Tuesday, July 30, 2013

swing

Assalamualaikum wbt

orang kata kalau ada masalah kena cerita..ada mulut..cakap lah kan..ada jari kita tulis..masalah yang senonim amat bila mood swing secara tiba tiba..diri ini pun tidaklah sehebat mana..sekadar menceritakan pengalaman diri dan suasana.. pengalaman banyak mengajar erti kesabaran.. sungguh.. bukan mudah berurusan dengan hati manusia..

kadang kadang kita tak boleh nak salahkan orang bila mood sendiri yang hilang..kadang kadang kita tak bermaksud pun nak angin tak memasal tapi ni pun tak bermaksud yang kita boleh marah orang sesuka hati..bila orang ber tanya bermaksud orang prihatin orang risau tapi dibalas dengan ... hmmmm cuka lagi manis dari muka kita tu kan.. haihhhhh

cubalah untuk senyum walau sakit dalam hati menikam nikam...tahu susah..tapi tak salah mencuba..senyum tak ikhlas pun tak apa...bukan orang tak faham kita tengah tak ada mood...tapi..sekurang kurangnya terbuang rasa syak yang berselirat dalam diri..sedang ceria tiba tiba bertukar riak.kita yang tiada apa ni pula akan ingat kesalahan punca dari diri..bertanya untuk kepastian..jika enggan jawab, senyum sajalah..bukankah senyum itu satu sedekah?

dalam islam kita diajar selain hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia juga perlu dijaga.. tak guna jika hubungan tip top dengan Maha Pencipta tetapi lopong hubungan sesama manusia..

sekadar renungan bersama.

maaf andai tersalah kata. diri ini pun tidak lah sesempurna mana. peace yawww :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!