Tuesday, February 21, 2012

GERAK SERI lagi

Assalamualikum wbt

lama tak update blog.. rindu lah konon nyah! memang tak sempat dan tak ada masa pun nak rindu dekat blog haremmm ni! sibuk jah aku ni! buku kemana test kemana quiz kemana. tetiba je ter-join event citrawarna2 uitm aku ni! alahai tak cukup sekali, nak dua kali masuk cheers untuk semester ni..semangat khennn! HAK HAK

then, kalau cheers haritu anjuran kolej zon c.. kali ni MPP punya event. memang ter-wajib lah kena masuk salah satu event depa.. kalau tak memang jadi NR lah gua next semester! mintak sempang!!

event kalau sehari tak apa, ni seminggu! cehh. kecoh je aku. padahal masuk satu ni je pun.. heh heh. tak fikir lah turun practice tu berapa hari pulak. em em em..  tapi berbaloi pun.. heeee :)

so pertandingan gerak seri kali ni diadakan jumaat malam lepas, kemain lama baru nak meng-hupdate. teruk bebeno! and malam!! yes yes! aku suka buat cheers malam malam sebab orang takkan notice kita sebab gelap! paling best..sound system padang kawad yang sangat kuat dan menyebabkan kitorang lagi semangat nak menari bercanda dan sebagainya..tak macam masa dekat zon c. speaker kat atas bukit, cheers dekat bawah! tak patut betul, hampeh kederehhh!

kalau dulu semua kena pakai baju pinky pinky bebehh, kali ni semua bertemakan hitam and kain batik disilang kat badan ala ala pendekat mastor dek karena nak ikut tema lah kunun.. citrawarna ni macam event yang very the kemalay-an. so.. nak tak nak tak boleh lah nak cheer terkinja-kinja macam zon c haritu. kali ni kitorang punya rutin semua berasakan gerak melayu. ada zapin silat dan poco-poco!

aktiviti untuk hilangkan gundah gulana di hati beta! huhah!

lagu pun kemain.. nak yang letup letup je. kalau tak lagu thailand bukan kolej aku namanya. so ada lagu oh oh jeng! kau tahu tak lagu apa tu? okay google lah nanti ya. lepas tu lagu love on top yang step dia sebenarnya step zapin, credit to kak karina and ell yang terfikir idea tu. huhaha. lastly lagu asmaradana! sumpah banyak kolej buat lagu ni, but so  far! kolej aku punya rutin paling cantekk! kau hado? HAHA. masuk masuk center stage pun lagu mentara semerah padi! hah pendekar tak pendekar wa cakap lu :)


hey you! hey what! you = L (loser)
alkisahnya.. semua roomates aku masuk cheer kali ni! semata-mata takut tak dapat kolej next sem. best kan dapat roomate yang sehati sejantung nak join event sama-sama. tak adalah rasa unfair macam dia belajar and aku praktis! memang rasa nak lempang lapan juta kali je nanti! hah

 sebelum nak masuk center stage semua macam mengagau ketakutan! nebes tahap cipanzee cari anak! kau faham tak macam mana rasa dia tu? hem.. susah nak explain.. tapi once dah masuk line and dengar lagu terus tak tahu nebes dah.. semua enjoy! aku rasa aku paling banyak salah steps! but ada aku kisah? HAHA.
pendekar tak? tak? cis!
 dan ganjaran yang kitorang semua dapat.. jeng jeng jeng! lagi sekali kolej gua dapat 2nd place untuk cheer! 2 kali berturut untuk semester ni, dan lagi sekali kalahkan kolej Teja. HAHA! gembiralah acik kau ni! and sebenarnya kolej kitorang tak jangka pun menang kali ni sebab ada lagi kolej lain yang buat lagi best dari kitorang! tapi nak buat macam mana.. rezeki.. alhamdulillah. dapatlah hamper lagi! makanan yang sama! heh! sama supplier lah tu. hik hok hik..

aku dan trofi!
saya menang ABP :)


k lah mimi FULLSTOP.
note : pening nak fikir, baju apa nak pakai esok ni. ada anugerah dekan. huhuh
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!