Monday, May 6, 2013

hati jangan sedih boleh?

Assalamualaikum wbt

hati sedih. tak siapa yang tahu. betul lah orang kata, tajam kata kata tu ibarat pedang kan? sebab daripada kata-kata yang ditaburkan tu dah boleh buat orang terluka. memang bila emosi yang bermaharajalela..kita susah nak kawal perasaan kita. sebab tu pentingnya berfikir sebelum bercakap..

kadang-kadang kita tak bermaksud pun nak cakap benda tu..tapi bila emosi yang kuasai diri.. kita terlepas cakap. tapi menyesal pun tak guna lepas tu..mungkin kita boleh mohon maaf dan orang tu akan maafkan kita.. tapi hati dia..luka yang kau buat tu tak mudah nak sembuh macam tu je..bukan senang nak lupa..seribu tahun pun belum tentu dia dapat lupakan apa yang kau dah cakap kat dia. wah kelass kau hiperbola!! he he

tapi hati ni sedih dah lama..dan hati ni dah penat untuk dirawat..mungkin kita tak sedar dalam tawa dalam ceria kita berjenaka tu..kita dah lukakan hati orang..sebab tu juga orang kata gurau boleh, tapi berpada-pada.. dan mungkin juga hati ini sedih sebab terlalu mengharapkan sesuatu yang aku tahu benda tu mustahil..tapi hati tak pernah jemu berharap yang mustahil tu boleh jadi tak mustahil..ego kan aku..tapi tak siapa tahu...sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih baik daripada kita..

maaf andai diri ini pernah melukakan hati semua. hati awak. ye. hati awak tu lah. yang tengah baca ni. maaf ikhlas daripada lubuk hati saya yang paling dalam. 

dan saya juga sudah maafkan awak yang lukakan hati saya ni. ye awaklah tu! yang tengah stalk saya ni.

love, myself :'(

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!