Sunday, December 23, 2012

Menangislah semahunya

Assalamualaikum wbt

dugaan tu kalau nak datang bukan kita dapat jangka. bila dia nak datang, bila Allah swt nak uji kita, itu semua atas kehendakNya. siapa kita nak melawan takdir. tapi kita kena ingat Dia tak akan duga kita kalau kita tak mampu nak tanggung. sebab walau seberat mana pun dugaan yang kita terima, kita kena tahu mesti ada lagi orang yang dapat dugaan yang lagi hebat daripada kita

selama 4 semester aku sebagai pelajar di universiti, buat pertama kalinya aku rasa down yang teramat sangat, aku tak jangka langsung yang dugaan kali ni sangat hebat, sebab aku cuba sedaya aku untuk bersabar tapi siapalah aku, aku pun manusia, yang baru mula berjinak untuk mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah aku rasa dan baru cuba untuk belajar

aku bukan robot, bukan anak patung yang tak ada perasaan. aku cuba bersabar selama mungkin, sungguh! kalau boleh aku memang tak nak bercerita dekat sesiapa biarlah aku je yang simpan masalah aku, tapi

bila dia mula melibatkan orang yang dibawah tanggungjawab aku, aku tak suka. sebab aku, dia kata kami tak berkebolehan, kami ni teruk. aku rasa semua tu salah aku, aku sebagai ketua, salah sebab tak dapat nak backup diorang.

bila orang yang aku mula hormat, mula rasa dia sebagai tempat yang boleh aku kongsikan masalah dan dapatkan semangat yang memporak perandakan semuanya, aku rasa sedih. sedih sebab apa yang aku jangkakan tu salah sama sekali.

hati aku sakit. siapa yang tahu? tak siapa yang lebih tahu selain Dia. mungkin orang akan pandang aku lemah, sebab tak mampu nak handle masalah yang sikit tu, tapi aku pun punya kekurangan. bukan aku ni superwoman pun.

aku menangis. ye tak pernah aku menangis sampai macam tu. menangis bukan bermaksud lemah, tapi aku tak boleh tahan sebak dekat dada, rasa bila orang khianati kepercayaan kita. mungkin yang pernah rasa ditikam dari belakang depan atas bawah akan tahu macam mana rasa disakiti tu.

aku boleh tanggung kalau ia berkenaan dengan kerja, tapi bila orang yang tak disangka yang akan sakitkan hati kita. sumpah aku rasa sakit. sakit sangat sampai aku tak mampu dah nak tahan rasa sedih tu.

aku cuba nak berhenti dari menangis, tapi tak tahulah kenapa, susah sangat rasanya. aku rasa roomates aku pun semua mesti terkejut dengan aku. aku malu tapi nak buat macam mana, bukan aku paksa airmata tu keluar. aku tak nak menangis tapi dia keluar juga. waktu tu tuhan je tahu perit sangat otak aku fikirkan masalah ni, macam-macam andaian yang keluar dari otak aku.

sampai sekarang pun aku masih fikirkan ke-rasional-an decision yang akan aku buat tu. semoga Allah SWT memberkati apa jua langkahku selepas ni. amin ya rab
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, December 10, 2012

kebosanan menyinggah

Assalamualaikum wbt

pagi ni excited kemain bersiap, dah siap siap mandi kelam kabut nak pergi kelas, dah sampai dekat fakulti baru teringat aku tak bawa kad matrik. hahhaha! mampus lah kalau kena tangkap dengan polis bantuan dah lah sekarang  ni tengah kempen sahsiah rupa diri, kalau kena saman mahu limapulohhingget terbang melayang!

bukan je dengan polis boleh kena saman, dengan lecturer pun boleh. so nak mengelakkan diri daripada kena saman aku pun text madam aku, cakap tak bawa kad matrik. nampak tak betapa jujur nya aku kat sini? haha! pui pui. padahal takut nanti kena saman. duit takda nak bayar saman!

dah tu terus je lah bawa kaki ke kelas nun di tingkat 3, pap pap nampak abang izzuddin. haha! siapakah abang din? ala yang comel tu. yang kita rajin nak stalk dia dulu dulu tu tapi dia tak layan pun kita. kakakkaka. siapalah saya ni. *ceh

lepas tu disebabkan kad matrik aku hilang, aku tinjau lah jugak bilik server untuk buat baru kad matrik tu tapi tutup pulak dah! haihh selamat duit aku. haha

sesampai kelas duduk borak ketawa ketawa tambah gossip sikit tetiba dah pukul 8.40 pagi. dah pelik bin ajaib apa pasal madam tak masuk lagi. sebab selalunya memang on time mula class. aku call pun kena reject. ni memang aku ingat dia tengah ontheway rupa-rupanya bebetul pukul 9 tu dia text cakap kelas takde sebab ada hal.

haaaaa. kalau tahu ioldz sambung je tido. mengantok tahu. tapi ni dah mandi semua memang dah tak ngantok lagi lah.. kalau tadi bangun jalan pun teraba-raba dinding nak pergi tandas cari paip air. haha. dah macam buta dah. ni semua sebab tengok movie malam tadi dengan roomate lepas tu tido lambat satu, tak boleh tido pun satu. menangis*

next class petang kang pukul 4.30 petang. seronok kan? haha
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, December 8, 2012

redha

As salamualaikum wbt

wahhh dah seminggu rupanya aku dah masuk dalam sangkar balik.

ayuh kembali ke universiti, ayuhhh!

misi kali ni untuk meneruskan lagi perjuangan yang belum selasai dan juga yang baru bermula. yes! terutama untuk menguruskan anak-anak buah aku. ye sekarang saja aku ada 299 orang anak buah. kakakkaka

tapi rupanya sikit je anak buah aku, anak buah member member aku lagi banyak 2 3 kali ganda aku pun ada. well then best of luck MTK :)

tapi baru mula mula ni tak adalah lagi masalah besar sangat yang timbul, cuma itulah.. adalah yang memberontak. al-maklumlah kita semua manusia, ada kehendak sendiri. so bila terbit rasa tak puas hati mulalah nak cari pelbagai cara untuk lepaskan rasa yang terbuku dalam jiwa tu katanya.

tapi sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan segelintir yang suka cakap belakang. serious talk. aku percaya siapa pun tak akan berkenan orang yang tunjuk baik dihadapan tapi pijak belakang kita. apa masalahnya kalau terus sahaja bertanya depan depan? tanya elok elok masalah yang kita rasa.

aku tak lah tujukan untuk semua je, termasuk diri aku juga. aku pun pernah juga buat kerja tak senonoh ni tapi tulah.. nasihat bersama katanya :)

minggu ni juga walaupun minggu pertama that suppose to be 'minggu santai' tapi tak lah santai mana bagi aku, tapi tak apa.. eden torai nak terima benda benda ni semua. aku sedar tak semua orang suka dengan cara kita, tapi aku percaya satu benda.. hormat tu penting. kalau kita tak hormat orang macam mana orang nak hormat kita, betul tak?

masalah takkan selesai kalau tak dibangkitkan. tapi kenapa perlu dibangkitkan di medium yang tak sepatutnya?  bila tanya semua kata okay, tapi kalau tahu hakikatnya tidak, at least aku mohon suarakan pendapat. bukan nak marah pun. dan semestinya kita boleh fikirkan sama sama penyelesaian yang terbaik untuk mana mana isu berbangkit tu? betul?

kalau kita sombong mendongak ke langit tinggi mana pun, sampai masa kita tetap ada di bawah juga. bawah tanah. jadi fikirkanlah apa guna nak riak sangat ni? haihh

ioldz terima dengan hati yang terbuka and and dah maafkan dah semua yang mengumpat "kami" and harap semua pun memaafkan "kami" kalau ada yang tak berkenan dalam jiwa raga dengan "kami"

well..tak semua orang sempurna. kita semua masih belajar. sama sama menuntut ilmu. kan?


note : rupanya bukan aku sorang je yang kena, zaman sekarang kan. haihh. budak budak makin extreme kelakuan. apa nak jadi. masya Allah

mimiSJ


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!