Thursday, August 23, 2012

RAYA DATANG LAGI !

Assalamualaikum wbt.

yaya denagn ila yang comel !
akhirnya setelah sebulan berpuasa maka hari raya menjelma lagi ! alhamdulillah tahun ni masih ada raya buat kita semua. syukur dengan nikmat raya Allah SWT pada tahun ni. jadi masa malam raya aku dengan keluarga semua dah bertolak balik kampung. haa excited bedah berbuka puasa yang last tu pun beramai-ramai dengan saudara mara di majide. meriah lauk berbuka malam tu sebab semua lauk untuk raya esoknya! hehe! ingat malas nak makan ketupat malam tu, tapi disebabkan rendang dan ayam merah yang sudah berada di depan mata, maka ketupat nasi dan lemang dan dan juga malam tu aku tibai! wehee

le family, go green (!)
jemput makan :)
le cousins :)

havoc seketika :)


with adek :)
esok paginya aku bangun agak lewat disebabkan malam tu aku ikut ke rumah family belah abah untuk tujuan masak. tapi kehadiran aku dekat situ lebih kepada menyebok :) tapi nasib baikpagi tu sempat lagi untuk berjemaah solat hari raya aidilfitri. tapi ada cerita lawak juga, mula mula nak solat dekat masjid di majidee baru sebab dekat je dengan rumah, tapi penuh dia... fuihhhhh. berlaga-laga lah nanti nak solat so terus pergi masjid di kampung melayu majide. wehee. walaupun ramai orang tapi alhamdulillah ruang solat untuk jemaah wanita lebih luas sebab dibuka di wing. memang masuk masuk je masjid terus solat. kabut jugak, tulah padahnya kalau datang lewat. ehem! salah! bangun lambat! -,-

balik je daripada masjid terus pergi ke meja makan disebabkan kelaparan yang memuncak. pening kepala saaangat sebab kelaparan! hehe. pekena ketupat lagi! fuu fuu fuu. kenyang alhamdulillah. lepas makan ada sesi mintak mintak ampun maaf zahir batin dengan family. tapi gambar tak dapat nak diupload atas sebab lupa nak pakai tudung masa ambil gambar. hahak!

with yaya momel :)
tengahari tu, terus kami bergerak ke kempas untuk beraya di rumah family belah abah pula. meriah jangan cerita disebabkan hampir kesemua family ada. yeay! dapat berkumpul jugak akhirnya masa 1 syawal secara beramai-ramai. dekat sini aku makan lagi! dah namanya raya jadi kerja kita mestilah makan je. weee. lepas tu ada sesi ambil ambil gambar kenangan :)

hari raya kedua, aku relax je dekat rumah disebabkan keletihan beraya di hari raya pertama.



hari raya ketiga mula bertolak balik ampang. rumah tok amah! traffic jam gila disebabkan semua orang nak balik orang nak mula kerja. hem hem. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam bertukar menjadi 7 jam bagi kami semua. nightmare! first time aku nampak kereta banyaaaaaak sangat terutama di tol seremban! ok bye.



my sis and brother :)
sesampai je rumah tok terus aku santap ketupat palas dengan rendang tok yang sangat marvelous hot and spicy :) family cik pun ada jugak dekat rumah tok. hee. lama tak jumpa semua semua !

me with le sister :)
keesokkannya family paksu datang ke rumah. punyalah lama tak jumpa cousins, semua dah besar dah cantik cantik belaka! hehe. dulu masa last jumpa semua memalu kecik je tengok. sedarlah betapa tuanya aku sekarang -,-

with balqis !
tengahri tu kami makan nasi berlaukan gulai udang, rendang tok, sotong kuning, ayam tomato, sayur, ulam etc. semua dimasak oleh cik, mak su dan tok! tak lupa juga cabai yang ditumbuk lumat oleh aku! pedas gila kot ;) bagi siapa siapa yang tak tahu cabai tu ialah sambal belacan :)

lepas dzuhur kami semua bergerak ke bentong, pahang untuk ke rumah family pak lang ! yang ini lagilah lama tak jumpa. huhu. kami makan laksa di rumah pak lang! sedap hingga menjilat sudu :)

Awesomism cousins !

malam tu family aku terus bergerak balik ke jb (!) alhamdulillah selamat sampai :)

k lah mimi FULLSTOP
note: lot of assignments :(


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!