Sunday, May 12, 2013

syok sendiri mungkin?

Assalamualaikum wbt

yeahh yea.. since ada dekat rumah untuk dua minggu ni..tak panas punggung duduk kat rumah..mesti hilang..madah berjalan je.. duit pun laju je habis, mengalir macam air. haha!

tapi aku tak tahu apa pasal sejak dua menjak ni, aku ni dah jadi mangsa jammed je. stuck 10 20 minit aku chill lagi..ni kalau dah sampai berejam..haiiii cari nahas kan?

tak tahu lah aku yang salah masa keluar rumah masa peak hour ke acano tah..tapi yang malam malam kau pegi duduk atas jalan pukul 7 silap besar ah..memang orang balik kerja jalan kaki kan cerita dia. hok aloh

tapi yang menjadi kemusykilan dinda kala ni, ada sekali aku keluar pukul 3 petang.. okay ni nak salahkan siapa pukul 3 dah jammed? c'mon ah..pepanas kot.. semua sibuk nak berjemaah atas jalan dah kenapa? baik lah duduk rumah lek lok layan sinetron petang ke..haihhh

kalau aku..hmmm sorry lah.. aku dah tak minat sinetron. sakit jiwa kalau nak tunggu dia punya cerita habis ! dah mati boleh hidup balik...pastu mesti ada scene penjara...zoom in zoom out..  puhahahhah kbye

so masa kereta tengah stop, selain karaoke apelagi lah yang boleh aku buat kan? kongkeng kongkeng...vain jelah. bajet bajet cantik je kan. hidung kombang gigi kokak. pui

syok sendiri. tapi malu sebenarnya orang kiri kanan tengok tapi ada aku kisah..mesti dorang semua dah berdosa kan kutuk aku. haha. takpe aku maapkan. he he. aku kalau dah bosan lekat lah dia dengan handphone tu..

tu nasib baik aku tak record masuk keek.. well say hello to keek (!) lol

motip entry ni mi? motip!!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, May 11, 2013

اَللّهُ اَكْبَرُ...اَلْحَمْدُلِلّهِ !!

Assalamualaikum wbt

syukur alhamdulillah .

note :
ceq tahu lah hampa semua memang takkan baca apa
yang ceq karang sat ni.
 tapi biaq pi lah ceq redha
 ;')


* * *

maka seperti yang semua tahu, dan dan terus jadi trending pun dekat twitter mengalahkan isu kelana jaya, SAF, azmin ali whatsoever beberapa hari lepas tak lain tak bukan pasal result student UiTM dihatiku ni lah..bravo bravo! glamour tetiba kan uitm! nasib  lendu tak trending dah... kalau tak naya nak kena balik u awal kena meeting semua...coiiii tau

nak dijadikan cerita dua hari sebelum result keluar aku dah mimpi aku dapat result okay. haaa. mampu kau! siap aku dapat result aku berupa surat.. gila oldschool kan? lol

dalam surat tu benda pertama aku tengok pointer aku..3 pointer je? lepas tu aku nampak ada subjek yang aku dapat 'd' tapi yang menjadi pelik dalam surat tu kata aku dean list. k pengsan jap. nampak tak betapa mimpi ni mainan tidur..sekejap kata 3 pointer je lepas tu kata dl. fenin tauu.. lepas gelabah terus wechat era *classmate aku nak cerita semua.. puaka betul mimpi tu terus buat aku macam pasrah jelah..tak ada hati pun nak check result masa 9hb tu

lagilah dengan isu malaysia yang macam tak berapa nak aman sangat minggu ni, maka tahap ke-nervous-an terhadap result ni tak adalah tinggi sangat. aku lagi nervous pasal negara punya masalah dari result. hu hu

ada sekali aku menangis tengok orang melayu bergaduh sesama sendiri! gila tak emosi aku ni terhadap bangsa aku? jangan gelak eh tak lawak pun ni. hal serius tau! k lupakan jap

masa 8hb malam tu aku tidur awal betul, well selalu tidur 3 4 pagi habiskan masa stalk orang sana sini tapi malam tu aku tidur pukul 12 lebih. hebat kan? ha ha.

esok pagi tu macam wat lek wat kul lagi macam takde benda berlaku..siap petang ni aku sempat pergi zoo johor dengan yaya. ha ha (!)

motif gila kan tak peduli result? eheh tak pun sebenarnya aku nak suruh abah yang check. sebab macam kot lah ada jampi doa yang dibaca abah tu bawa berkat ke bawa magic dekat result aku tu. he he

masa tu aku tengah dinner, haa mampu kau tengah makan pergi check result? puhahahhaha

akibatnya, naaahh kau tersedak terus time abah cakap

"mimi..teruk ni result ni?! kenapa macam ni? - abah buat muka acah acah serius

aku dah tersedak tak senang duduk terus rampas amik ipad kat abah. haaa. nampak macam derhaka sikit kat sini.. hahahhaha.. cuak kot?

tetengok je...

alhamdulillah | edited version 


speechless!! terus sambung makan macam takde apa yang berlaku. haaaa boleh?

kalau aku kata result sem 3 tu result yang keajaiban dunia yang ke tujuh puluh tujuh..ni aku cakap ko dah keajaiban dunia yang ke enampuluhenam kau tau! unpredictable. yet alhamdulillah :)

betul lah orang kata kalau hidup ni mesti ada up and down dia.. result sem 3 aku diuji macam tu dan alhamdulillah result sem 4 terus dapat 4 rata walaupun cgpa aku rendah sebenarnya tapi still dapat cover lagi.

cabaran yang aku dapat sepanjang sem 4 ni, hanya Allah SWT sahaja yang tahu..mana dengan desakan emosi yang sangat kritikal, meeting yang tidak berkesudahan, dengan dapat denggi bebetul masa nak dekat study week.

"                      alhamdulillah Allah SWT tu Maha Adil, Dia bagi kita susah dulu, uji sikit je.. lepastu insha Allah , Dia bagi kita gembira kemudian hari.. ingatlah setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmah-Nya..jangan lupa percaya sahaja pada diri sendiri, dan penting untuk kita letakkan kepercayaan kita kepada Allah SWT..usaha tawakal doa istiqamah dalam apa yang kita buat..tu jangan lupa :')

*tazkirah pendek

terima kasih dekat semua lecturers yang sangat banyak membantu, faham dengan situasi aku. lagi lagi subjek forecasting tu, miss DJ yang sabar je layan kerenah aku yang asyik tak masuk class sebab ada hal hal yang tak dapat dielakkan.. lepastu mdm aku yang sangat cantik, sanggup buat balik private test 2 algebra aku sebab aku tak datang sebab demam.

haa aku ada text PM raizah dengan mdm. emmy masa tu, aku cakap lah yang terima kasih semua..sebab subjek yang mereka ajar tu sumpah aku rasa macam...bebetul tak sangka boleh lulus tu satu..dapat A tu.. subhanallah..luar dalam imaginasi aku tauu

antara conversations aku dengan mereka

me :salam. terima kasih mdm..tanda kertas saya..bla bla bla
PM : ai....dah tau result ke? Ok, continue working hard
....

(comel kan PM aku ni? boleh pulak tanya balik dah dapat result ke belum.. hahaha. sayang PM tauuu. hiks )

me :salam. terima kasih mdm..tanda kertas saya..bla bla bla
mdm emmy : w'salam....No worries... KFC ngan cool blog je ;)
me :settle lah mdm..haha..coolblog tu nak perisa apa? hehe
mdm emmy: eh..bukan ada perkataan sblm coolblog tu ke? cool blog dengan.... hehehe
me:haha..alamak mdm perasan rupanya..
mdm emmy : ish bab makan ni xkan x perasan ;)
....

*seee!! lawak kan mdm aku? hahhaha. sayang madam.. emmuaaahh ;')

lepastu dekat classmates yang banyak tolong aku..ajar aku..terutamanya shee banyak ajar kita..dekat roomates, wani anis zani emmy nana yang jaga aku masa aku demam denggi yang panas saaaaaaaangat tu.. yang calm down aku masa aku sedih.. korang terhebat sekali (!) sayang korang semuaaaa (!!!!!)

tahniah semuaa ! bagi yang sedang bersedih, jangan bersedih..Allah SWT tengah menguji kamu..sebab macam apa yang aku cakap tadi..semua ni hikmah Allah SWT. percaya dengan rezeki Allah SWT. insha ALLAH

dan TERUTAMANYA special thank you so much dekat abah mama ! yang doa tak putus putus dekat mimi dan adik beradik semua. sayang abah! sayang mama!

pastinya lepas ni..semester 5..lebih mencabar jiwa raga dan iman..final semester untuk kita semua, pelajar jurusan diploma sains aktuari, cs112 ! semoga Allah SWT memberkati kita semua... insha Allah :')

never give up

Assalam,


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, May 6, 2013

hati jangan sedih boleh?

Assalamualaikum wbt

hati sedih. tak siapa yang tahu. betul lah orang kata, tajam kata kata tu ibarat pedang kan? sebab daripada kata-kata yang ditaburkan tu dah boleh buat orang terluka. memang bila emosi yang bermaharajalela..kita susah nak kawal perasaan kita. sebab tu pentingnya berfikir sebelum bercakap..

kadang-kadang kita tak bermaksud pun nak cakap benda tu..tapi bila emosi yang kuasai diri.. kita terlepas cakap. tapi menyesal pun tak guna lepas tu..mungkin kita boleh mohon maaf dan orang tu akan maafkan kita.. tapi hati dia..luka yang kau buat tu tak mudah nak sembuh macam tu je..bukan senang nak lupa..seribu tahun pun belum tentu dia dapat lupakan apa yang kau dah cakap kat dia. wah kelass kau hiperbola!! he he

tapi hati ni sedih dah lama..dan hati ni dah penat untuk dirawat..mungkin kita tak sedar dalam tawa dalam ceria kita berjenaka tu..kita dah lukakan hati orang..sebab tu juga orang kata gurau boleh, tapi berpada-pada.. dan mungkin juga hati ini sedih sebab terlalu mengharapkan sesuatu yang aku tahu benda tu mustahil..tapi hati tak pernah jemu berharap yang mustahil tu boleh jadi tak mustahil..ego kan aku..tapi tak siapa tahu...sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih baik daripada kita..

maaf andai diri ini pernah melukakan hati semua. hati awak. ye. hati awak tu lah. yang tengah baca ni. maaf ikhlas daripada lubuk hati saya yang paling dalam. 

dan saya juga sudah maafkan awak yang lukakan hati saya ni. ye awaklah tu! yang tengah stalk saya ni.

love, myself :'(

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!