Monday, December 10, 2012

kebosanan menyinggah

Assalamualaikum wbt

pagi ni excited kemain bersiap, dah siap siap mandi kelam kabut nak pergi kelas, dah sampai dekat fakulti baru teringat aku tak bawa kad matrik. hahhaha! mampus lah kalau kena tangkap dengan polis bantuan dah lah sekarang  ni tengah kempen sahsiah rupa diri, kalau kena saman mahu limapulohhingget terbang melayang!

bukan je dengan polis boleh kena saman, dengan lecturer pun boleh. so nak mengelakkan diri daripada kena saman aku pun text madam aku, cakap tak bawa kad matrik. nampak tak betapa jujur nya aku kat sini? haha! pui pui. padahal takut nanti kena saman. duit takda nak bayar saman!

dah tu terus je lah bawa kaki ke kelas nun di tingkat 3, pap pap nampak abang izzuddin. haha! siapakah abang din? ala yang comel tu. yang kita rajin nak stalk dia dulu dulu tu tapi dia tak layan pun kita. kakakkaka. siapalah saya ni. *ceh

lepas tu disebabkan kad matrik aku hilang, aku tinjau lah jugak bilik server untuk buat baru kad matrik tu tapi tutup pulak dah! haihh selamat duit aku. haha

sesampai kelas duduk borak ketawa ketawa tambah gossip sikit tetiba dah pukul 8.40 pagi. dah pelik bin ajaib apa pasal madam tak masuk lagi. sebab selalunya memang on time mula class. aku call pun kena reject. ni memang aku ingat dia tengah ontheway rupa-rupanya bebetul pukul 9 tu dia text cakap kelas takde sebab ada hal.

haaaaa. kalau tahu ioldz sambung je tido. mengantok tahu. tapi ni dah mandi semua memang dah tak ngantok lagi lah.. kalau tadi bangun jalan pun teraba-raba dinding nak pergi tandas cari paip air. haha. dah macam buta dah. ni semua sebab tengok movie malam tadi dengan roomate lepas tu tido lambat satu, tak boleh tido pun satu. menangis*

next class petang kang pukul 4.30 petang. seronok kan? haha
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!