa macam kau tourist? and this program memang berjaya gila make me felt that way. Good Job Mastura! plus banyak juga benda baru aku belajar through this program. clap clap clap



So kitorang gerak pagi tu dalam pukul 9 lebih dalam pukul 10 sampai sampai je terus jumpa this one xiǎojiě that act as our tourist guide. Sesampai je terus diberi task.

divide group semua and apa yang kitotang kena buat ialah while pergi melawat setiap tempat basically i must say that most of it temple lah kan, since kitorang pergi area chinatown, makaadalah around 15 questions yang kitorang kena lengkapkan.siapa yang boleh lengkapkan semua jawapan betul ada markah

Sumpah kau akan rasa macam kau dekat China, so agak agak tak ada budget lagi nak pergi China..boleh je acah acah tourist and melawat Chinatown ni. you should okay! since aku pergi dengan mandarin club, maka most of the conversation akan diselitkan dengan bahasa mandarin. memang aku duk google translate je. hahhaha..plus yang guide kitorang tu pun akan ajar mandarin juga.

yang masa ni kena cari jawapan selain keledek goreng apa lagi makanan
famous yang ada dekat chinatown ni. and halal okay boleh makan!

petaling street!

the first temple yang kitorang pergi

pasar awam pertama masyarakat cina di selangor!

with part of em

pejabat pos lama KL - the oldest building if im not mistaken

nampak lah aku sangat focus. nak menang sangat agaknya. HAHA

temple untuk masyarakat singh. aku sumpah ingat balai polis memula






talk mengenai masyarakat cina di Malaysia dijalankan dalam bangunan ni lah.
plus ada soalan juga tanya ada berapa banyak tanglong daekat depan bangunan ni
nampak tak? hehe

yang ni pun dalam bangunan yang sama

He showed us the library inside this building, alaaa tak ingat lah
nama!
 lpeas tu petang tu ada second slot lepas dah break lunch and dzhuhur semua, kitorang pergi dengar talk sikit and then kami ada next task, video recording with chinese. yang ni sumpah lah, aku ni dah lah tak tahu cakap mandarin memang hafal je soalan soalan yang boleh ditanya and dah di prepare oleh ajk. HAHA

lepas dah bebusuk kena matahri hujan bagai dari pagi sampai petang gitu meredah petaling street, akhirnya kami ke KLCC seperti yang dijanjikan dan disogokkan oleh mastura

tapi pergi klcc untuk solat maghrib, sesi penyampaian hadiah dengan dinner je. je okay..tak ada pun jalan jalan dalam klcc tu! mas tipuuu..taknak kawan domenetttt


nampak lah kat muka aku tu senyum yang saa......ngat ikhlas
*PENAT WOI!!!!

yang sebelah tulah mastura, PD program

and ntah macam mana aku ter-end up jadi camera girl
sebab si syasya(left) and fafai (right) dah malas nak
amik gambar masa penyampaian hadiah. pun boleh!!
kumpulan aku memang number 2! walaupun ada 3 orang seludup yang memang tak tahu nak berbahasa mandarin! hehehhe. cayalahhh!! nampak tak at the end of the time, teamwork juga yang paling penting! bila tanya mastura cakap kenapa tak dapat first terus, dia cakap sebab untuk task selfie dekat pertemuan dua sungai tu group aku tak edit gamabr selfie tu. CISS sebab tak edit je. baiklahhhh

maka aku memang enjoy habis walaupun penat yang macam nak mampus tu, its okay! pengalaman yang penting! dan nasib baiklah makanan sedap sepanjang sepanjang dari breakfast sampai ke dinner..aku biasalah..makanan lagi penting dari sesemua...makanan come first, anything cerita belakang lain kali pun tak apa

HEHEHEHE
okay dah nanti kita sambung cerita lagi k

until next entry then,
mimiSJ
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Wednesday, September 17, 2014

fakta atau auta?

Assalamualaikum wbt

Disebabkan sekarang semua orang pun nak bagitahu satu dunia pasal 20 perkara pasal diri sendiri..kenapa ntah nak doploohh ada apa lah yang special sangat sampai doploh benda nak kena canang dekat orang hoi..tapi sebab  i punya  fanclub #miminators ni dok request tak habis habis suruh i buat, maka tak kan la i tak nak buat kan.Memang tak boleh nak hancurkan harapan miminators yang selalu bagi i support ni.

 Memang taknak kalah kan selalu sangat fikir diri artis. Hmm! Mohon pengsan sekejap

Maka terimalah doploh fakta atau auta yang bakal dikarang ni

#1 Aku ialah aku. Aku takkan sama perangai dengan jamenon, sabariah, jenab,jemah, minah dan apatah lagi senah. Power tak power

#2Aku suka gossip. Aku rasa takat ni dosa gossip aku memang banyak.maka dengan rendah dan seikhlas hati aku harap semua dapat maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki kot lah...kalau aku ada tergossip pasal kau orang semua.terrrr sangat kan. Nyampah! HAHA Tapi tak semestinya gossip ni fitnah tau, dia lebih kepada mengata secara belakang. Sebab selalu orang ke artis artis yang aku gossip ni tak nak join sekali aku gossip. Haha!Kau fikir kau retis ke nak gossip dengan retis sekali? zzz

#3Aku nampak macam gagah dan perkasa tapi aku cepat emosi atau lebih senang kata hati ni mudah tersentuh bila situasi tu aku rasa sedih sangat seperti bila Aidil dan Rita bercerai lepastu hak penjagaan dapat kat Rita lepastu Aidil tak bagi nafkah lepastu Aidil jumpa Ryan dengan AdikMok sebelum kawin dengan Zarema tapi lepas kawin dah tak jumpa anak anak lagi sampai anak anak dia semua tanya mana papa dia orang. Hmm sedih bukan? Ini cerita betul okay, maka terus rasa macam bodoh gila. Sebab tu pun nak emosi

#4Aku sangat sangat sangat doplohlapankali sangat pun tak akan pernah tahu nak ajar orang macam mana. Sebab kadang kadang aku tahu benda tu tapi aku memang fail gila bab nak mengajar bagi orang faham tau, hanya selected people yang dikurnai akal dan kesabaran tahap e infinity  je yang boleh faham apa yang aku cuba sampaikan dan ajar. yang sampai kadang kadang aku macam amazing macam mana depa ni boleh faham apa yang aku ajar? haaa.. power tak power depa ni.. bukan aku yang power tau. T_T..maka minta maaf banyak banyak sebab aku memang tak tahu bukan aku tak nak ajar. Sebab kadang kadang aku pun sedih tak boleh nak bagitahu macam mana. memang benda ni runs in family blood. kau tanyalah akak aku adik adik aku semua memang jenis yang tak tahu nak ajar orang. Sighhhh panjang panjang

#5Aku kalau dah suka aku memang suka. Macam kalau aku kata eh aku sukalah jam tu..maka tak faham faham ke nak bungkus satu bagi hadiah birthday aku bulan 1 ni? ataupun macam aku cakap eh aku suka sir naim. maka tak faham faham ke? Hmm HAHA OK

#6Aku agak bossy. Tidak dapat dinafikan lagi..bossy bukan pemalas tau,bossy jenis yang suka mengarah..tapi tak lah sampai tahap kronik yang boleh buat orang benci sampai rasa nak tikam tikam tu..ini apa yang aku rasalah hahahahha

#7Aku akan jadi peramah tahap beruk kalau jumpa dengan beruk juga tapi aku akan jadi orang yang super awkward tahap siput kalau aku rasa tak selesa dengan siput jugak. Haaa siapa dah dapat agak dia beruk boleh terus whatsapp aku k? Yang rasa dia siput, sorry memang tak boleh nak masuk. Hurmm hahahah. Okay tak lawak.

#8Bila aku marah aku cepat memberontak, dan menyumpah segala jenis bad words tapi dalam hati jelah kalau yang kronik sangat.Tapi biasanya marah aku sekejap je. “Sangat sekejap”  sampai biasanya lepas bangun tidur terus rasa bersalah macam, eh kenapa lah aku marah sangat tu? Pastu menyesal. Hurmm sangat perangai.

#9Aku punya tahap kesukaan dekat budak budak belum cukup umur ni sangatlah tinggi. Suka yang macam, walau aku tak pernah kenal, sekali pandang je budak kecik aku dah boleh sayang. Terutamanya yang bawah 3tahun ni..sebab  4tahun keatas dia dah mula nakal sikit. Mungkin factor nama pun main peranan. Tak boleh nak kata apa lah kan.

#10Aku tak suka makan sushi dan cheesecake. Mohon faham tak suka bukan tak boleh telan langsung. Tak adalah kalau makan sampai nak demam dan cirit. Tak suka disini maksud dia memang tak minat langsung macam kenapakah orang semua boleh gila dengan dua jenis makanan ni.

#11Aku suka dengar dan cuba happy kan orang yang tengah ada masalah. Akan cuba baiki masalah orang tapi hakikatnya masalah sendiri pun tak tahu nak settle. HAHA sangat

#12Sejak aku kecik sampai besar mesti suka nak terjatuh sana sini. Mungkin kali ni factor size memainkan peranan besar. Paling terkesan sampai sekarang ialah jatuh tangga berdepak depuk dekat main tangga depan bilik guru sekolah. Okay yang ni sumpah sakit tapi sebab malu lagi menguasai diri, maka aku pura pura tak sakit terus bangun gelak gelak..dah lah masa ni budak semua tengah baca doa kan semua orang akan beratur kat kaki lima kelas..maka kau orang dah boleh bayangkan tak aku punya mula bebudak semua Nampak. Tragik gila

#13Aku suka tahap gaban dengan dark chocolate. Haa yang ni pun orang tak faham. Aku sukaa sangat dengan dark chocolate bukan bermaksud aku tak makan langsung chocolate biasa tu. Stress aku kalau orang pertikaikan kenapa aku makan chocolate selain dark chocolate. Tapi aku kalau coklet biasa aku tak heran sangat orang makan, tapi kau cubalah mintak dark chocolate kat aku. Hurmmm ingat dapat lah? hahah

#14Aku senang nak follow rentak orang.Memang diri akan auto tune regarding which types of person or group yang ada dekat surrounding aku. Kalau dapat dengan bebudak gegila maka gegila lah aku jadi, kalau dalam suasana kaparat maka kaparat lah aku jadi tapi satu je..satu je yang aku tak boleh follow..yang ni biarlah hanya Dia yang tahu. OK

#15Aku akan jadi orang yang extra kuat bila aku ada pencetus and pemangkin sampai benda impossible boleh jadi possible.ini fakta. Aku umpama pohon yang memerlukan akar akar yang kuat untung menampung aku yang berat ni. HAHAHA

#16Era cakap orang pandai selalu bodoh dalam percintaan. Mungkin itu sebab sampai sekarang belum ada laki laki yang berjaya dijadikan suami lagi. HAHA kau hingat kau pandai sangat ke mi oi. Mohon Clash

#17Aku tak suka bila aku sengsorang..bersendiri..kesorangan sebab aku suka bercakap.dah kata suka bergossip..selain penakut sebenarnya..HAHA.. Tapi serious weh kau bagilah aku baby pun aku akan rasa okay sebab dengan baby pun aku dah boleh ajak berbual. Tapi hal ini lain bila melibatkan mereka yang sudah cukup umur. Mohon rujuk #7

#18Aku suka pantai..sebab tu bila dah pindah belajar dekat shah alam ni rasa sedih..sebab aku kalau stress ke sedih ke mesti kena pergi tengok pantai ke laut. Tenang dia tu..masyaAllah..tak boleh diungkapkan dengan kata kata gitu. Sekarang kat sini kalau stress aku hanya mampu tengok lampu iCity jelah. OK

#19Yang ni aku rasalah..rasa je okay. Aku pantang orang yang tak pandai jaga amanah. Bagi aku amanah tu besar, dia macam tanggungjawab yang kau perlu galas tapi kau taknak galas dan lepas tangan. Haa benda ni boleh buat muka aku herot tigaratusenampuluhdarjah sebab aku memang pantang jumpa makhluk macam ni. Tapi maybe diri sendiri pun ada terlepas pandang amanah yang diberikan..maka tulah..biasalah kan tak suka tapi kengkadang terbuat juga. OK


Dan Aku rasa untuk fakta ke doploh ni akan aku rungkaikan dilain masa. HA HA HA!
Haa misteri tak misteri tak..

maka kenalah selalu singgah belog ioldz, hahaha
untill then,





FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, August 18, 2014

The unexpected truth! Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

haaaaaa benda ni yang paling student UiTM dihatiku semua tunggu!


tepat 14 Ogos 2014 haritu mulalah timeline twitteriah penuh dengan hashtag hashtag seperti #resultUiTM dah lah aku memang follow mpp uitm shah alam lagi gamus uitm yang sah sah memang akan retweet bebenda macam ni yang berkaitan dengan result.

nak dijadikan cerita malam 13 Ogos tu aku pergi tengok movie Into The Storm. sempat lagi cuoldz...hilanglah sikit rasa nervous yang tak berapa nak nervous. tu yang aku pelik tu..aku memang jenis nervous bila habis jawab paper tapi bila nak tahu result entah mana hilang nervous dia tu..walhal sebenarnya lepas habis final paper haritu aku meroyan sebab memang aku tak boleh buat paper financial math and actuarial math.. blank tahu blank..memang aku doa je jangan lah kena repeat sebab memang susahhhhhhhhhhhh tahappppppp atas hidung.. tak boleh bernafas kalau fikirkan balik masa jawab papers tu..

apa apa pun cerita into the storm tu best. tak membazir percaturan malam tu pergi terjah cinema last minit..merempit lah aku 20minit sampai cinema beli tix terus masuk. walaupun seat 4 row dari depan..gigih gila..dongak tak dongak lah cakap hengko.. sepanjang tu memang tak on mobile internet langsung sebab tahu mesti nanti whatsapp penuh dekat phone..balik rumah tu baru on. kan memang penuh..tu belum dekat twitter tu..

lepas dah rerehat sikit daripada nak tidur tak jadi ioldz nak tidur sebab tetiba si pj ni pergi cakap dah dapat result siap post result dia. eh eh cuak tak cuak aku pun check lah email sebab usually yang dapat email awal awal ni selalu yang dapat result hehebat je. haha

lepas tu tengok tak masuk pun...terus redha jelah tidur

macam apa entah pukau aku tetiba terbangun pukul 3.30 pagi..minum air skekk pastu refresh lah email kot dah masuk.. pun tak lagi.. pasrah jelah tidur balik. tak koser nak menunggu..lagipun dah pasrah gila macam macam lah jugak terlintas kat otak aku..seperti..ni confirm repeat..plus sebelum sebelum tu pun dah banyak kali aku meroyan kalau terfikir cara aku jawab final haritu..dengan carrymark yang setengah je. hummphh hancur harapan punah impian..

lepastu dah janji dengan bebudak ni aku tak kan sorok result aku teruk ke elok ke aku bagitahu je. pasrah kan..sebab before ni mesti nak acah acah sorok lepastu bagitahu dekat blog je. bajet retiz je. kali ni ingat malas nak sorok sebab aku malas dah nak update blog pasal result memandangkan im gonna shut my blog for a while cuma belum tentu bila je lagi. nak buka pun siapa nak baca. he he. baik set untuk private view je

then elok time azan subuh terjaga terus pergi solat..lepastu check lagi whatsapp bersepah dah bebudak ni tanya result aku..yang paling buat aku semangat nak check email tu sebab si paan whatsapp kata dia lulus. hahaha. kalau boleh nak printscreen je dia punya excited lulus tu dekat sini tapi aku baik so biarlah aku simpan kat phone je. hahahhaha

elok aku tengok lepastu roomate aku, zani pula whatsapp, siap whatsapp voice lagi. memula tu seram juga nak buka kang mana tahu suara lain kan..dah lah pepagi lagi. haha

yang buat aku bengang tu, email aku berjaya prank aku..sampai hati sangat memainkan aku macam ni tau..lepas subuh baru boleh tahu result padaahal.......



nampak tak email sebenarnya dah masuk pukul 1.21 pagi ! tergamak sangat tipu aku macam ni. den terkono dengan acik yahoo mail!!

apa apa pun alhamdulillah..setiap kali result keluar semua mesti aku tak dapat jangka..mungkin berkat bulan ramadhan haritu termakbul doa aku. Ya Allah. memang speechless habis masa aku buka email aku selain waktu tu subuh so tak kan nak jerit pepagi buta pula kan. he he..sebab kata buka ikut email so nah view daripada email aku

Alhamdulillah! Allah Ta'ala granted my doa!
perancangan Dia tak siapa tahu. rezeki ramadhan. Alhamdulillah


haa nampak tak ada subjects b..haa tulah killer subjects yang aku tak dapat buat masa final..nasib baik lah ada other subjects yang dapat cover pointer. Alhamdulillah

lepastu mulalah akak aku kata sebab ada subjek tu lah pointer kau okay, cuba tengok sem sem depan bila tinggal subjek course kau je. tengok lah masa tu pointer kau berapa. kwanghasam betul dia takutkan aku macam ni. punah rasa happy aku.

tapi memang betul pun. sebab ni memang banyak subjek lain yang tolong kalau tak...mana nak dapat pointer macam gitu. apa apa pun terima kasih untuk semua yang keep support dan doakan saya..terutamanya abah mama..

mama yang memang positif betul walau anak dia telefon cakap tak boleh buat semua memang repeat lah apa lah tapi positif je cakap..tak punya..memang berjaya lah tips mama suruh aim tinggi sikit daripada apa yang kita nak..maka masa exam haritu aku tampal pointer 4.1 dekat dinding sebelah katil aku tu..orang kata aim high..high 0.1 aku bagi.. hahahha

abah lagi best sebab aku memang dah pesan awal awal cakap

"mimi memang tak ada harapan dapat dekan ni, abah jangan berharap sangat tau-
 lepastu abah cakap,
"iyalah, tapi kenalah belajar bagi dapat juga nanti

haaa nampak tak macam tak kisah tapi kisah sebenarnya..hahahhahaa..

apa apa pun tahniah semua! kita dah cuba buat yang terbaik, belajar sampai tunggang terbalik bagai..gigih buat past years pagi petang malam tidur sejam dua tiga jam walaupun yang keluar final tak sama dengan previous exam..humphh!! sangat kan. haha!

dan mungkin ni rezeki Allah SWT nak bagi kita kali ni macam ni..lain hari nanti dia bagi rezeki ikut lain pula. harap lepas ni kita semua dapat buat lebih baik dari apa yang kita dah usaha sama sama..sebab memang lepas ni mesti lagi mencabar otak tenaga fizikal mental dan iman kita semua. moga korang tabah kalau ada unsur unsur frust lagi lepas ni..sebab tu salah satu cara untuk lepaskan stress yang bersarang dalam hati jiwa dan otak. hahahha

apa apa pun masih tak terlambat lagi untuk i ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 

kepada semua yang mengenali mahupun yang tidak mengenali diri ini..ikhlas daripada i especially untuk silent readers yang masih view blog i ni. haha! sebab i boleh track down tau berapa view setiap entry i setiap hari minggu bulan malah tahun dan dari mana you all semua! hahahaha

last but not least




kasi can lah! hahah!


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, July 20, 2014

disebalik sains aktuari (actuarial science)

Assalamualaikum wbt
minta maaf lah guna ayat bahasa dan english dan kampung sedikit. plus
 kalau ada tersalah bahasa dan fakta minta diampunkan daku 

seperti yang dijanjikan dan dicanang..tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk hakak *hakak chuoldzzzzzz  menerangkan apakah kejadahnya sains aktuari ni. sains aktuari ni ialah salah satu kursus matapelajaran dekat university dalam menjadikan kau seorang actuary. actuary in the making lah kekdahnya..

actuary tu buat haper? okay silalah google yang tu sebab malas aku nak cerita.banyak lagi benda penting nak cerita ni..hurmmm yang penting aktuari bukan dan tak ada kena mengena langsung mengenai apa-apa yang berada di air,spesis berair..akuatik mahupun akuarium dan sebagainya.. haihhh

tapi apa yang aku nak cerita ni lebih kepada kesedaranan for those lepasan SPM matriculation STPM even Diploma yang menyangka course actuarial science ni mudah..sebab dijadinya for those yang unlucky yang pilih because just main taram je pilih kursus ni or else yang parents atok makcik pakcik nenek maktok tokdad yang decide untuk kau ambil kursus ni..haaa yang orang macam ni selalu akan..okay..i will just go with the flow..oh sabar dik! kita tengah cerita pasal masa depan ni.jangan main main..kalau salah pilih, membazir! bazir masa, tenaga, duit, otak kau je nanti

tapi untuk sesiapa yang memang LUCKY gila yang memang cita-cita sejak tadika pun nak jadi actuary! aku memang salute lah dan good luck!

sebab aku ingat lagi masa tadika cikgu tanya nak jadi apa, aku cakap nak jadi cikgu. dah itu je pekerjaan yang aku nampak masa tu.. nasib tak jawab nak jadi suri rumah sepenuh masa.. hurmm tapi bila dah besar ni aku cukup failed nak ajar orang, sebab aku tak geti! okay back to story..

walaupun begitu, ada beberapa benda yang kita perlu tahu sebelum nak apply course ni...dan jangan jadi macam hakak kau ni yang masa memula nak apply sekadar online google type actuary pung pang pung pang baca apa tu actuary lepas tu adalah beberapa blogger yang bagitau

" ohhh if you want to be an actuary, you should pro at solving complicated games! and not to forget you must excel in mathematics and add math. oh yeah! and physics too? *apa jadah physics pun aku tak tahulah..setakat aku belajar ni belum ada lagi soalan tanya pasal bernoulli's principle. mahupun right left flamming hand jadah ni. eh!

"senang je aktuari ni. yang penting kena ada minat. bla bla bla karangan limapulohribuayat..

"selain itu aktuari juga merupakan antara pekerjaan yang mempunyai hasil pendapatan yang agak mewah..bla bla bla..

and after that kau terus macam, okay this is it! math addmath gua A++++++ i hebat main complicated games like counter strike?, sudoku?, the sims?, caps etc..plus i akan jadi kaya. yahoooo! so ini lah course yang paling suit me very well! yeahhhh happy sampai berbunga bunga.. keching keching! ( $_$)

BIG NO NO NO if you happen to think actuarial science is an easy course!

tapi aku kat sini tak adalah tak kasi can langsung cuoldzz nak google what is actuary and so on..yang tu kau google je sendiri. tapi kali ni gua nak canang kesusahan dan kepayahan subjek ni yang sebenar di sebalik nama yang canggih serta dari kacamata seorang pelajar tahun dua ijazah sains aktuari ni.. haaa hambeklah

sebab kebanyakan blogger or website yang cerita pasal kursus ni semua cerita yang indah indah je..kenapa dia tak bagitahu langsung yang subjek ni susahhhhhhh gilaaaa sampai boleh menyebabkan kau terjun bangunan kalau takda iman yang kuat? *istighfar

ye memang betul setiap benda yang kita belajar pelu ada minat. macam aku sendiri aku minat calculation subject and for theory subjects aku memang cannot go sebab nanti otak aku akan stuck in the middle of nowhere bila ayat je yang aku nampak..sebab masa sekolah aku minat je biology tapi aku tak boleh further sebab aku tak sanggup nak menghafal ayat ayat jadah semua tu..hmmm

so for those yang minat dan betul betul menjiwai dan menyayangi subjek math ni memang kau bolehlah apply this course! TAPI! HOWEVER! minat dan kepandaian solving math bukanlah kayu pengukur yang dapat menjamin kau menjadi seorang actuary yang berjaya dan kaya! memang kau patut bersyukur Tuhan dah kurniakan kau pandai kira kira ni tapi pandai je tak mencukupi weh..kau kena jadi seorang yang berfikiran kreatif kritis dan segala kre kre lagi lah senang cerita..

dan kau juga perlu tahu, ye memang kerja sebagai actuary ni boleh dapat gaji yang melimpah ruah kekayaan dia..tapi itupun IF AND ONLY IF kau ni CERTIFIED APPOINTED ACTUARY yang LULUS part of OR all EXTERNAL PAPERS dan menjadi ASSOCIATE ATAU FELLOW! faham?

haa kalau tak faham silalah menerima kenyataan yang course ni bukan sekadar okay saya dah cemerlang dan berjaya mendapatkan segulung diploma dan ijazah maka tak ada hal lah untuk saya mendapatkan pekerjaan di luar sana dan saya mahu gaji starting RM5000! hotak lu memang tak hakan lah dapat..

kalau kau tak ambil langsung external paper ni kau ni bolehlah dikategorikan sebagai DISSappointed actuary. keciwaa lah sepanjang pengajian kau ni nanti..maka haruslah wajib *untuk akulah kalau nak jadi actuary at least ambillah 1 external paper ni! sebab aku kata satu sebab satu pun probability untuk kau lulus tu 100%. haa maksud dia kau boleh prob 100% lulus..alhamdulillah dan prob untuk 100% tak lulus pun boleh untuk external paper ni. try lagi lah ye..

plus apa yang diajar dekat university tu sedikit sangat cover untuk external papers ni. maksudnya kau kena belajar sendiri untuk external papers. untuk keterangan lanjut, silalah google disini mengenai external papers yang boleh buat kau menangis kalau tak tabah. satu paper kos dalam RM600++ itupun lepas dah bagi discount untuk student asian. dia bukan tabah apa..untuk mengenangkan 600++ hengget boleh melayang sekelip mata kalau kau failed pastu invest lagi dan lagi sampai berjaya pass exam. hm

link untuk baca pasal external papers. untuk Malaysia kita under Society of Actuaries (http://en.wikipedia.org/wiki/Actuarial_exam)

tapi ada je pengecualiaan untuk external papers ni..dan bergantung kepada pihak universiti sendiri dan tak lupa kau punya result lah kan! tapi.. hmmm yang nilah yang sedih, macam mana nak dapat dan kekalkan gred A untuk heavy tahap dewa serta hardcore subjects yang boleh buat sampai terjun bangunan tu. hmmm *istighfar lagi

alhamdulillah setakat ni aku hanya berjaya lompat ke katil dan tidur je kalau dah usaha tapi still rasa susah sangat dan stress.plus doa kan senjata kita..maka moh lah berdoa..

kalau ada orang cakap.."eh you kan hebat masa diploma..dapat dean's award lagi..ee hebatnya you!

aduhh aku rasa nak lempang je kau plus menangis hentak hentak kaki je kalau orang cakap macam ni. senang cerita macam ni lah aku simpulkan..

masa diploma.. nama pun diploma..maka kita hanya diajar mengenai basic math dan tak lupa juga untuk polish balik memori masa belajar math dekat sekolah dulu. so subject macam calculus tu, statistics haa cuma ajar kita basic kaww kaww punya.aku memang nak cakap je calculus tu senang sebab calculus tu solutions dia kau boleh paham dan hafal method dia sebijik sebijik..tapi nanti nampak riak dak takbur maka tak baik kita cakap macam ni..so kalau kau rasa calculus pun kau tak boleh pergi..maka lupakan saja hasrat waima nawaitu nak sambung aktuari. hmm jahatkan statement aku?

walaupun itulah kenyataan disebalik keperihan sebenar yang perlu kau tahu sebab once dah masuk subjects yang memang under field actuary seperti actuarial math, financial math..masa nilah kau akan tersedu sedan macam..seriously apa benda yang aku belajar dan apakah kaitan dengan calculus jadah tuuuuu? haa macam tu..sebab walaupun dia subjek math tapi..kau kena faham sefaham fahamnya sebab yes kau boleh hafal formula tapi soalan exam selalunya tricky nak mampus! plus ada je lecturers yang bagi basic gila babas punya formulas or methods time lecture seperti belajar mengenal huruf A B C tapi bila exam punya soalan..nah hambekk kau soalan dia suruh buat karangan enamribupatahperkataan..masa tu kau gerenti terganga dan berdoa jelah tak kena repeat.. hmm hmm

hidup kau akan sentiasa dikelilingi dengan risk. jangan kata masa dah kerja je kena tanggung risiko..masa belajar pun ada risiko okay. risiko untuk passed exam dengan jaya kumarnya atau failed! aiyakkkkk

so for those yang planning nak ambil this course, ioldz tak adalah nak halang..if you happen memang minat sangat nak jadi actuary dan belajar..go for it! aim high and never give up! but if you can't deal with stress yang melampau serta iman kosong..silalah ambil kursus yang lebih praktikal untuk mu wahai sekalian alam..

and if and only if i can travel back memang tak akan ambil kos merepek ni! AHHAHAHHA kbaiii  sekian saja luahan hati pelajar tahun dua ijazan sains aktuari yang sedang gentar menantikan result dia  yang rasa rasanya macam terombang ambing di lautan berduri. heh!

GOOD LUCK dengan pesanan tolong doakan untuk saya #prayformimi
sekian
sekian
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, July 6, 2014

sebab nanti emmy taknak kawan aku dah!

Assalamualikum wbt

haa kan dah cakap. hehari pun nak hupdate sekarang. entah kenapa bila masa exam lah baru ada kudrat dan semangat nak update blog. kalau tak.haram lah nak bukak dah sekarang!

by the way, previous entry aku kan lupa nak mention emmy yuriz! weh macam mana ntah boleh terlepas pandang benda ni! hahaha.

sebab gambar ni je yang rated. hm haha!
bestprennn sehidup setilam sebantal setandas se segalanya lah masa dekat diploma dulu. kalau aku takut tak boleh tido tengah tengah malam mesti aku bangun dari katil terus terjun katil dia. walaupun sempit dia bedal jek kasi aku tido sekatil yang kecit tu. dahlah gua besar. kesian kau kan kena menyempit ngan aku. tu buat i sayang u lebih tu..

masa aku sakit nak pergi klinik walaupun dia baru bangun tido terus cuci muka bawak aku pergi klinik, lepastu aku muntah muntah pun dia bedal jek. haha! sayang kau

lepastu kalau ada je produk produk terbaru pasal muka atau kulit, haaa emmy ni lah orang pertama yang selalu update daripada kitorang semua. macam contoh dulu kan, ingat tak pasal bedak sejuk tanakha yang nowa deniss tu pakai. haa dia ni lah yang kenalkan dekat kitorang. aku sumpah tak amik port pasal hupdate pasal bebenda produk kecantikan ni sebab kan emmy kata kan aku dah cantik, *flip hair

tapi dia kata cantik dalam gambar je. okay emmy. fine

lepastu ni tengah nak mengajak buat rawatan muka dekat doktor pakar kulit dekat shah alam pula. nampak lah beza muka dak emmy ni sejak meninggalkan diploma sampai masa konvo haritu. tapi kan mi aku tak boleh weh nak pantang makan ayam. muka aku ni muka subsidi ayam mi, hidup tanpa ayam ibarat keluar tak pakai baju. tak lengkap wei. okay tak

tapi semua rumet aku pun semua prihatin. serious! semua pun aku sayang! aku ni dahlah banyak nau penyakit masa diploma dulu, siapa jek yang aku boleh mintak tolong kalau tak lain tak bukan rumet ioldz..

tapi sebab aku lupa nak masuk cerita pasal dia entry lepas, dah merajuk dibuatnya girlprenn gua yang sorang ni! dah lah dia je pembaca setia blog aku. emmy ni selalu cakap, tak payah update pun blog ni sebab aku tak famous pun. siapa je nak baca.. lepas tu bila aku suruh dia baca blog aku, mesti dia cakap " hai mi, tak famous lagi ke.
nasib baik sempat ambil gambar,
kalau tak menangis tiga hari tiga
malam aku kalau konvo haritu
takde gambar sesama!!

gilalah wei aku tak famous, sebab aku kan ada hash tag sendiri. ingat #miminators tu nanti suatu hari bakal trending juga. masa tu nanti aku famous aku dah tak payah menjaja blog aku ni. hahahah

tapi memang masa dekat Melaka haritu jumpa pun sekejap sangat pasal jumpa masa nak pergi dewan je, dah lah duduk dalam dewan pun asing asing lepastu tak sempat nak borak panjang panjang..habis sesi dah petang sangat plus kabut nak ambil gambar studio lagi mana nak pulang jubah lagi!

padahal rindu tahap dewa dengan girlpren i ni..dah lah banyak gossip nak bincang...amboi gossip bincang tau! ahah

tapi tak menyempat..asyik cerita guna wechat jek. tak seghonok tau! kalau nak jumpa time study ni..hmmm nokharemm lah kan. takpe lah kau doakan aku punya financial kukuh semester depan supaya plan kita nak pergi Langkawi bersama tu tercapai dan termakbul okay?

okay lah ioldz nak sambung mentelaah nota actuarial math ni. esok paper last weh! doakan aku! tapi lepas tu aku terus nak pergi bantai movie transformer 3d. lepastu esoknya nak pergi cuci mata dekat midvalley..

hmm amacam emmy? ada terbakar tak? nak ikut tak? jom lah naik flight aku tunggu dekat klia.okay? memandang kan sekarang kau sambung study dekat arauSTRALIA. study nak oversea jek. dulu london kan? hmm haha

ambil course math lagi tapi sekarang dah pandai dah berniaga. alhamdulillah..bangga aku member aku semua dah pandai buat business. inilah yang mara nak sebenarnya kan?

haa jangan lupa follow instagram business dia

ig : iheart_couture ( http://instagram.com/iheart_couture )

ada banyak baju cantik-cantik memurah semua. sesuai lah kalau nak beli untuk pakai raya ni ookay? kalau bukan untuk ngkorang pun untuk mak ke akak adik girlpren ke. oookay?

akhir kata, sayang kau banyak banyak

muah muah,
mimiSAJA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, July 4, 2014

kehidupan baru di persekitaran baru

Assalamualaikum wbt!
(entry kali ni panjang berperenggan bagai, siapa tak nak baca boleh skip je. deal?)

TETIBA MACAM MENGADA NGADA NAK HUPDATE HARI HARI.

harini nak mengadu sikit..eh bukan mengadu tapi lebih kepada nak memprotes! hahaha aku bukan manja. aku nak buat luahan perasaan aku. aku rindu Melaka! aku rasa hidup dekat sana lagi seronok berbanding dengan shah alam ni! dah lah hari hari jammed! oh mai. ingat kereta je boleh jammed bagai, ni traffic untuk naik bas take turn pagi pagi nak pergi kelas tu dah macam dekat jalan tar bila menjelang raya kau tahu sesak dia! aku rimas

ingat lagi masa hari pertama nak pergi kelas, mula mula excited hazbedehh lah sebab first class kan. degree. emm yeahh. eksaited terlebiiihh

sekali turun je dekat bustop ni, mak aih..aku dah tak nampak bustop dah. manusia je yang aku nampak. adalah sekali dua kali terasa macam pekerja kilang tengah tunggu bas.. tu baru cerita nak tunggu bas, bila bas datang. yang ni part musykil ioldz memang tak berapa nak paham. bas untuk pergi fac aku tu adalah sekali laluan dengan fac fac lain. tapi aku hairan binti sangat apa pahal dia sediakan satu bas je untuk ke fac aku. oh mai..nak naik tu hari pertama tu beratur lah jugak tapi lepas nampak rakyat malaysia yang prihatin dan lemah lembut serta beradap sopan ni naik bas, lu ingat gua nak beratur macam tu je. peh nak naik bas pun dah berpeluh dua baldi cakap lu! macam nak pergi perang nak lawan segerompolan lembu cakap luoldz

bila dah dalam bas, tak kisah lah tak dapat duduk pun, tapi bila kau berdiri dengan bergesel depan belakang kiri kanan ni yang tak sedap sikit lah cerita dia..sekali bas sampai selekoh tak pun langgar bonggol. melayang tau melayang? pehhh..tapi demi menuntut ilmu lah katakan..i is redha. alhamdulillah dapat sambung belajar.. pahala kan

dah lelama tu kalau dah rasa lambat nak pergi kelas, gua jalan kaki je. bukan jauh sangat pun..adalah naik bukit sama dengan je berpeluh nak naik bas tu. sampai kelas cari kipas *okay kipas eh, university kau hade ke kipas berpusing pusing lagi? aircond takda okay kelas aku yang jauh ni. baru nak pasang. hermmmmm apa ada hal kan..choiiiiiii!

even dekat kampus cawangan pun ada aircond, ni yang main? okay takpalah aku faham sebab fac baru fac aku ni dulu asalnya kolej dia upgrade jadi fac sebab dah terlampau ramai pelajar sampai tak muat nak letak kelas dekat fac lama. plus fac baru buka semester ni. okay i maafkan lah sikit, nasib dah nak pasang aircond dah cuti ni. kalau tak, mohon kelas next sem dekat fac lama je okay!

walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan..dah lelama tu bersyukur juga dapat duduk kolej..dapat je naik bas free. kalau duduk luar. hmmm lagi sadis cerita dia..lepas subuh terus pergi kelas lah cerita dia

suku daripada mereka
nasib baik coursemates aku plus roomate tersayang nurul fauzani zainan. hah mention nama penuh habis dah ni!! nasib baik ada zani. kalau tak..aku rasa hidup aku payah kalau dia, zani tak ada sebelah aku 23 jam! 1 jam kasi can lah private dalam shower dan jamban cuoldzz. tapi ini serious! plus nasib baik ada semua yang sama sama mengharungi penat lelah berpeluh bersama berselfie bersama. eh! haha sayang ngko semua lah !

bila orang kata degree susah sebelum ni, aku tak adalah nak kecoh sebab belum melalui kekdahnyaaa... jap lagi bila dah rasa.. hambekkkkk!

aku tak rasa pun hidup aku busy sangat, tapi sebab..ntah lah. environment kot. even dekat kolej pun lain suasana dia. aku rindu kolej dekat melaka. bonding dia kuat lain macam walaupun kau duduk level lain bilik wing lain..satu kolej kau boleh kenal.

dekat sini even selevel pun belum tentu kau boleh bertegur sapa..apa lagi level lain lain..yelah. mungkin sebab dekat sini sampai sembilan tingkat. motip pulak nak kenal semua kan! kau hingat kau retizz? aku dekat sini yang aku boleh masuk jiran kiri dengan depan je. belah kanan onwards depan bawah semua. harammmm jaddahhh lah weh nak bertegur sapa. semua pintu pun tutup je. bukak masa nak keluar masuk bilik je.

sedih

bila pasal makan, yang ni tak sedih lah. heaven pulak aku rasa! haha! biasalah aku, campak mana mana asal ada makanan aku happy je lagi

dari segi pembelajaran, memang makin mencabar lah. baru rasa diploma punya tahap tu. emmm. basic? emm tak baik pulak cakap macam ni. tapi serious aku cakap dia umpama dekat diploma kau belajar abc masuk degree kau kena buat ayat. haa..nampak tak. kalau salah susun tak jadi beb ayat! so diploma punya level pembelajaran terutamanya untuk kursus aku, sains aktuari sangatlah basic yang terrrrrrrbasic paling bawah sekali..so bila kau lupa basic tu. memang terjun laut lah cakap lu. macam aku sekarang..dahlah dekat shah alam ni tak jumpa laut, tasik banyak lah. so tak tahu lah nak terjun mana. paling paling terjun katil jelah yang masih boleh diterima saat ni.

nantilah aku cerita pasal course aku ni. serious tak tipu susah dia. menangis dua hari dalam tidur aku memikirkan kesusahan course aku ni. hahahaha eh gelak pulak. mode kena sedih okay. tunggu jelah kesinambungan kesidahan aku dengan course aku ni.

maka thats all untuk kali ni! till berjumpa lagi next entry. insya Allah. doakan yang terbaik untuk saya dan rakan rakan seperjuangan semua. saya juga mendoakan awak dan semua semoga terus berada dalam keadaan yang baik baik saja. amin mudah-mudahan begitu lah ya!

salam alaykum,
mimi
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, July 3, 2014

#throwback convocation (diploma)

Asaalamualaikum wbt!
awal bulan lima punya cerita
maka genap dua bulan lepas, akhirnya aku dah konvo! wehoo! walaupun berjemaah ke melaka dari shah alam tepat jam 8 pagi hari jumaat tak silap aku.. gigih gila gerak awal pagi dengan harapan dan semata-mata nak dapatkan jubah yang betul betul ikut size badan sendiri katanya..rempuh sesi fakulti lain..demi jubah ideal. wuahhaha. ini semua..pasal senior semua cakap pergi je awal nak elak beratur and bersesak sesak... padahal bila dah sampai jubah banyak je weh! siap boleh tukar-tukar size lagi bila salah jubah sebelum konvo. kau rasa?

ahha!

cerita dia, seminggu sebelum nak datang melaka ni dah risau pasal tempat..nak duduk mana semua. nasib baiklah aku punya kolej lama memang bawah tu pejabat kolej, maka dengan bonding yang masih kukuh antara aku dengan staff kolej terutamanya Puan Ami maka berjaya jugak dapat duduk kolej untuk penempatan sepanjang 3 hari 2 malam dekat Melaka tu. lepas buat kesian sebab kau bayangkan sewa bilik kolej baru tu RM100 satu bilik 3 orang SEHARI. membazir kan. maka memang tak lah nak duduk 'pakej penginapan' yang depa offer tu..

klebang!
maka hari pertama dekat lendu tu lepas dapat check in kolej tpt terchentaaakk..tempat pertama terus pergi makan dekat kedai paling fav lunch dekat Klemak. haihh memori betul.. lepas settle semua petang tu terus lah pergi pantai klebang bercoconut shake satu cawan acah acah ambil gambar dekat sini.. lepastu habis malam tu chiawwwaalllaa balik kolej tidoq

hari kedua, bangun awal dengan harapan nak pergi makan dekat tempat wajib breakfast kalau bebudak Lendu mesti tahu tempat breakfast dekat sungai petai, ada yang panggil sutai, supet etc

tapi sayang memasing punya breakfast pukul 12 tengahari! teruk kan. maka terus jelah berangkat ke Aeon Melaka. memandangkan ada yang baru nak cari baju untuk konvo kasut etc

dalam maghrib macam tu dah gerak balik dah..malam tu keluar lagi pergi pantai pangkalan balak pulak. asal boleh. kalau dah datang pangkalan balak ni mesti kena perkena bakso dekat kedai bakso sedap srett srett acik ni, alaa aku lupa pulak nak tanya nama dia. tapi aku punya story jumpa kedai bakso sedap srett srett ni memang epic lah

moh lah kita throwback didalam throwback ni, masa memula bawa kereta dekat lendu dulu, sebab stress yang melampau maka aku pun bawa lah kereta terus pergi pangkalan balak dengan harapan nak cari ketenangan. tapi aku punya cari ketenangan tu dalam erti kata lain pergi cari makan je.lepas tu dah elok dah. haha

so masa tengah cari port baik tetiba aku nampak satu kedai ni, kecik je macam stall yang jual gula-gula tepi jalan depan sekolah-sekolah tu..masa tu sebab menu yang ada memang bakso je..pehh sekali lepas order tu, pehhh menangis aku makan sebab sedap sangat.. tu yang datang bunyi bakso srett srett tu sebab sambil makan sambil srett srett nangis dia punya sedap tu..okay tu je cerita dia so kalau datang lendu mesti kena or wajib pergi makan sini

hari konvo tu, disebabkan aku sidang petang maka pagi tu bolehlah melunaskan cita-cita pergi breakfast dekat sutai. alhamdulillah terlunas hasrat kami semua. mengidam sangat weh

sebelum nak pergi dewan pun ada cerita lawak jugak, sepatutnya masa graduan berkumpul tu pukul 2 sharp dah kena ada dekat belakang dewan. tapi nak dijadikan cerita biasalah "girls" kan.. terlambat lah kiranya.. nasib baik masa sampai tempat kumpul ngam ngam je ambil kad nama pastu terus perarakan masuk graduan..


maka lepas habis tu terus kemas kemas hantar jubah semua..settle je abah ajak pergi makan dekat umbai. fulamakk.. memang gembira lah cerita dia kali ni punya trip pergi Melaka. makan sokmo!

maka sekarang ni tengah final sebenarnya! tengah ada gap 2 hari sebelum next paper! tadi paper advanced financial math! aku sedih sangat paper ni sebab careless tahap mahkota dewa kau tahu! okay dah boleh lupakan kot. aku dengan subjek nama financial ni memang susah nak ada jodoh baik baik masa exam tau! mencik!

memandangkan sekarang dah masuk 5 ramadhan, maka belum terlambat lagi kot kalau aku nak ucapkan dekat semua..selamat menunaikan ibadah puasa!

tunggu cerita next entry, insyaAllah aku nak cerita sikit pasal kursus gua yang mencabar minda, emosi, rohani dan jasmani ni. okay?

salam alaykum,
mimi

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, February 25, 2014

awas! ini cerita campak belakang!

Assalamualaikum wbt


Rindu betul aku nak mengarang entry dekat blog ni. Sebelum ni kalau semua benda kalau boleh nak cerita kat sini. Padahal bukan main lama lagi aku ni cuti. la ni dah nak masuk belajar balik baru terhegeh-hegeh nak update entry.

Walaupun tahu bukan ada siapa yang baca. He he takpelah, janji esok bila bosan – bosan dapatlah recall balik apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Walaupun cerita aku tak berapa nak menyeluruh isinya dalam belog aku ni..
Apa-apapun..tanggal January,24th

Alhamdulillah, im 21 years old! Alhamdulillah atas segala kasih sayang; pemberian Allah SWT kepadaku sepanjang umurku. Untuk semua yang mengingati, terima kasih! Sayang semua :)

Dan hujung minggu ni insyaAllah aku akan ke shah alam. Alhamdulillah, aku dapat sambung pengajian di peringkat seterusnya. Degree! Rasa macam sekejap je masa tu jalan, macam baru semalam baru habis tadika *cliché tak

Jadi sepanjang cuti beberapa bulan ni, Berjaya juga aku kumpul sedikit pengalaman, ada yang manis ada yang tak berapa nak manis.. ada yang gembira ada yang tak berapa nak gembira; di samping simpan duit bayaq ptptn

Akhirnya lepas sebulan duduk tercongok dekat rumah jadi babysitter untuk *theyaya maka aku berjaya dapatkan kerja..tak adalah kerja hebat hebat sekadar cari pengalaman jadi pembantu kedai. Tapi pengalaman yang inilah yang buat aku lebih hargai duit.

Betapa penatnya kerja untuk dapatkan RM2.30 sahaja sejam tapi dikerah angkat itu angkat ini buat itu buat ini.. tulah dah biasa duk rumah terbongkang. He he Kalau sebelum ni boros aku macam nak gila, sekarang macam dah boleh kawal lagi.. kalau nak beli barang barang tu ada jugaklah fikir fikir..he he



Tapi tak lama sangat kerja dekat kedai tu sebab diganggu dengan 1 customer yang tahap kegatalan melampau.

 Uiiii akan aku ingat sampai bila bila benda ni. Aku boleh sikit sikit faham macam mana perasaan orang yang kalau kena sexual harassment di tempat kerja. Dia punya takut tu macam .. aisyhhh hanya Dia saja yang tahu betapa takutnya aku..Hari hari kau kerja dalam perasaan takut..Alhamdulillah ada cctv so dia tu takdelah berani nak buat bebukan sangat..



Dekat kedai tu pun aku berhadapan dengan situasi melayan pelanggan yang kurang waras..tapi bila dalam situasi yang ni perasaan kesian lebih menguasai diri. Tak juga kurangnya dengan layan customer yang miang+tak berapa betul. Yang ni yang seram. Okay serius tak tipu. Seram dia boleh buat kau gigil



Lepas berhenti, aku sambung kerja di jusco. Alhamdulillah walaupun sekejap aku enjoy kerja dekat sini, semuanya lebih teratur walaupun kena berdiri 9-11 jam sehari tapi aku tak rasa letih langsung..happy bila waktu solat dapat jaga..kawan kawan pun ramai..seram pun ada bila masuk store nak ambil barang waktu malam sebab katanya haunted sikit. Ntah lah..cerita yang ni pun tak berapa nak clear hohoh



Seronok masa cuti ni bila dapat jumpa sengsayang yang aku rindu. Then, dapat hangout dapat luah semua..dapat pergi picnic dekat desaru..walaupun pes time aku masak nasi lemak tapi macam nasi ayam..PACITA! haha..pes time janot masak sambal ikan bilis.masak satu hal, jadi pulak tu sambal kau janot! Bangga aku! Hahah! dengan cake coklat nas dengan pika yang mengalami situasi tragis.tapi cake korang pun tahu jangan give up dan end up perfectly baked! Haha! Ini semua kenangan.sebab tu orang kata setiap yang berlaku tu penting! Every details that had been captured ni akan aku ingat sampai bila bila..hehe


masa memula kerja terus mintak cuti sebab pi lendu university,
tak tahan rindu korang semua T_T

cerita pergi tengok bola satu hal.yang tengok bola kat belah bawah ni pi tengok kat gs
dan dapat masul tv! haha
 yang atas belah kanan tu cerita pergi tipu tipu cari hadiah untuk boss. ish ish
clearance last dengan kekayangan aku masa dekat lendu university!
Tak lupa juga bila dapat jumpa dengan member-member diploma..pergi makan makan..pergi karaoke, ada yang pergi tengok bola, ada pergi sleep over lagi. Oberr tak hik hik paling oberr pergi uss dengan depa. Hok hok



Cerita pergi Universal Studio Singapore ni dah agak basi jugaklah, tapi cerita dia sangatlah tragis.last minute habis plan dia sebab susah plan yang awal awal minute memang susah nak jadi kenyataan..so last last dapat lah jugak kumpul beberapa orang. “Sangat beberapa orang” He he main berdesup jek plan kan. Walaupun selalunya memang macam ni. Last minute plan always work!



Tak lupa juga the other short get-away berdesup family aku ke Kota Kinabalu, Sabah! Sabah seriously sangat cantik! Kitorang sempat pergi snorkelling dekat Sapi and Memutik Island. Cantik sangat!And dia punya corals sumpah lawa! I was amaze by myself with all the corals down there sampai sedar sedar dah jauh kehujung dalam area snorkel yang dibenarkan. He he!  

Selama 3 malam di Sabah, kerja kami makan seafood sokmo. Aku memang tahu yang seafood mahal nak arwah sebab pernah handle masa dekat Melaka dulu, tapi lain ceritanya di Sabah!




Seafood dia sangat murah + berbaloi *walaupun kau akan bosan tunggu makanan dia nak siap masak tapi jangan risau dengan adanya game fun run dah tak terasa lama menunggu* + sedap + fresh + gemok gemok ikan udang sotong dia! I like!! Mimi bagi 4 bintang *acah acah nora Danish jap

Memang cita-cita aku dari kecik kecik dulu untuk jelajah Malaysia. Buat apa sibukkan diri pergi luar Negara sedangkan Negara sendiri pun tak habis jelajah kan? Ha ha.Now ada satu negeri je yang aku tak pernah pergi lagi. Kelantan. So anyone? Moh lah bawa aku ke Kelantan.. he he






Eh sedar tak sedar banyak dah aku type ni, lepas gian gila. Sokay! Entah bila pulak kan nak update entry baru nanti. He he

Stay tuned!




FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!