Assalamualaikum wbt :)
sedar tak sedar. im 20! Ya Allah. cepat sungguh masa berlalu.
rasa macam baru semalam aku adik beradik main masak masak dekat longkang rumah, main bakar-bakar daun, main basikal, rasam macam baru semalam aku adik beradik tunggu abah balik dari kerja bawa ais krim, rasa macam baru semalam aku salam arwah ibu sampai ketiak, aku ingat lagi masa tu nak pergi sekolah, last aku salam ibu dalam kereta masa nak pergi sekolah pagi pagi tu, rasa macam baru semalam aku ambil upsr, rasa macam baru semalam aku dekat kantin sekolah nak daftar sekolah menengah. takut sangat masa tu tapi nasib baik ada orang yang aku kenal, rasa macam baru minggu lepas aku kenal weng-weng crew, rasa macam baru minggu lepas aku jawab pmr, rasa macam baru semalam aku tahu result pmr aku, lepas tu ingat lagi macam mana aku jadi ketua sidang redaksi sekolah, kena susun budak nak ambil gambar kelas, ingat lagi macam baru semalam aku pergi makan dekat johnny' dengan mama dengan abah and khalil je masa tu, macam baru je semalam pergi dekat AZ nak fitting baju untuk wedding abah and mama, rasa macam baru semalam aku tengok alya. kecik lagi sekarang dah pandai panggil nama aku, panggil mimi.. dah ada adik pun lagi, rasa macam baru je minggu lepas aku attend wedding bestfriend aku.. jadi photographer tak bertauliah dorang, rasa macam baru semalam aku masuk uitm ni, masa orentasi dengan pakai sport shoes dengan baju kurung. sekarang dah jadi ydp kolej sendiri dah pun. masyaAllah. rezeki :)
Ya Allah, alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah
nikmat Allah SWT. aku sedar semua ni sementara, jadi aku mahu cuba dan terus mencuba untuk menggunakan nikmat yang Dia pinjamkan ni dengan sebaik mungkin. untuk menjadi syabab islam yang dapat membanggakan keluarga, agama , negara ku. insya ALLAH
saya baru 2 tahun jek ;) |
haaa tudiaaa. dah cukup matang tak penulisan aku? haha.
masih mencuba untuk menjadi khalifahNya yang lebih baik dari semalam. insyaAllah. semoga kita semua terus berada di bawah lindungan nikmatNya, nikmat islam, nikmat kesihatan tubuh badan, mudah-mudahan :)
2 comments:
Kak Mimi , you shabab ? It's pemuda and you dah tua ohh . Hohooo . Salam Hari Tuaaa . Sanah Helwah .
tq! tak ada lah tua mana. maintain lagi muda tau. hehe.
tapi haritu ustazah fatimah syarhah datang bagi ceramah kata kami semua digelar syabab, pemuda / belia selagi masih dibawah usia 40 tahun, sorry kalau akak salah :)
Post a Comment