Friday, July 26, 2013

nak tajuk apa ni?

Assalamualaikum wbt (!)

alhamdulillah dah lebih setengah bulan pun kita berpuasa! lagi beberapa minggu dah nak raya..so dah siap ke persiapan nak raya ni? dah ada ke baju raya? kasut raya? beg raya? kuih raya? plastik sampah raya? stokin raya? balang raya? teko raya? langsir raya? rumah raya? *banyak nauuuu raya kauuu

haaaa!! yang paling penting dah sediakan sampul duit raya?  ehem! soalan cepumas ni.... dah isi duit raya ke? =D

haa nampak tak kat situ, banyak kan benda nak kena fikir..nak kena buat pilihan..nak beli baru ke nak guna yang sedia ada ke untuk raya ni...

jadi apa motip kau tulis ni mi? motippppppppppppppppp

motip yang aku nak sampaikan kat sini senang je, nak cerita yang dalam hidup kita ni...semua benda memerlukan decision.. tak ada satu benda pun yang kita buat ni tak perlu kan decision.. kita nak pergi makan ke minum ke mandi ke hatta nak pergi ceri beri mahupun shi shi sekalipun nak kena buat keputusan..

jadi sementara diberi akal untuk berfikir, memang patut pun kita fikir elok elok pilihan yang nak dibuat.. tak boleh lah semua benda nak main taram je kan.. benda yang remeh kadang kadang boleh datangkan perkara yang tak dijangka..

kita boleh pilih nak berubah ke tak nak berubah ke.. nak bercinta ke tak nak bercinta ke? ehhh. ehem! hai awak! emm awaklah tu yang tengah baca ni. ahahaha *lambai lambai

so sebesar mana kesan pilihan kita tu? akan mengubah diri kita ni untuk terus lonjak ke depan ke atau tergolek berdepuk ke bawah .. tapi tak kisah lah kan? sebab apa yang kita pilih tu dah pun jadi sebahagian daripada kita..so life must go on..takkan lah sebab pilihan kau tepat dan kau dapat apa yang kau hajatkan kau terus gembira tapi bila kau salah buat keputusan..terus nak downnnnn macam hari esok tu dah tak ada..

pilihan ada ditangan kita..mau ke kanan kah ke kiri kah?
tapi nilah senario yang aku dapat tengok harini..bila kita berjaya..kita terus gembira..tapi bila kita tak dapat apa yang kita nak..haaa mulalah kita nak tweet ke update status bebukan..mencarut sana sini.. benda ni pun actually berlaku kat aku. he he he. lumrah lah kan? tapi.. perlu ke kita nak sesal apa yang dah berlaku?

hmmmm. membazir tenaga je kalau nak diikutkan


jadi berhati hatilah dalam membuat keputusan..sebab setiap decision yang bakal kita buat ni mesti ada risk nya okay..

tapi sebagai pelajar sains aktuari, kami percaya di setiap risiko pasti ada peluangnya' dan hanya kita yang dapat bentuk peluang tu untuk jadi dia berguna untuk kita atau tak...and ofcourse lah kena banyak berdoa dan tawakal..

haaa dan dan kau kann nak kaitkan jugak aktuari kau..well.. aku tengah final year last semester pulak tu..doakan aku habis diploma on time ye? risau jugak ni :'(

dan kenapakah terlampau banyak penggunaan tapi dalam entry kali ni? ini semua salah aboy! haha!

emmm anyway, ada yang nak suruh aku mention nama dia dalam entry ni.. hi aiman? * lambai lambai guna tangan dan kaki..

puas hati dah? haha!

okay selamat berpuasa semua. maaf kalau ada terkasar bahasa. peace no war!
Salam Alaykum :')
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!