Friday, February 8, 2013

amalan perli memerli

Assalamualaikum wbt

Masalah yang kebanyakan kita tepaksa hadap bila ada yang kurang puas hati dengan kita. yelah siapalah kita ni sampai semua orang pun nak suka je? mesti ada je yang benci juga. kalau boleh macam nak lempang kuat kuat kalau terjumpa! haha.

dan bila jumpa mulalah tak geti nak jaga mulut... siapa kita nak tutup mulut orang? kadang-kadang mulut sendiri pun tak terjaga lagikan pula nak jaga mulut orang.. tapi apa yang kita boleh buat? bila orang sesuka hati bercakap mengenai kita? redha? pasrah?

masing-masing pun dah besar. dah pandai menilai. tak guna nak cerita banyak-banyak tapi tak ada satu pun yang melekat dalam kepala. membazir air liur je tahu?

amalan perli memerli ni terjadi bila rasa kurang senang timbul dalam diri. rasa hasad dengki yang membuak-buak. haaa maka terjadilah babak sinetron perli memerli. dah yang memerli tu pun mulut kengkadang tak ada insurance pulak.. sedap je mengata depan belakang kanan kiri pasal A..

yang A tak puas hati pun duk perli balik pasal si B dekat si C. haaa.. nampak tak permainan dia? yelah.. kalau dah asyik sangat dengar orang perli kita.. hati mana yang tahan? sikit pun akan terbako lah wa cakap lu ! selagi boleh bawa bertenang dan bersabarr.. bersabarlah.. tapi

hati ini pun tak adalah kental mana. so pls be nice with me. memang saya besar tapi hati saya kecik je. lembut pulak tu mudah je nak tersentuh :(


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!