Thursday, October 21, 2010

ape benda ah!

salam semua,
salam satu Malaysia.
mimi Cinta Malaysia.
cintailah negara kita,
kalau bukan kita sape lagi yang nak cinta dia? oke. penggunaan tatabahasa yang salah. lantak lah! haha.
dah mimi ape kau bebel nih!
stop stop!

^_^

sebelom aku nak stori mori tentang cekgu nanges, make sure anda semua memakai helmet dan tali pinggang keselamatan. sediakan tissue atau mop dsb.. harhah.

cerita bermula begini, satu masa dulu. masa aku form 2. ade sorang cikgu ni. dia memang dah lancarkan gerakan anti-ummi yang sangat hebat tetapi tiada yang menyokongnya! haha, jangan berani berani ye nak wat provokasi terhadap aku yang comel ini atau anda akan dibom menggunakan mercun roket! warghhh! 

aku sendiri tak paham dengan beliau, oh kenape aku berbeliau beliau dengannya? layak kah? haha. ignored. pastu, dia ni suka lah nak sound sound aku masa dalam kelas. ape lah. tak paham aku. aku ni pon satu, memang susah sikit nak mendiamkan diri masa dalam kelas, suka berbual + masuk lambat (jika waktu kelas itu lepas rehat *pengawas kot! ta paham ape!!!). mungkin ada salah aku jugak sampai dia tak benti benti nak sound aku.

yang paling sakit hati kalau dia asyik compare kelas dia tahun 2006 lagi senyap dari 2007. amboi, kalau nak semua kelas sama je perwatakan budak-budaknya, sila lah berhenti daripada menjadi guru. ambil je borang kat pejabat and cepat cepat kuar dari sekolah ye! haa. yang membuat aku geram sebab dia cakap macam tu merujuk pada aku, aku tau tu. sebab tu aku bengang sangat gan dia! warghhhh!!!
nak dijadikan cerita yang lebih menarik, satu hari ni, kelas ngan cikgu tu ialah masa waktu pertama. oke fine. belajar lah macam biasa. tiba-tiba, jeng jeng jeng... tengah tengah dia mengajar, boleh pulak dia salah sebut perkataan Cheongsam kepada Theongsam! gila tak berdekah satu kelas kan? semua pun ketawa terbahak-bahak sampai tekuar kahak kahak ni haa. tipu. kahak tade oke. saje nak tambah perisa.

tiba-tiba dia marah. dia pandang aku, aku senyap ah daripada gelak. maka satu kelas pun terbenti gelak secara berjemaah. dia kan memang dah anti aku, jadi dengan tidak semena-menanye dia menangis lalu mengugut untuk letak nama aku lam kad merah! dia kata aku ketawa kuat sangat! oh Gosh! ape pasal tah cikgu tu. meroyan ke haper tah. yer kalau satu kelas dah gelak, memang lah kuat. pastu nak tuduh tuduh aku, perghhh... pastu dia dah nanges terus bla kelas. tinggal lah kami terkontang-kanting kerinting kerinting dalam bengkel makanan itu. pe nak buat, dorang dah risau. aku macam dah gila vavi punya tahap marah lah kan. asal aku lak yang kena.. bengang berasap berapi niii...

then, satu kelas wat lah surat nak mintak maaf lah kat cekgu tu. yelah dah dia tak masuk masuk kelas time tu. risau lah jugak mana tahu dia pergi bunuh diri ke kan terjun bangunan sebab tens salah cakap perkataan? haha. reason dia bla memang aku taleh tahennn. memang tak dapat nak diterima oleh lagic gate aku ah senang citer! haper jadah lah.. aduyai.

dalam masa yang sama, aku n nas n pika n zana n bella pergi lah jumpa encik zainal. yer takot tu nama nak kena masuk kad merah! wuhaha. kelakar pulak bila ingat betapa cemas nye bercerita tentang cikgu yang tah pape tu kat cikgu Zainal a.k.a. penyelia petang kami. then cikgu Zainal cakap

"takpelah. maybe cikgu awak tu tengah tens kot. pastu awak buat hal. takpe. biar dia chill dulu"

wah! tak sangka maseh ingat dialog cikgu Zainal. heheh. masa ni kat kantin sekola. pastu mulai saat tu memang aku elak ah jumpa cikgu yang cuba menjahanamkan aku.eee.. dia lah satu-satunya cikgu yang aku tak rapat. padahal semua cikgu yang mengajar aku semua aku rapat je.

korang bayangkan eh, macam mana nak rapat.. aku bagi salam kat dia kalau terserempak, dia buat BODOH je. peh bengang siot! sampai sekarang kalau aku jumpa dia mesti kalau boleh aku nak lari daripada dia. tak tahenn weh. macam menyampah sebab cuba bayangkan, kita dah cuba nak berbaik and paling bagus dah ni mintak maaf tapi still ignore kita. kan rasa macam nak cincang n kerat 100?! haiyooo

lagi satu nak cerita, ada ke dia cakap kat pika iaitu member aku punya mak, mak cik leha supaya jangan bagi pika ni kawan ngan aku sebab aku ni boleh rosakkan anak mak cik leha! OMG! ini sudah keterlaluan. tapi yang best tuh, mak cik leha siap cakap kat pika yang dah kira okay anak dia kawan ngan aku&nas&zana daripada kawan dengan geng dia yang dulu dolu tuu. hahahaha. sengal kan kalau ada orang yang macam ni. macam lah aku ni jahat sangat. ade ker dia cakap aku nak rosakkan pika? aduyaii.. lawka ah! and paling best aku ngan pika maseh je lagi kawan sampai sekrang? OMG. cikgu cikgu.. ape lah nak jadi ngan cikgu ni. mengumpat saya belakang belakang. ish ish ish. kalau yer pon benci saya yang comel ni. huhu

okey. nak tahu tak kenapa aku bukak balik cerita ni? sebab haritu ade cikgu aku yang tiba-tiba cakap kat aku yang dia tahu pasal sejarah aku ngan cikgu tah apa apa tuh. and aku bengang ah sebab dia boleh pulak nak heboh satu sekolah tentang cerita basi ni tahun ni. yang best tuh, bukan ngumpat pasal aku kat sorang cikgu je, ramai je cikgu yang tahu.

mana taknya, masa aku form 3. cikgu yang tah apa ape tu boleh pulak cerita pasal aku kat cikgu hasibah. pastu tak pasal pasal cikgu tu pun dah mula dok tego tego aku. tapi sorilah kawan, tak menjadi ah taktik tok menjahanamkan saya tu. sebab saya kamceng gila ah ngan cikgu hasibah. sampai lah laa ni. cuma skang cikgu hasibah dah pindah. huhu. sedih sangat sebab tak sempat nak pelok pelok cikgu!

berita buruk, bila cikgu hasibah yayang pindah, cikgu yang tah apa apa tu pulak naik sesi pagi! perghhh.. tu yang cerita basi pasal kami naik balik. ee.. bagi pendapat korang lah kan, elok ke cikgu macam tu? kok yer pon nak ngumpat aku pada-pada sikit. ni kalau boleh satu sekolah dia nak cerita.. tah paper. eee. menci tau gini! huhu.

ak pasal pasal panjang pulak aku cerita pasal orang yang membuat onar dalam hidup aku ni. ahhh. benci lah nak ingat.

kepada cikgu tersebut,
bawalah bertaubat. berhentilah daripada bercerita buruk mengenai orang, saya terutamanya
saya mintak maaf kat cikgu dari hujung rambut sampai hujung kaki atas kesilapan saya
dan saya maafkan cikgu bila cikgu bawa cerita buruk mengenai saya ke seantero sekolah
sedangkan Nabi ampunkan umat, apa lagi kita yang sekerdil ni cikgu..
besar sangat ke salah saya sampai cikgu nak benci saya seumur hidup cikgu??
takkan sebab benda kecit *tersalah cakap perkataan saje cikgu dah nak berdendam ngan saya dengan hebat nya sampai sekarang cikgu?


***
Ya Allah Tuhan Sekalian Alam
ampunkan lah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat sahabat ku & dosa seluruh umat muslimin & muslimat, mukminin & mukminat
Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar,
kau lembutkan lah hati guru yang telah aku sakiti itu
agar dengan itu Ya Allah,
dia dapat mengampuni segala kesalahku terhadap dirinya,
sesungguhnya Ya Allah,
Kau lah Yang Maha Agong Yang Maha Mengatahui lagi Maha Mengasihani
Amin Ya Rabbal Alamin


mood:
saya okay tapi tetap tens
k lah mimi FULLSTOP

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!