Saturday, April 20, 2013

luaskan kuasamu :')

Assalamualaikum wbt

so yes! alhamdulillah hajat nak pergi tengok johor DT dekat stadium larkin tercapai. anak jati johor kena pergi jugak tengok walau sekali pun jadilah. sebab kau akan rasa sangat semangat bila dalam stadium.. aura dia gila gila punya kuat aura ni kau takkan dapat kalau sekadar tengok dalam tv ke laptop ke live streaming ke kat mamak ke bla bla bla

muka sikit lagi boleh bagi penampo (!)
tetiba gua rasa tahap kecintaan gua dengan johor semakin menebal lepas keluar dari stadium tadi. hwuaaaaa. sayangi johor, yakini TMJ. *zapppp zappp (!)

so game semalam jdt lawan pahang. okay. aku memang tak pernah nak sokong mana mana team dalam liga malaysia ni pun. bukan aku kisah. dan memang tak akan abil peduli. tapi terus berubah lepas jdt ni masuk. huaahahahaha. adakah ini dinamakan racist? tapi sebelum sebelum ni pun mana pernah aku tengok jdt punya game sampai habis. selalu tengok update dekat twitter je. ops! maafkan dinda, muslim ahmad. cetttt



so perjalanan nak pergi stadium ni bukanlah susah, senang je. masalahnya jam dia yang boleh buat kau pengsan nak tunggu. so untuk elak jam silalah keluar awal dari rumah. aku pun gerak dalam pukul 6 sebab aku dekat je ngan stadium.

pasal parking memang tak boleh bla, mana mana je semua nak minta bayar, tiga hinggit lima hinggit..so my advice baik ko parking jauh sikit je dari stadium pastu jalan. bukan apa, senang bila nak balik tak payah nak kena tunggu jam lagi sekali.. zzz tido tido..


disebabkan kami park kereta belakang stadium, so perjalanan dia pun kena lah ikut belakang.. yang ni lawak okay sebab

1)parking dalam masjid rm3 terbang tapi tak apalah niat derma masjid tapi masa nak keluar bila nak balik tak dapat keluar dengan cepat sebab rupa-rupanya kereta macam sardin orang tu sumbat kereta so kena tunggu orang yang park depan pintu gate masjid jalan dulu baru yang park belakang belakang dalam masjid dapat kuar *cis

2)bila ikut shortcut laluan belakang tu, aku dah rasa macam masuk kem. kau tahu kenapa? sebab kau kena cross longkang bapak gila punya besar. wehhh dah lah turun bukit curam pulak tu dengan bersesak-sesak orang lagi. tu dekat gambar aku ada tunjuk

3)masa nak masuk stadium, semua berebut sebab sekali ramai orang nak masuk dalam satu masa. so abang yang jaga tiket tu macam nak pengsan dah sebab kena tahan orang sambil kutip tiket. yang lawak dia.. end up aku tak bagi pun tiket aku sebab abg tu tengok ada tiket terus kasi masuk sambil buat muka macam berserah dan redha. *mungkin itu juga penyebab kenapa fans jdt ramai gila tadi. coii

masuk je stadium dapat lah tempat duduk yang aku kira okay jugak sebab memang boleh nampak player. walaupun bukan dekat grandstand okay. fuhh jimat rm10. lagi satu yang meriahnya sebab ada penyokong jdt, boss nama dia.. sangatlah meriah dok bersorak menyanyi darilah awal aku sampai dalm pukul 6 lebih sampai lah dah tutup lampu stadium larkin tu. hebat betul stamina korang

bila semua laung johor, johor, johor!! pehhhhhhhhhhh seriau darah johor aku berlawan dengan darah kedah dalam badan ni. pehh nasib darah jawa aku pandai dok diam.

aku suka bila semua orang nyanyi lagu bangsa johor.. kuat sangatttttt! bergema habis seram sejuk.. lepas tu depa baling resit reramaiii. wehhh tiz iz wat i call awesome to the power of infinity :)

bila game mula je, sebenarnya aku tak perasan pun game dah mula.. kakakkaka

dan bila jdt dapat gol pertama lepas betul betul naik dari secondhalf, tengok live betol betol camna bola tu terbang zuuuuuuummm bolos dari keeper pahang.. i just amaze by myself :)

tapi banyak juga chance jdt tadi tapi sayang sebab depa macam takut takut nak shoot bola, mesti nak bagi si matyo tak pun safee baru nak goal kan.. zzzz

tapi lantak pi lah aku bukan fandi ahmad pun nak suruh depa wat pa..wat lahh hehehhe janji menang yall!

tudiaa jam masa balik rumah tak bergerak zzzzz


FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!