makin aku takut nak hadap dunia ni. kadang-kadang aku rasa jadi budak kecik lagi seronok. tak payah fikir benda yang serabut. tak payah nak fikir apa yang orang buat. kita umpama hidup dalam dunia kita sendiri. sebab bila kita terpaksa fahami apa yang mereka ni perjuangkan, kau akan rasa macam..arghhhhh..kenapa mereka lupa sejarah kita. asal usul kita..
kan ada sebab kenapa kita belajar matapelajaran 'sejarah' waktu sekolah dulu dulu. atau mungkin jarak daripada 17tahun ke puluhan itu terlalu jauh sehingga ada yang terlupa?
macam kenapa...kau nak perjuangkan benda yang kau tahu benda tu boleh ulang balik sejarah..tapi nak buat macam mana..sejarah pasti akan berulang..kita cuma boleh berdoa..setiap orang punya pandangan berbeza..dan siapalah aku ni nak halang mereka ni. aku pun baru nak hadap sikit sikit apa yang tengah berlaku ni..egokah aku? bodohkah aku?
kadang-kadang tak semua benda yang diperkatakan itu benar, tak semua benda yang ditunjukkan itu benar, tak semua benda yang kita baca itu benar, jadi kita pun tak bolehlah nak percaya semua sekali 100 peratus.
tapi kita ni terlalu ingin , terlalu taksub dalam usaha mahu mencontohi orang luar, mudah terpengaruh, mungkin kita memang sudah dibentuk sebatiannya sebegini rupa. yang baik semua nampak kat orang luar, yang jahat semua nampak kat orang kita sendiri..hmmmm..
apa sudah jadi?
maaf andai ada yang terasa. saya menulis secara umum. sekadar apa yang terlintas dibuah fikiran saya.
peace no war :')
No comments:
Post a Comment