Saturday, September 8, 2012

le Vintage Dinner

Assalamualaikum wbt

Malam semalam bertempat di Bayview Hotel, Malacca , fakulti aku dengan gah dan semangatnya membuat dinner bertemakan vintage. haa. mega tak mega aku cakap kau. tiba tiba daripada yang nerd nerd tu terus berubah jadi retiss. memasing tak nak kalah tau. nak pakai baju yang letiupz je uoldz. haha. baju aku pula ditaja oleh kak apple retiss yang sangat hot dan gojes! thank you bagi pinjam. keh keh! tak lupa jugak bagi pengangkutan, thanks era sebab sanggup angkut kita sama pergi dinner. hehek


memandangkan event ni start pukul 8.30 malam.. maka aku tak nak lah pergi awal-awal. baik pergi lepas maghrib. lebih afdal dan tawadduk! kah kah. disebabkan malam semalam ni malam minggu, kereta tetiba je banyak. haa semua pakat nak berjoli lettew. haipp.
itu dia kumpulan badak kuning sedang beraksi. me myself and i. 




sesampai je hotel, terus rasa malu. kau ada orang sambut kau masuk hall guna red carpet? tak mampu lah kan kalau bukan retiss, jangan mimpi nak dapat red carpet. silap silap bagi tikar mengkuang je. hik hok. memasuk hall terus blur, sebab dah ramai saaangat orang datang. tercari-cari classmates yang lain. naah! ambik kau. meja paling depan dorang reserve. elok saaangat bagi aku yang rabun jauh ni

tak sempat duduk dah diberitahu oleh mantan ydp kelab aku suruh jadi mc untuk sesi penyerahan portfolio mt baru. haaaa. sempat blur sekejap. lepas tu baru tanya apa nak kene buat semuaa. gila spontan! haish. lepas ni rasanya boleh masuk rancangan super spontan lah kan kan? ada sesiapa nak vote kumpulan badak kuning? hik hok


tahniah mok as new YDP! #hidupMOK
 tak sempat turun daripada atas stage, terus fendi as mc dinner ni panggil wakil kelab buat persembahan. dengan air tak sempat teguk, gua gigihkan diri panjat stage balik semula beserta wireless microphone. nyanyi lah sedua tiga lagu. hua hua. nasib korang lah dapat dengar free show sumbang mambang. KAH KAH. nasib ada PJ main gitar. dapat cover suara badak kuning itu. hiokkkk.. tak lupa jugak dekat seniors juniors soon-to-be actuary yang saaaaaaaaaaaaaaaaaangat sporting. bila disuruh sesama naik pentas.. semua naik.. weeee


yeay us! having fun tho ada je yang buat buat tak nampak kami kat atas pentas! kah kah

w beautiful ladies :)
akhirnya lepas semua benda settle, aku memulakan langkah mencampur adukkan lauk lauk yang terhidang elok atas meja ke dalam pinggan aku. satu satu aku amik supaya wang rm45 yang dibayar dirasakan berbaloi untuk dinner ni. haha! doa dibaca dan.. tetiba pinggan aku dah licin. burp! alhamdulillah :)

meet le juniors. haha :)
hadiah untuk persembahan gua pada malam itu berupa......

jeng jeng jeng ~
cer teka apa?
3 helai a4 ! haaaa. dalam sejarah ni dapat hadiah ni! weee

walau apa pun kami tetap bersyukur . alhamdulillah ! hihi
habis je dinner terus pergi main tangkap-tangkap gambar dengan semua. haa. meh aku bagi definisi tangkap gambar. tangkap tu merujuk kepada orang yang menjadi sasaran kita untuk bergambar. kita tangkap orang itu. dan bila kamera di click click. maka terhasillah gambar. gambar yang diambil pula semestinya mempunyai nilai estitikanya yang tersendiri. yeay me! bm teruk! apatah lagi english! haha


le classmates :

le girls w our ex-lecturer, sir naim :)


punyalah berat rambut kau rahimi oiii. HAHA

w era and pak eh :)

ekin | wardah | pj | kalong | miminators | paan
|| rahimi ( le photographer )

habis je dinner terus pergi berjimbara bara bara bam vam w fellow classmates, malam masih muda moh berjimbara jap.



yeay us | kimora lee cement and yumoks
meet syawal and fazirul yang ting tong! HAHA




k lah mimi FULLSTOP
jejarHOT berkata " final exam tiga minggu je lagi jemah hoi !!!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!