Wednesday, September 17, 2014

fakta atau auta?

Assalamualaikum wbt

Disebabkan sekarang semua orang pun nak bagitahu satu dunia pasal 20 perkara pasal diri sendiri..kenapa ntah nak doploohh ada apa lah yang special sangat sampai doploh benda nak kena canang dekat orang hoi..tapi sebab  i punya  fanclub #miminators ni dok request tak habis habis suruh i buat, maka tak kan la i tak nak buat kan.Memang tak boleh nak hancurkan harapan miminators yang selalu bagi i support ni.

 Memang taknak kalah kan selalu sangat fikir diri artis. Hmm! Mohon pengsan sekejap

Maka terimalah doploh fakta atau auta yang bakal dikarang ni

#1 Aku ialah aku. Aku takkan sama perangai dengan jamenon, sabariah, jenab,jemah, minah dan apatah lagi senah. Power tak power

#2Aku suka gossip. Aku rasa takat ni dosa gossip aku memang banyak.maka dengan rendah dan seikhlas hati aku harap semua dapat maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki kot lah...kalau aku ada tergossip pasal kau orang semua.terrrr sangat kan. Nyampah! HAHA Tapi tak semestinya gossip ni fitnah tau, dia lebih kepada mengata secara belakang. Sebab selalu orang ke artis artis yang aku gossip ni tak nak join sekali aku gossip. Haha!Kau fikir kau retis ke nak gossip dengan retis sekali? zzz

#3Aku nampak macam gagah dan perkasa tapi aku cepat emosi atau lebih senang kata hati ni mudah tersentuh bila situasi tu aku rasa sedih sangat seperti bila Aidil dan Rita bercerai lepastu hak penjagaan dapat kat Rita lepastu Aidil tak bagi nafkah lepastu Aidil jumpa Ryan dengan AdikMok sebelum kawin dengan Zarema tapi lepas kawin dah tak jumpa anak anak lagi sampai anak anak dia semua tanya mana papa dia orang. Hmm sedih bukan? Ini cerita betul okay, maka terus rasa macam bodoh gila. Sebab tu pun nak emosi

#4Aku sangat sangat sangat doplohlapankali sangat pun tak akan pernah tahu nak ajar orang macam mana. Sebab kadang kadang aku tahu benda tu tapi aku memang fail gila bab nak mengajar bagi orang faham tau, hanya selected people yang dikurnai akal dan kesabaran tahap e infinity  je yang boleh faham apa yang aku cuba sampaikan dan ajar. yang sampai kadang kadang aku macam amazing macam mana depa ni boleh faham apa yang aku ajar? haaa.. power tak power depa ni.. bukan aku yang power tau. T_T..maka minta maaf banyak banyak sebab aku memang tak tahu bukan aku tak nak ajar. Sebab kadang kadang aku pun sedih tak boleh nak bagitahu macam mana. memang benda ni runs in family blood. kau tanyalah akak aku adik adik aku semua memang jenis yang tak tahu nak ajar orang. Sighhhh panjang panjang

#5Aku kalau dah suka aku memang suka. Macam kalau aku kata eh aku sukalah jam tu..maka tak faham faham ke nak bungkus satu bagi hadiah birthday aku bulan 1 ni? ataupun macam aku cakap eh aku suka sir naim. maka tak faham faham ke? Hmm HAHA OK

#6Aku agak bossy. Tidak dapat dinafikan lagi..bossy bukan pemalas tau,bossy jenis yang suka mengarah..tapi tak lah sampai tahap kronik yang boleh buat orang benci sampai rasa nak tikam tikam tu..ini apa yang aku rasalah hahahahha

#7Aku akan jadi peramah tahap beruk kalau jumpa dengan beruk juga tapi aku akan jadi orang yang super awkward tahap siput kalau aku rasa tak selesa dengan siput jugak. Haaa siapa dah dapat agak dia beruk boleh terus whatsapp aku k? Yang rasa dia siput, sorry memang tak boleh nak masuk. Hurmm hahahah. Okay tak lawak.

#8Bila aku marah aku cepat memberontak, dan menyumpah segala jenis bad words tapi dalam hati jelah kalau yang kronik sangat.Tapi biasanya marah aku sekejap je. “Sangat sekejap”  sampai biasanya lepas bangun tidur terus rasa bersalah macam, eh kenapa lah aku marah sangat tu? Pastu menyesal. Hurmm sangat perangai.

#9Aku punya tahap kesukaan dekat budak budak belum cukup umur ni sangatlah tinggi. Suka yang macam, walau aku tak pernah kenal, sekali pandang je budak kecik aku dah boleh sayang. Terutamanya yang bawah 3tahun ni..sebab  4tahun keatas dia dah mula nakal sikit. Mungkin factor nama pun main peranan. Tak boleh nak kata apa lah kan.

#10Aku tak suka makan sushi dan cheesecake. Mohon faham tak suka bukan tak boleh telan langsung. Tak adalah kalau makan sampai nak demam dan cirit. Tak suka disini maksud dia memang tak minat langsung macam kenapakah orang semua boleh gila dengan dua jenis makanan ni.

#11Aku suka dengar dan cuba happy kan orang yang tengah ada masalah. Akan cuba baiki masalah orang tapi hakikatnya masalah sendiri pun tak tahu nak settle. HAHA sangat

#12Sejak aku kecik sampai besar mesti suka nak terjatuh sana sini. Mungkin kali ni factor size memainkan peranan besar. Paling terkesan sampai sekarang ialah jatuh tangga berdepak depuk dekat main tangga depan bilik guru sekolah. Okay yang ni sumpah sakit tapi sebab malu lagi menguasai diri, maka aku pura pura tak sakit terus bangun gelak gelak..dah lah masa ni budak semua tengah baca doa kan semua orang akan beratur kat kaki lima kelas..maka kau orang dah boleh bayangkan tak aku punya mula bebudak semua Nampak. Tragik gila

#13Aku suka tahap gaban dengan dark chocolate. Haa yang ni pun orang tak faham. Aku sukaa sangat dengan dark chocolate bukan bermaksud aku tak makan langsung chocolate biasa tu. Stress aku kalau orang pertikaikan kenapa aku makan chocolate selain dark chocolate. Tapi aku kalau coklet biasa aku tak heran sangat orang makan, tapi kau cubalah mintak dark chocolate kat aku. Hurmmm ingat dapat lah? hahah

#14Aku senang nak follow rentak orang.Memang diri akan auto tune regarding which types of person or group yang ada dekat surrounding aku. Kalau dapat dengan bebudak gegila maka gegila lah aku jadi, kalau dalam suasana kaparat maka kaparat lah aku jadi tapi satu je..satu je yang aku tak boleh follow..yang ni biarlah hanya Dia yang tahu. OK

#15Aku akan jadi orang yang extra kuat bila aku ada pencetus and pemangkin sampai benda impossible boleh jadi possible.ini fakta. Aku umpama pohon yang memerlukan akar akar yang kuat untung menampung aku yang berat ni. HAHAHA

#16Era cakap orang pandai selalu bodoh dalam percintaan. Mungkin itu sebab sampai sekarang belum ada laki laki yang berjaya dijadikan suami lagi. HAHA kau hingat kau pandai sangat ke mi oi. Mohon Clash

#17Aku tak suka bila aku sengsorang..bersendiri..kesorangan sebab aku suka bercakap.dah kata suka bergossip..selain penakut sebenarnya..HAHA.. Tapi serious weh kau bagilah aku baby pun aku akan rasa okay sebab dengan baby pun aku dah boleh ajak berbual. Tapi hal ini lain bila melibatkan mereka yang sudah cukup umur. Mohon rujuk #7

#18Aku suka pantai..sebab tu bila dah pindah belajar dekat shah alam ni rasa sedih..sebab aku kalau stress ke sedih ke mesti kena pergi tengok pantai ke laut. Tenang dia tu..masyaAllah..tak boleh diungkapkan dengan kata kata gitu. Sekarang kat sini kalau stress aku hanya mampu tengok lampu iCity jelah. OK

#19Yang ni aku rasalah..rasa je okay. Aku pantang orang yang tak pandai jaga amanah. Bagi aku amanah tu besar, dia macam tanggungjawab yang kau perlu galas tapi kau taknak galas dan lepas tangan. Haa benda ni boleh buat muka aku herot tigaratusenampuluhdarjah sebab aku memang pantang jumpa makhluk macam ni. Tapi maybe diri sendiri pun ada terlepas pandang amanah yang diberikan..maka tulah..biasalah kan tak suka tapi kengkadang terbuat juga. OK


Dan Aku rasa untuk fakta ke doploh ni akan aku rungkaikan dilain masa. HA HA HA!
Haa misteri tak misteri tak..

maka kenalah selalu singgah belog ioldz, hahaha
untill then,





FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!