Saturday, November 1, 2014

busy tak busy?

Assalamualaikum wbt


haaaaa..haruslah pembuka entry terbengkalai ni dimulakan dengan muka sendiri..bagi sesiapa yang rindu..nah tatap lah puas puas. puahahahah

gambar jetjet candid ni diambil oleh photographer bertauliah tak lain tak bukan saudari hafa kita. pro kot sebab dia boleh ambil angle sampai aku nampak macam 40kilo je..padahal...

kesian sangat dekat aku punya diri yang kedua, amboi macam banyak sangat diri..skizo ke apa kau ni kan? hahah

maksud aku..diri yang suka berjimba..dah tiga minggu berturut tak dapat melayan diri sendiri..tak dapat pergi enjoy....kalau tak busy test mesti sebab event..cuma sempat memanjakan diri dengan makan dan makan dan makan dan tak lain tak bukan main game coc je. town hall baru level 5 jangan cerita lelebih dulu lah kan. haha!

tapi nak buat macam mana kan..dah diri ni memang tak boleh duduk diam. mesti ada je nak buat..kalau hujung minggu kosong pun bosan sangat..tapi bila ada event dah jadi macam lipas kudung dah..kaki tangan semua dah macam ada extra..

apa-apapun alhamdulillah semua berjalan lancar..

lepas balik daripada kem survival bangsa, aku sambung dengan ARTFEST 2014 lepastu minggu ni event mai mai melati plus actuarial family day! haa hambek..next week ni pergi kursus next next lagi jadi pengurus untuk pasukan memanah kolej..lepastu uruskan malam pragraduan course aku. haaaambek lah!

tapi kira okay lagilah hujung minggu  aku ni dipenuhi dengan event, member aku, fauzani asyik nama naik under hep untuk pergi kem je..masuk minggu ni adalah dah kem ke 3 yang dia pergi, selain daripada kem kem yang dia tolak..dah lah kem makan masa 3 hari 2 malam..

kadang-kadang aku kesian juga dekat dia..dah macam tak ada orang lain dah ke kan untuk ganti dia..nak kata calon mpp ke seki mpp pun tidak..tapi tak apalah bagus lah bagi mengisi ruang hujung minggu dengan benda yang berfaedah..kalau tak..keluar je shopping je kerja kan kita ni! eh bukan kita..tapi aku..hahahha

tapi sebusy busy aku ni, makan tak miss babe! makan nak sedap je. pun perabis duit jugak tu. hahahah. itu jelah aku..campak lah mana pun, sebusy mana pun, asal ada makanan selagi tu aku happy..haritu masa camping dekat pahang..depa buat tempoyak ikan patin..peh! boleh bayang tak aku makan macam mana..excited tahap dewa tau!

bukak je instagram aku, bersepah gambar makan..tak sengaja pun nak upload..tetengok..banyak juga aku pergi makan sesedap.

ada sekali tu aku teringin gila makan meetball ikea..sampai demam tau..kwanghajar sangat meetball tu kan..aku memang sayang ah memember aku yang baik hati lagi pemurah yang sanggup teman aku..layan mengidam aku..ni belum apa apa dah mengidam teruk. hahahahha

lepastu semalam aku sensenang je terpengaruh dengan member aku suruh makan chicken rice shop student meal yang RM8.++ je daripada harga sebenar dia rm17 kot..untung sangat weh..dapat satu set penuh..pehh gemok tau gemok?

amboi cerita pasal makan kemain panjang.okay siren kolej dah bunyi menandakan aku dah kena bersiap siap nak turun pergi event ni. bye bye chuoldzz! hingga ke lain entry!


salam alaykum



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!