![]() |
makan ayam penyet - sumpah sedap weh :) |



3 minggu lepas telah diadakan induction bagi junior junior kelab aku dengan quantative science. walaupun telah berlaku ke-celaka-an kekecohan dan keserabutan dipagi hari yang hening, namun disebabkan bulan ini bulan rahmat jadi kami telah melupakan sahaja hasrat untuk melenyek lenyek "dia" yang bersura biadap itu. haa. cer teka siapa. --"

nasib junior aku walaupun bising nak mampus tapi masih boleh dikawal dan sporting habis. lawak pun lawak. keesokkannya tu terus kami semua sakit tekak disebabkan menjerit jerit seperti orang gila malam inductuon tu. nasib kaulah labu hoii.


bukannya apa saja je nak ajak semua semua jalan jalan ronda KL. kalau seteakat nak jalan dekat melaka tu, 2 sem lepas dah habis pusing. dah malas nak shopping melaka WALAUPUN banyak je barang barang yang murah dekat sini. tapi serious wa cakap semurah mana pun melaka. murah lagi tudung tudung dekat jalan TAR. haha. *general knowledge tu mi

lepas tu baru iftar betul betul punya dekat friske steakhouse dekat taman au keramat. sumpah sedap kebabeng! dah lah murah. boleh terberanak aku nak habiskan semua makanan dia. malam tu pulak kitorang pergi danau kota.macam biasa sesak nak mamP. tapi disebabkan nak jugak pergi. kugigihkan juga nana drive kesitu. tapi kalau tahu taknak pergi situ! haha. bukan dapat apa apa yang best pong! lepas ni tak nak pergi lagi. merajuk sekejap ;)
![]() |
meegi goreng paling keji dan masin (!) |
![]() |
burger bakar yang membakar lemak ;P |


dan lepas je balik balik daripada KL. pagi ahadnya tu aku ada PPKP. tak best kali ni punya sebab berpecah lagi kelas aku kena masuk pindah ke kelas orang lain dalam sesi LDK tu. walaupun memula faci aku tu meriyan, nasib baik lama lama dia okay bagi kami semua lepas awal untuk beli juadah berbuka katanya. alhamdulillah.
dan malam tu aku membuat assignment bagai nak rak bila dah seronak berjimba weekend masa tu. tau tau je aku terlepas sahur. haaa. bangun bangun pagi terus dikejutkan dengan berita yang merobek jiwa comel aku ni. ayah kepada bestfriend aku telah kembali ke rahmatullah pagi tu. Ya Allah. tak tahu macam mana aku menangis macam orang apa je pagi tu sebab aku tak angkat phone call kawan aku masa dia perlukan aku. padahal dia bestfriend aku kot. pagi tu memang terus tak ada mood nak pergi kelas. yang aku tahu nak balik JB! nak jumpa dia! aku call mama terus nangis nangis and lepas tu mama bagitahu yang jenazah semua kebumikan dekat melaka. petang tu aku ingat nak jugak pergi kampung dia nak jumpa dia, tapi tak tahu jalan. so last last aku just sedekah yassin untuk arwah papa syazana adilah. semoga roh arwah tenang dekat sana. insyaAllah. to you my girl, zana dedemok yang comel, be strong okay! Allah sayang papa kau lebih. sebab tu dia pergi dulu. dalam bulan ramadhan lagi. betapa untungnya papa kau :)
Al-Fatihah buat arwah Mohd. Norzehan..
k lah dah masuk waktu berbuka. i FULLSTOP
nota : esok balik JB! nak jumpa semua semua! rindu :)
No comments:
Post a Comment