Thursday, February 28, 2013

jika dah tersurat itu takdirnya

SIAPA KITA NAK MELAWAN !

okay sekian. tak ada kena mengena pun dengan apa yang aku nak tulis jap lagi pun..

sesungguhnya kita memang tak boleh nak melawan yang tersurat.. tapi kita belajar dari hikmah yang kita dapat lepas tu. bukankah lebih bermakna?

kalau rasa benda yang kita dah buat tu salah maka jangan lah nak ulang balik kesalahan yang sama. jangan jadi bebal! penat nak bagitahu banyak kali, pun tak faham faham! orang memang kata kalau jatuh bangkit semula.. yang ni dah lah jatuh sebab kesalahan sendiri.. hikmah dia pun kau dah nampak.. lepas tu bangkit buat balik perangai lama! amboi marah sangat ni. chillex sat...

semua orang pun ada masalah, binatang pun ada masalah.. so when i said u listen! hahahah. k siyes siyes..kalau tak dengar macam mana u nak faham. masalah u tolak ketepi dulu. i pun ada masalah, lagi berat dari u.. kalau i cakap pun u tak dengar, tak beri perhatian..kalau u tak faham, macam mana orang lain nak faham.. kalau info salah bukan u yang dipersalahkan.. i juga. aduyaii nya aduy pun...

kita semua busy, yelah mana dengan study, social life tapi aku selalu pegang satu prinsip ni, kalau kita senangkan kerja orang, orang pun akan senangkan kerja kita.

orang juga pernah berkata " buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

ehem! adakah mereka juga sedang mengutuk aku di blog? Allah Akbar!

tak ada niat nak burukkan sesiapa, sekadar pengajaran bersama.. supaya lebih bijak dalam membuat sesuatu perkara. jangan diulangi salah yang sama. dan kita pun masih lagi belajar mengenal dunia ni

tapi kita semua kan tahu tanggungjawab masing-masing, tanggungjawab pada diri sendiri, ibu bapa, kawan-kawan, dan dalam kerja kita..dan kalau masih ada rasa tanggungjawab dalam diri, cubalah rehat sekejap.. fikir balik.. kita ni dah jalankan ke tanggungjawab kita? hmm

maaf dari saya bagi sesiapa yang terasa, pengajaran untuk semua...tapi tolonglah terasa supaya kita sama-sama boleh ubah perangai busok ni tau! haha! peace no war !

assalamualaikum wbt :)


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, February 8, 2013

amalan perli memerli

Assalamualaikum wbt

Masalah yang kebanyakan kita tepaksa hadap bila ada yang kurang puas hati dengan kita. yelah siapalah kita ni sampai semua orang pun nak suka je? mesti ada je yang benci juga. kalau boleh macam nak lempang kuat kuat kalau terjumpa! haha.

dan bila jumpa mulalah tak geti nak jaga mulut... siapa kita nak tutup mulut orang? kadang-kadang mulut sendiri pun tak terjaga lagikan pula nak jaga mulut orang.. tapi apa yang kita boleh buat? bila orang sesuka hati bercakap mengenai kita? redha? pasrah?

masing-masing pun dah besar. dah pandai menilai. tak guna nak cerita banyak-banyak tapi tak ada satu pun yang melekat dalam kepala. membazir air liur je tahu?

amalan perli memerli ni terjadi bila rasa kurang senang timbul dalam diri. rasa hasad dengki yang membuak-buak. haaa maka terjadilah babak sinetron perli memerli. dah yang memerli tu pun mulut kengkadang tak ada insurance pulak.. sedap je mengata depan belakang kanan kiri pasal A..

yang A tak puas hati pun duk perli balik pasal si B dekat si C. haaa.. nampak tak permainan dia? yelah.. kalau dah asyik sangat dengar orang perli kita.. hati mana yang tahan? sikit pun akan terbako lah wa cakap lu ! selagi boleh bawa bertenang dan bersabarr.. bersabarlah.. tapi

hati ini pun tak adalah kental mana. so pls be nice with me. memang saya besar tapi hati saya kecik je. lembut pulak tu mudah je nak tersentuh :(


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!