Thursday, April 18, 2013

meetballs abang bakar kakkaka

Assalamualaikum wbt

disaat semua famous blogger buat entry pasal meetball abang burn, aku dengan jaya jusconya mencemar guli pergi ke kedai abang bakar tang tang tu juga! woi mana dapat tahan nafsu makan yang bergelojak dalam diri. buka blog FL, cikE, fatin su, irine semualah nak menceritakan tentang kelazatan dan keharuman dan kemewahan rasa meetball abang burn ni. apa sedap sangat ke?

gigih lah aku mencari mana kedai burger bakar abang burn ni dekat jb, rupanya dekat jo dengan umah atok den ni haa. gigih aku google map, sampai get direction bagai dari rumah nak pergi kedai tu. siap sketch dalam otak lagi...huahaha

perancangan teliti dibuat, member member semua diajak. semua on? okay cunn.. malam tu jugak terus gerak naik kupu kupu merah aku meluncur keliburan jalanan.

nak sesat ke tak sesat ke tapi paling best kedai abang burn dekat jb ni dekat bpoint station bebetol dekat shell jalan yahya aldatar katanya. kalau nak tahu main point dia stadium hoki lah..kau susur je stadium hoki tu lepas tu teruss macam nak pergi singapore/woodland tu haa gamaknya dah betul lah tu jalan kau. tapi jangan terus. kang terus memang masuk singapore terus, bila kau terus dan stadium hoki belah kiri kau, seberang jalan belah kanan kau akan nampak bpoint/shell ni, kau kena uturn dan maka dah betul lah jalan kau. dokek situ lah dia jajahan burger bakar abang burn dekat jb ni ;')

sesampai je aku macam yakin tak yakin je nak masuk sebab macam betul tak betul je kedai dia, hahaha.. tapi setelah ku teliti pekerja dia yang depa blogger tu kata bersihlah kemaslah smart-lah whatsoever dengan pakai key merah dikepala.. haaaa baru la rasa betul.

nasib baik masa aku pergi ni JDT tengah lawan, maka tak adalah ramai sangat orang dekat sini sebab semua dok pakat tengok bola kat mamak. sesampai je terus cop meja, lepastu pergi counter dah gigih beratur dengan harapan yang satu dan jitu nak makan 10  bijik meetballs abang burn yang meleleh tu. sat lagi bro ni boleh kata dah habis?

apa lagi aku pun buatlah taktik.. keluaq abih loghat kedah cek.. seb baik memang mulut cek ni ada darah utara. so cek habaq abih cakap mai jauh nun nak makan meetballs punya pasai. siap duk peluk tiang tratang tang depan orang ramai. peduli paa lahai asai dapat pekena meetballs abang burn ni

tapi

pun tak berjaya. maka aku hanya order burger bakar jelah. pon boleh. apa pa pun puas hati lah jugak sebab service dia memang tip top! bagus! ini yang kita mahukan, makanan sampai awal. he he

dan dan masa bro ni hantar burger, dia kata meetballs dah ada.. terus aku menjerit peduli weh. sungguh aku rasa kenapa aku begitu pada malam iitu. nasiblah bukan ada sesiapa kenal aku pun.
lepastu bro yang lagi sorang ni boleh kata memang dah habis! habis? aku dah naik pelik dah. sekejap ada sekejap takde

sat tu ada orang cakap dorang tengah buat balik untuk kitorang! cuma lambat sikit lah cerita dia..hwarghhhhhhhhh but i dont care! aku tunggu jugak.. hahaha

ni buat sayang ni.. lepastu sos meetballs tu kemain depa bagi banyak, yelah sebab nak cover dapat lambat. tapi lagi aku suka! hauuauhahahha

lagi satu aku suka betul pekerja dia, sangat friendly kot. sempat lah borak semua. lepas tu baru aku tahu kau nak jadi anak buah abang burn kena training dulu dekat ampang baru boleh masuk jajahan dia.. maksudnya siapa yang berangan nak kerja sini kau kenalah jalani ujian saringan dulu. cehh

dipersembahkan... kesukaan hati tuan hamba masa kini



maka kesimpulannya, aku sangat berpuas hati(!) hoyeh hoyeh(!)
alhamdulillah

"sayangi burger bakar, yakini abang burn *ehhh



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

2 comments:

Unknown said...

buger bakar tu kat area mane eh?

mimi said...

dekat b point. cari google direction je senang:)

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!