Thursday, July 5, 2012

syukur semuanya sudah selesau!

Asslamualaikum wbt.

KP and KPP on that day :)

w/ dearest classmates :)

jadi budak budak fakulti aku mesti tahu yang event perjumpaan bersama rektor kali ni dipegang dan diarahkan dibawah kuasa veto kelab aku! hanvoii gaya cakap macam YDp. ahaks! kelab aku noks! kau hado? haaa. sebenarnya lagi tepat kalau aku cakap event kali ni,  mok (classmate) yang handle. baru taw betapa susah nak jayakan satu satu event tu. aku kerja jadi penolong dia jelah. tapi tak ada banyak mana pun kerja yang aku buat! ops! hik hok

tu diaa. betapa stress nye muka ketua projek! haha (paling kiri)
setelah bermacam macam enau dan belukar yang kitorang redah dan potong, finally hari yang tak ditunggu tunggu pun tiba. petang isnin semua ajk dikerah untuk tolong kemaskan dewan dengan nak buat raptai lah katanya. tapi tak semua ajk lah pulak boleh datang. takpe kami faham ada kelas kan? hik hik

tapi masa petang tu, semua benda hura hara. last minutes, semua yang kami order lain jadinya. tak ada itu tak ada ini. motipp sebab ada banyak event serentak malam tu. yang aku tak faham, kitorang tak cukup meja makan untuk lecturer, then ada yang buat event keesokanya tapi tak nak bagi meja! aigoo. at last baru nak bagi. hmm. apa apa pun nasib jugak lah dia bagi kalau tak ada jugak lecturers semua makan atas tikar kan? village style! haa kau mampu?

hadiah best student! congrats :)
tup tup alas meja pulak tak da. dah berlari lari mok, aku dengan era pergi cari dekat semua unit kot lah ada alas meja lebih lebih nak bagi kitorang pinjam. nak dijadikan cerita, idea tiba tiba mari masa aku pandang classmate aku yang sorang ni, dia palapes punya member. so aku pun tanya terus kot papales ada kain alas meja atau benda yang ala ala serupa macam tu. nasib ada noks! keajaiban dunia ke-8. lepas semua unit kata takde terus dapat idea :)

ni belum kes extension wire yang tak cukup. nak dijadikan cerita nasib baik aku punya bilik ada dua wire tu! terus aku curi bawak masuk dewan. tapi kesian gila roomate aku punya ext. wire terputus masa event dah habis. ni semua sebab mereka yang tak geti geti nak keluar dewan dengan cara terhormat dan berhemah. ni sape nak ganti -.-
meet cap! cantik capp. wee :)

akhirnya dalam pukul 6.30 petang semuanya dah siap setup, tinggal nak balik mandi and datang balik event tu. sampai sampai je malam tu, sebelum event start, satu lagi perkara yang tak diingini berlaku, ada ke pihak catering tak bawak meja vip? oh man! habis kena maki lah depa! haa. pedulik apa aku? nasib lah vip kita datang lambat malam tu. so lepaskan lecturer dulu makan supaya nampak tak huru hara sebab meja tak cukup. fuhhh! saty benda selesai, lagi satu yang datang. bertimpa timpa kot! fenin~

tentatif program terpaksa ditukar disaat saat akhir atas permintaan __, dah bertambah kabut lah emcee kita malam tu. yang dibincangkan dan dilatih lain, malam tu lain pulak! tak pasal pasal je kena jadi bahan gelak orang! termasuklah aku! hew hew hew! kesian korang!

rektor dekat belakang! haa kau hado? haha
aku incharge laptop untuk projector, haa malu tak malu lah masa vip datang, bunyi kompang tak keluar! segan gila wehhh! tahap maksima punya malu! ni semua abang audio punya pasal! dia terlupa nak on volume. last last time vip dah sampai atas pentas baru berbunyik! phewwww nasib lagu semua okay! cuma masa tayangan montaj lagi sekali sound system buat hal! Ya Allah! garism aku dekat situ. cuba punya cuba nasib terkeluar jugak bunyi masa last last punya tayangan. alhamdulillah :)

apa apa pun tak adalah benda yang sangat buruk berlaku, just normal lah. nobody perfect! semua buat salah! event kalau sempurna sangat pun tak ada pulak aku dengar! mesti ada tercacat dan terkudung sana sini. hak hak! papehal terima kasih dekat semua yang membantu! terima kasih juga dekat mok as ketua program yang sangat dedikasi! weeekkk! HAHAHAHHA


k lah mimi FULLSTOP.
nota mimi : Happy Birthday mama! semoga terus dirahmati dan diberkati Allah SWT. semoga panjang umur dimurahkan rezeki! amin. me love you till jannah!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!