Assalamualaikum wbt
|
makan ayam penyet - sumpah sedap weh :) |
Lama sangat tak update new entry.. ini semua gara-gara program yang gila vanyak masa ramadhan kali ni. tak lupa jugak quiz quiz dengan test yang datang dan pergi. dan akhirnya.. tibalah minggu terakhir ramadhan untuk tahun ni sebelum kita semua menyambut hari raya. sumpah ramadha kali ni terasa sekejap sangat. rasa macam baru semalam je aku post entry puasa pertama tetiba dah post entry nak raya. nasib adalah jugak kesedaran nak post entry sebelum raya. kalau tak.. lepas cerita puasa pertama terus update raya pertama. tsk tsk tsk
masa minggu minggu pertama puasa haritu juadah berbuka kemain meriah.. sampai dah puasa puasa terakhir ni madah makan roti canai je. haa. sehari 80 sen je. jimat tak jimat. lepas tu beli air baru sehingget sampai lah laa ni tengah menderita kebengkak-an anak tekak! parah weh nak telan makanan. macam pasir je semua pun. harap harap burgey fillet o fish ni dapat aku telan dengan aman dan damai. ek eoo. cuma harini memandangkan last berbuka puasa dengan roomate tersentaa lalu kami pun dah order mcdonald untuk juadah berbuka harini. hek hok.
3 minggu lepas telah diadakan induction bagi junior junior kelab aku dengan quantative science. walaupun telah berlaku ke-celaka-an kekecohan dan keserabutan dipagi hari yang hening, namun disebabkan bulan ini bulan rahmat jadi kami telah melupakan sahaja hasrat untuk melenyek lenyek "dia" yang bersura biadap itu. haa. cer teka siapa. --"
nasib junior aku walaupun bising nak mampus tapi masih boleh dikawal dan sporting habis. lawak pun lawak. keesokkannya tu terus kami semua sakit tekak disebabkan menjerit jerit seperti orang gila malam inductuon tu. nasib kaulah labu hoii.
2 minggu lepas pun aku dengan roomate and classmate telah beronggeng di key key key ell. nasib baik ada nana laling yang baik hati kasi kami semua tumpang tidur and menetap dekat rumah dia.. aklau tak pun boleh je nak tidur rumah nenek aku tapi nana dah offer nak tidur rumah dia.. so aku ikutkan aja. hik hok. untuk apa kami ke kl? ini semua angkara sikap demanding yang melampau oleh aku (!) HAHA. gelak sopan sikit ummi
bukannya apa saja je nak ajak semua semua jalan jalan ronda KL. kalau seteakat nak jalan dekat melaka tu, 2 sem lepas dah habis pusing. dah malas nak shopping melaka WALAUPUN banyak je barang barang yang murah dekat sini. tapi serious wa cakap semurah mana pun melaka. murah lagi tudung tudung dekat jalan TAR. haha. *general knowledge tu mi
sesampai je KL dalam pukul 7 tepat, ingat sempat nak berbuka dekat rumah tapi tak sempat gara-gara banyak kereta. ini semua kereta punya pasal. kenapa semua nak naik kereta? yang kaya kaya tu naiklah jet sendiri. hik hok. memain je. jadi berbekalkan chipsmore cokelat zip dan air mineral terus kami sentap sejurus dengar azan. ze best part is bila dengar azan.. ingatkan dah azan, tapi rupa-rupanya handphone zani, my roomate yang berbunyi keluar azan. dah lah azan melaka! hampeh kedereh betul. haha
lepas tu baru iftar betul betul punya dekat friske steakhouse dekat taman au keramat. sumpah sedap kebabeng! dah lah murah. boleh terberanak aku nak habiskan semua makanan dia. malam tu pulak kitorang pergi danau kota.macam biasa sesak nak mamP. tapi disebabkan nak jugak pergi. kugigihkan juga nana drive kesitu. tapi kalau tahu taknak pergi situ! haha. bukan dapat apa apa yang best pong! lepas ni tak nak pergi lagi. merajuk sekejap ;)
|
meegi goreng paling keji dan masin (!) |
|
burger bakar yang membakar lemak ;P |
esok esok pagi tu terus pergi sg wang. motiff dia tak lain tak bukan mestilah sebab nak shopping! woot woot! meriah sekejap beg plastik. haa amik kau. kiri kanan aku penuh dengan barang! itu yang dinamakan al-boros al-mamfuss al-takde al-duit al-lepas al-itu. tehn barulah ke sogo cari baju raya dan last ke jalan TAR. yeha yeha! ada satu incident best masa nak balik naik LRT dekat stesen badaraya. disebabkan masa ni dah pukul 7 dan semua orang gigih nak berbuka puasa dekat rumah sebab malam tu juga kitorang dah balik lendu, bukan main gigih semua lari lari kejar train. okay ni seumpah lawak nak mampus! dan semstinya akulah yang lari paling belakang! nasib baik aku sempat jugak masuk aklau tak memang tak lah aku nak naik next tren sengsorang! menangis berlagu pilu aku dekat situ karang :(
dan lepas je balik balik daripada KL. pagi ahadnya tu aku ada PPKP. tak best kali ni punya sebab berpecah lagi kelas aku kena masuk pindah ke kelas orang lain dalam sesi LDK tu. walaupun memula faci aku tu meriyan, nasib baik lama lama dia okay bagi kami semua lepas awal untuk beli juadah berbuka katanya. alhamdulillah.
dan malam tu aku membuat assignment bagai nak rak bila dah seronak berjimba weekend masa tu. tau tau je aku terlepas sahur. haaa. bangun bangun pagi terus dikejutkan dengan berita yang merobek jiwa comel aku ni. ayah kepada bestfriend aku telah kembali ke rahmatullah pagi tu. Ya Allah. tak tahu macam mana aku menangis macam orang apa je pagi tu sebab aku tak angkat phone call kawan aku masa dia perlukan aku. padahal dia bestfriend aku kot. pagi tu memang terus tak ada mood nak pergi kelas. yang aku tahu nak balik JB! nak jumpa dia! aku call mama terus nangis nangis and lepas tu mama bagitahu yang jenazah semua kebumikan dekat melaka. petang tu aku ingat nak jugak pergi kampung dia nak jumpa dia, tapi tak tahu jalan. so last last aku just sedekah yassin untuk arwah papa syazana adilah. semoga roh arwah tenang dekat sana. insyaAllah. to you my girl, zana dedemok yang comel, be strong okay! Allah sayang papa kau lebih. sebab tu dia pergi dulu. dalam bulan ramadhan lagi. betapa untungnya papa kau :)
Al-Fatihah buat arwah Mohd. Norzehan..
k lah dah masuk waktu berbuka. i
FULLSTOP
nota : esok balik JB! nak jumpa semua semua! rindu :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA