Monday, January 28, 2013

Selamat Hari Lahir Yang ke 20 :)

Assalamualaikum wbt :)

sedar tak sedar. im 20! Ya Allah. cepat sungguh masa berlalu. 

rasa macam baru semalam aku adik beradik main masak masak dekat longkang rumah, main bakar-bakar daun, main basikal, rasam macam baru semalam aku adik beradik tunggu abah balik dari kerja bawa ais krim, rasa macam baru semalam aku salam arwah ibu sampai ketiak, aku ingat lagi masa tu nak pergi sekolah, last aku salam ibu dalam kereta masa nak pergi sekolah pagi pagi tu, rasa macam baru semalam aku ambil upsr, rasa macam baru semalam aku dekat kantin sekolah nak daftar sekolah menengah. takut sangat masa tu tapi nasib baik ada orang yang aku kenal, rasa macam baru minggu lepas aku kenal weng-weng crew, rasa macam baru minggu lepas aku jawab pmr, rasa macam baru semalam aku tahu result pmr aku, lepas tu ingat lagi macam mana aku jadi ketua sidang redaksi sekolah, kena susun budak nak ambil gambar kelas, ingat lagi macam baru semalam aku pergi makan dekat johnny' dengan mama dengan abah and khalil je masa tu, macam baru je semalam pergi dekat AZ nak fitting baju untuk wedding abah and mama, rasa macam baru semalam aku tengok alya. kecik lagi sekarang dah pandai panggil nama aku, panggil mimi.. dah ada adik pun lagi, rasa macam baru je minggu lepas aku attend wedding bestfriend aku.. jadi photographer tak bertauliah dorang,  rasa macam baru semalam aku masuk uitm ni, masa orentasi dengan pakai sport shoes dengan baju kurung. sekarang dah jadi ydp kolej sendiri dah pun. masyaAllah. rezeki :)


Ya Allah, alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah

nikmat Allah SWT. aku sedar semua ni sementara, jadi aku mahu cuba dan terus mencuba untuk menggunakan nikmat yang Dia pinjamkan ni dengan sebaik mungkin. untuk menjadi syabab islam yang dapat membanggakan  keluarga, agama , negara ku. insya ALLAH

saya baru 2 tahun jek ;)
haaa tudiaaa. dah cukup matang tak penulisan aku? haha. 

masih mencuba untuk menjadi khalifahNya yang lebih baik dari semalam. insyaAllah. semoga kita semua terus berada di bawah lindungan nikmatNya, nikmat islam, nikmat kesihatan tubuh badan, mudah-mudahan :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, January 22, 2013

BUSY BUSY BUSY

Assalmualaikum wbt

lama tak update sebab sangatlah sibuk sekarang ni dengan event event kolej dan kolej lain. tu tak termasuk dengan kontrabesiii uitm aku ni. busok betul sesiapa yang buat rumors tu. nak aja aku lada mulut tu. memandai je bukak cerita tak betul dah gelabah satu u ni. haihhh.

tu termasuk dengan kes kolej sendiri yang banyak pulak rosak dua tiga menjak ni. memacam lah pulak yang jadi. itu rosak lah, ini sumbat lah, sampah tak berangkat lah. naik jemu akak-akak unit kolej tu pandang muka aku. asal datang je bawak bencana. hahahah. nasib lah kannnn. janji kolej aku aman. insya ALLAH

ditambah pulak kerjaya aku sebagai student ni, walaupun assignment tak banyak dek gunung mat cincang tapi sadis sikit sebab aku selalu mengantuk dalam kelas dan tertidur. makanya aku tak akan faham apa yang diajar dan kena study balik. haihhh. masalah betul!

tapi tak apalah redha jelah. ni semua cabaran dan ranjau kalau nak berjaya kan tak boleh mengeluh. kan kan kan? maka mimi, awak kena kuat! jyeahhhhh

ok bye aku nak mandi pukul 11 ni ada meeting. haaaa nampak tak busy ni. tapi sebab i tahu ada yang rindu nak baca entry i, tu i gigih juga update. hihi *perasan much!

mimiSJ

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, January 6, 2013

errr? apa dia?

hi semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)
ramai orang ada penyakit ni. penyakit lampi shortform untuk lambat pickup.. haha. atau dalam bahasa omputehnya disebut blur! mesti korang semua penuh juga kan mengalami hari hari dimana sesedap hati dan hempuda je member kau jerit

"eh kau ni lampi dohhhhh......
"blur nak mati kau ni hoi!
"lampinesssss~

kenapa perlu blur? haaa ini yang perlu dipersoalkan. adakah sebab kau memang susah nak menangkap atau faham atau dengar input yang dibicarakan ataupunnn kau malas nak layan kawan kawan kau? haaa banyak kan aku bagi persoalan dia tu.

sebab aku sendiri pun tergolong dalam kategori lampi nak mampuh ni. bukan apa cuma kadang kadang aku memang bebetul tak dengar weh apa yang depa cerita. tetiba depa gelak. lepas tu aku tanya nanti depa cakap aku blur. haaa nampak tak permainan dia dekat sini. aku tak lampi weh tapi aku tak dengar. mungkin masa korang bergossip tu aku tengah buat benda lain ke..

tapi ada jugak masa masa yang bukan sebab kita tak faham sebenarnya. tapi lebih kepada malas nak faham. benda yang tak perlu difahami otak baik tak payah didigest minda supaya tenang aman dan damai hendaknya kepala aku ni. wuarghahahahha

ada jugak yang blur gila sebab memang dah dikurnia olehNya sebegitu rupa, makanya tak boleh lah kita nak judge orang sesuka hati wahai seluruh alam~~~~ menyaksikan kerinduannn~~ hihi

oleh itu saya tutup hujah saya dengan

"dont judge a book by its cover y'all !

motipppp miii motippp?

im done. Assalamualaikum see ya next time :)





FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, January 4, 2013

selamat tahun baru semua :))

Assalamualaikum wbt


tahun baru gambar baru! haha! hello semua. lama tak tulis entry happy happy.. asyik asyik pasal sedih sedih je. nyampah pulak aku. haha! 

disebabkan kita dah masuk tahun baru maka azam pun baru, aku berazam nak jadi hati batu sikit. haa mampu kau azam macam ni? bukan apa. sejak duamenjak tigaminjak ni tak habis habis nak meleleh air mata ni. sampai dah kering dah. lepas ni aku nak tanam cita-cita nak jadi hati batu sikit. penatlah nak berlembut dengan orang yang tak sepatutnya.. membazir masa dan usia je. 

oh man! im 20 lah tahun ni. haaahaaaa excited. dah boleh nikah dah. jom siapa nak nikah dengan aku? esok isi borang kita settle dengan parent aku. wuaaahaha *gila

sebenarnya setiap hari pun boleh jadi hari dan tahun baru buat kita..nak lakukan transformasi dekat diri sendiri. tak payah nak tunggu new year 1 haribulan 1 sangat lah baru nak buat azam. azam azam yang lepas tak tercapai lagi dah nak pasang azam lagi. itu namanya azam angan angan...hoho

cuma kalau kita pasang azam baru masa satu haribulan satu tu nampaklah akan jadi macam happening sikit, contoh cakap "azam baru saya, saya nak belajar sampai dapat DL. aminnn" kebabomm kebabommm. haaa nampak tak ada gimik macam perasmian. bising bising sebab ada bunga api. kakakakkaka *tak faham. kbye

therefore, 

HAPPY NEW YEAR EVERYBODY. MAY ALL OF US HAVE A BLISSFUL JOURNEY IN 2013. insya Allah :)

 mimiSJ



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!