Sunday, December 23, 2012

Menangislah semahunya

Assalamualaikum wbt

dugaan tu kalau nak datang bukan kita dapat jangka. bila dia nak datang, bila Allah swt nak uji kita, itu semua atas kehendakNya. siapa kita nak melawan takdir. tapi kita kena ingat Dia tak akan duga kita kalau kita tak mampu nak tanggung. sebab walau seberat mana pun dugaan yang kita terima, kita kena tahu mesti ada lagi orang yang dapat dugaan yang lagi hebat daripada kita

selama 4 semester aku sebagai pelajar di universiti, buat pertama kalinya aku rasa down yang teramat sangat, aku tak jangka langsung yang dugaan kali ni sangat hebat, sebab aku cuba sedaya aku untuk bersabar tapi siapalah aku, aku pun manusia, yang baru mula berjinak untuk mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah aku rasa dan baru cuba untuk belajar

aku bukan robot, bukan anak patung yang tak ada perasaan. aku cuba bersabar selama mungkin, sungguh! kalau boleh aku memang tak nak bercerita dekat sesiapa biarlah aku je yang simpan masalah aku, tapi

bila dia mula melibatkan orang yang dibawah tanggungjawab aku, aku tak suka. sebab aku, dia kata kami tak berkebolehan, kami ni teruk. aku rasa semua tu salah aku, aku sebagai ketua, salah sebab tak dapat nak backup diorang.

bila orang yang aku mula hormat, mula rasa dia sebagai tempat yang boleh aku kongsikan masalah dan dapatkan semangat yang memporak perandakan semuanya, aku rasa sedih. sedih sebab apa yang aku jangkakan tu salah sama sekali.

hati aku sakit. siapa yang tahu? tak siapa yang lebih tahu selain Dia. mungkin orang akan pandang aku lemah, sebab tak mampu nak handle masalah yang sikit tu, tapi aku pun punya kekurangan. bukan aku ni superwoman pun.

aku menangis. ye tak pernah aku menangis sampai macam tu. menangis bukan bermaksud lemah, tapi aku tak boleh tahan sebak dekat dada, rasa bila orang khianati kepercayaan kita. mungkin yang pernah rasa ditikam dari belakang depan atas bawah akan tahu macam mana rasa disakiti tu.

aku boleh tanggung kalau ia berkenaan dengan kerja, tapi bila orang yang tak disangka yang akan sakitkan hati kita. sumpah aku rasa sakit. sakit sangat sampai aku tak mampu dah nak tahan rasa sedih tu.

aku cuba nak berhenti dari menangis, tapi tak tahulah kenapa, susah sangat rasanya. aku rasa roomates aku pun semua mesti terkejut dengan aku. aku malu tapi nak buat macam mana, bukan aku paksa airmata tu keluar. aku tak nak menangis tapi dia keluar juga. waktu tu tuhan je tahu perit sangat otak aku fikirkan masalah ni, macam-macam andaian yang keluar dari otak aku.

sampai sekarang pun aku masih fikirkan ke-rasional-an decision yang akan aku buat tu. semoga Allah SWT memberkati apa jua langkahku selepas ni. amin ya rab
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!