Friday, June 22, 2012

fikir sendiri lah (!)

Assalamualaikum wbt

senyap tak senyap dah dua hari minggu aku berkampung di london nih. alhamdulillah semuanya berjalan dan berlari dengan lancar. kami dapat balik lecturers yang sofar sokay. yayy!
dah tak ada dah lecturers yang psycho etc. subjek yang ada ni pun setakat ni kemain mencabau minda dan jiwa. kelas yang tunggang terbalik. sekejap satu hari full sekejap ada yang lopong. ada yang sehari satu kelas je. okay tak kelakar.. macam minta pelempang pun ada tau jadual ni. suka bagi harapan pelesu masa mula-mula. konon je tak ada kelas hari jumaat tapi bila dah balik london, terus kata nak drop kelas bawa hari jumaat. pftt

only math student can hold pen and pencil plus press
 the calculator at the same time #jelly

subjek yang paling digeruni dan digentari tika saat ni semestinya statistik. wehh, tak kelakar kalau kau belajar tapi tak dapat faham satu haprak pun. dah lah 4 jam kredit.. sedih medih! aku baru tahu dari lecturers aku yang last semester ada soalan bonus, no wonder dapat A. alhamdulillah sebab aku takut sangat subjek ni, bila tahu lulus tu macam keajaiban dunia ke lapan puloh lapan. siap bernazar lagi kalau dapat A nak belanja pizza. so memang aku belanja lah juga bebudak ni pizza nanti :)

wishing stairs. tak lawak -.-
setakat ni subjek yang sangat tak men-depress-kan aku sudah semestinya macroeconomics. sir aku kemain sporting. hok hok. kau hado lecturers sambil belajar sambil sesuka hati lembu itik duduk atas meja sambil buat lawak bangang. masa mula-mula kelas aku dah dihanjengkan oleh beliau. haha. cocooocoi(!)

baju rasmi koko. pfftt
tapi aku tak faham apa pasal sekarang pagi pagi aku suka mengantok dalam kelas. dua semester lepas tak adalah parah mengantok aku ni. kiranya tak adalah kronik mana masalah kengantukan tu. kali ni je pelik bin ajaib. aku punya mengantuk tu sampai lecturer mengajar kat depan aku boleh tertido dengan sendirinya sampai terhangguk hangguk lagi. lepas tu apa lagi mesti depa ingat aku faham pa benda depa ajaq, hak hak. padahai...


hello juniors :)
ehemm! btw, sekarang course aku dah ada juniors. senior dah sekarang batch aku. wuhaha. ada khabar angin laut cina selatan yang mengatakan course aku yang dekat london ni bakal diterbangkan ke seremban 3. campus uitm yang baru. sumpah taknak pindah weh. tak lawak kau dah setahun setengah dekat sini belajar tetiba nak buat induction balik tour campus baru. haisehh :(

k lah mimi FULLSTOP.
nota jejarHOT : bila bebudak futsal nak blah ni.dah pukul berapa dah ni? bising tahuk?
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!