Saturday, April 16, 2011

Day 2 — Your favorite movie

salam semua. mari senyum sambil makan coki-coki *eerrr

^_^



yeah.. jadi harini sudah masuk hari kedua.. mengikut soalan yang diberikan dia mahu aku tell you oldz tentang fav movie aku.

huishhhhhhhh. banyak sangat cerita yang aku minat ni. cakap je cerita apa.. mesti aku minat lah. cerita yang kau minat aku minat. cerita yang kau tak minat lagi lah bertambah-tambah aku minat. HAHA *auta sunat

tapi sebenarnya aku ni memang gila movie. pantang ada cerita baru keluar mesti nak menuju ke cinema. lagi-lagi cerita yang trailler dia nampak best tu.. fuhh.. lagi berpusu-pusu aku nak pergi tengok. kalau tak dapat pergi jugak mesti aku pergi jugak. tak kira tak kira. mesti pergi je dekat kedai CDs. HAHA

tapi bila duit tengah tak ada aku tak lah pergi tengok wayang. membazir je. astro kan ada. tak gitu nenek astro? macam-macam ada kan? hehe. nenek comel. tapi betol lah wa cakap lu astro memang bagus sebab dia mesti akan mainkan balik movies.. tak dekat astrofirst dekat channel biasa je tu. tak HBO, MAX tak pon SMV, RIA ke. MUSTIKA tu pon ade je cerita2 best. hehe.. tu yang i loike. HEHEH

berbalik dekat tajuk sebenar entry ni, ni nak cerita fav movie aku ni nama dia



Hot Fuzz

sumpah best! tak cukup dengan lawak, action kemain. first aku tengok cerita ni dekat astro. HBO kot tak silap aku.. mula-mula aku tengok dah jatuh cinta dengan cerita dia.. betul. walaupun aku tengok dah nak habis, haha.

disebabkan astro ni sangat pemurah. dia selalu ulang tayng kan kan... jadi sebab tu jugak aku pun suka lah nak tengok lagi dan lagi dan lagi lagi. hehe. kau akan otometik jadi addict. yee. betul ni. tak caya? hermm. aku pun tak percaya. HAHA

jadi korang pon meh lah tengok cerita ni. bestttt. meh lah meh lah. erk! gedik pulak aku ni nak paksa orang tengok. apa kejadahnya macek? so suka hati korang lah nak tenguk ke tak owrightttttt :)

see, aku baik tak ugut ppl

nak tau lagi lanjut pasal cerita ni korang boleh lah kelik ini yop

kalau nak tengok trailler dia yang best tu pulak ni ada. kalau tak ada pepandai lah korang bukak youtube type je Hot Fuzz trailler. okeh?



k lah mimi FULLSTOP
mode : nak tengok kak limah lagi. tang enjit enjit semut tu sumpah tak best! berdiri bulu rome teman ni haa
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, April 15, 2011

Day 1 — Your favorite song

salam semua. senyum luas luas pls:D

^_^


jadi harini bermulalah kejadah yang aku nak laksanakan (ayat tak boleh nak skema lagi ke mimi oi? ) bagi mengelakkan belog aku yang terrr-sayangggg ni bersawang berhabuk bernanah berdarah.. erk! over kau



jadi bagi tidak membuang masa yang sudah terbuang ni, ni aku nak cerita sikit pasal lagu kegemaran aku atau omputih kata my favourite song dop. alo sekali sekala nak guna bahasa omputih tak salah kan. bak kata usop wilcha

"english edukesyennnnnnn

HAHA. memandangkan lagu yang aku suka ni pun memang lagu omputih cuma yang nyanyikan tu je lah bukan omputih. orang kata sokonglah local artist kan? hehe. tapi yang aku dengar ni group lagu yang aku minat ni dah berpecah dah. tak tau lah betol ke tidak. ada yang kata vocalist dia tu dah men lagu sendiri-sendiri dah tak guna backup band tu dah.

tapi h-aku peduli h-apa. janji aku suka lagu ni. kau kalau tak suka boleh duduk diam-diam sana tepi meja tu okay,

dari tadi duk cakap suka lagu ni suka lagu ni. tapi lagunya tu aku lupa pulak nak bagitahu. hehe. lagu fav aku semestinya lagu

STAY by 
ESTRELLA

suka aku tahu dengan lagu ni. tapi apahal ye aku suka sangat lagu ni pun aku tak tahu. mungkin sebab melody dia yang aku rasa macam comel comel kayak aku kot? er. finee. muntah lah sekarang

tak lah. tapi siyes lah der,

lagu dia comel. bila lagu dah comel semestinya muzik dia pun comel. bila muzik dah comel, lirik pun akan tetibe je jadi comel. bila lyric dia tetibe je jadi comel terus lah penyanyi dia pun akan tetiba je nampak comel. eh eh. tapi memang liyana fizi tu comel lah kan. sesungguhnya ni. tak tipu.

walaupun aku lagi comel. erk! nak ada kau

dan aku pun dah pernah post entry lyric lagu ni dulu as my fav song. walaupun sebenarnya banyak lah aku punya lagu fav ni. bukan satu je. almaklumlah industi muzik tanah air dan luar air kan dah berleluasa sekarang. takkan lah aku pun nak minat satu lagu je, tak berkambang lah kalau begitu aku yang memang dah sediakala kembang ni kan. HAHA

dan nak dijadikan cerita pernah je aku buat essay english dulu tulis lyric lagu ni. nampak tak pengaruh lagu ni yang sangat bermaharajalawak dalam sanubari aku? adduyai

tapi the best part is. teacher aku tak tau yang aku tulis dalam essay tu lirik lagu ni lantas teacher pun pergi betulkan grammar lyric lagu ni. HAHA. lawak tak lawak lah kan wa cakap lu. memang aku bantai gelak lah kan tang tang tu jugak! HAHA

okay sudah-sudah lah tu aku memakak membebel pasal lagu ni. korang cuba lah dengar. ni aku letak video terus. package tahu! boleh tenguk liyana fizi yang comel tu. hehe

*ekceli malas nak pergi tampal mp3 tu. keke



so hows the song? best kan. bek kau kata best kalau tak aku hempuk kepala sorang-sorang dengan keyboard ni. HAHA ugutan ni

k lah mimi FULLSTOP
mood : watching novelist babysitter kat tv3. lawak kot
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!