Sunday, December 11, 2011

aku gila kerana dirimu. cewaaahhh!

Assalamualaikum wbt

sampai 3 pagi aku tak tidur, melayan dirimu karenahmu. aduh aduh. aku telah diracuni olehmu, puihh! biadap kau ni! esoknya ada kelas pagi, aku terlena dalam kelas tu disebabkan mu! arghhh. menci menci!


HeartStringComplain Viewers complain about Heartstrings
heartstrings!

okay fine, sebab jadah cerita atas ni aku tertidur dalam kelas economy! wahaha. nasib kau lah. nak dijadikan cerita satu hari ni aku rasa bosan yang teramat. nak study tapi awal awal aku dah katakan tidak. ehm ehm. jadi petang tu aku pergi lah bilik classmates aku. tang tang tung! tiba-tiba depa pun nak tengok cerita korea ni. mula-mula nak tengok city hunter tapi tak jadi sebab aku paksa depa buka cerita HeartStrings ni! wahaha

disebabkan aku memang minat dengan pelakon cerita ni, lagilah nafsu aku untuk tengok cerita ni bertambah bergallon gallons! wuhahah! comel je yong~ arghhh! 

ahahahha! terkejut lah konon! nyampah acik!

nasib bukan hong ki, aku boleh pengsan nanti kalau tengok dia kiss park shin hye! hahahahha. nasib pengsan, kalau aku terberanak macam mana? haishh. eh aku mengandung ke? haha. mengadungi lemak mungkin! wuhahahha

cerita mengenai park shin hye ni atuk dia pemain muzik tradisional yang sangat disegani lah. atuk dia ni sangat tegas kalau pasal muzik muzik tradisonal ni. jadi sebagai cucu, dia kena jadi pewaris atuk dia nanti. park shin hye ni main alat muzik "gayageum" ke apa ntah nama dia. aku lupa! haha. dia ni ada band tradisional dia nama "Invisible WindFlower"

dalam masa yang sama datang lah lee shin (yong hwa) ni, dia ni agak famous amous lah dekat sekola muzik tu. sebab dia ada band nama "The Stupid". okay sumpah aku tergelak terkentot-kentot masa tahu nama band dia the stupid. and bila fan dia jerit "stupid stupid" tak ke sangat bodoh bunyi dia tu? cuba kalau ada orang sorak dekat kau "bodoh bodoh" apa kau rasa? haishh. dah tak ada nama lain agaknya. hehehe

so nak dijadikan cerita, diorang ni mula-mula tuan dengan slave je.okay oaky, cer teka yang mana jadi slave?

tapi lama-lama depa couple. adalah konflik sikit nanti tapi tak adalah teruk mana. hehehe. yang aku geram kenapa lah tak ada orang yang minat dekat heroin cerita ni.. selalu cerita korea mesti hero and heroin ada peminat yang ramai. kali ni hero je yang ramai orang suka. sedih tau aku kalau jadi heroin dia! hahaha

ending cerita ni tak adalah segempak mana. hehe. tapi siapa yang sangat kipas mati dengan yong hwa aku tak sarankan korang tengok. bukan apa, takut korang menangis tak berlagu nanti! hahahhahaha.

nak tahu apa jadi, tengok lah sendiri okay! and cerita ni pun 15 episodes je. sikit bebenor!

ni antara scene yang agak memalukan! wuhahah.

aku suka sangat dreesup park shin hye dalam cerita ni! sangat sopan. dan cantik! dia dah memang comel pun lah kan, so pakai apa pun tetap gorjesh mak ngah! haha. 

heartstrings' couple!

ANJELL's couple!

weeeeeeee! aku sangat suka dengan soundtrack cerita heartstrings ni. semua sedap sedap belaka! antara yang memukau hati aku lagu "Because I Miss You" , "Carmen Fantasy" and "You've fallen for me". arghhhhh! semua lah best! 

untuk rating cerita ni aku bagi 3.5/5 bintang sebab nya cerita dia best lah bagi siapa yang minat cn blue and park shin hye ni. tapi mungkin bagi yang tak berapa minat depa ni memang korang akan rasa tak lah best mana. hehehe.

k lah mimi FULLSTOP
nota:masa untuk hafal eco! selasa ni ada quiz! huhu. tapi jap lagi nak berjimba! Ombak Rindu uollss :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!