Wednesday, December 15, 2010

entry khas : mas

salam semua. salam 1 Malaysia :)

^_^

entry kali ni khas aku tujukan buat kawan aku, eh eh tak. dia ni dah bukan macam kawan aku dah. dia ni dah macam tempat kaunseling pon ye, haha. kadang-kadang aku rasa bersyukur juga kenal dengan dia ni. tapi kadang-kadang pon rasa macam tak jumpa pon takpe lah! haha. gurau weh! :)

ramai orang sangka kami ni masih bersama ape orang cakap couple? tak okay. tak pernah terlintas lagi kat kepala otak aku ni nak bercouple-maple segala buat masa ni. tapi daripada apa yang aku dengar, bukan setakat budak-budak je yang kecoh pasal kami nampaknya bekas cikgu-cikgu aku pun turut menggosipkan aku dengan dia ni. eeehhh! tak baik tau buat gosip-gosip liar ni! haish!

oh siapakah dia ni? dia ialah kawan aku lah. haha. bagitahu betul-betul boleh? haha:)

okay fine dia ialah muhd. akmal shaary. ohh apelah bertuah kau dapat kawan yang comel macam aku ni kan, sanggup pulak buat entry untuk kau kan? haha. special sangat ke kau ni kan sampai nak kena buat entry khas bagai? oh yea! dia memang special sebab dia kawan aku lah mengong! kawan yang sangat memahami aku selepas weng2crew terchenta:)

dah apa kehal kan aku boleh nak buat entry ni? ini ialah kerana aku terjumpa barang yang pernah dia bagi kat aku suatu ketika dahulu semasa zaman jahiliah aku ni. banyak sangat hadiah yang dia bagi kat aku ni haa. tak macam aku, aku ni lokek sikit so. herm, hahahha. lu pikir sendiri lah. dan secara tiba-tiba kenangan lama menyinggah masuk ke ruang benakku. fineeee, ayat novel! terpengaruh sangat kan aku ni


dah banyak sangat kenangan aku dengan dia sampai laa ni. cakap jelah kenangan apa manis masam pahit tawar mesti semua ada. dan yang paling aku ingat kenangan macam mana aku ni dulu pernah menangis gila setan vavi sebab gaduh dengan orang kejam lagi tak berhati perut. haha. lepas tu dia ni jugak boleh dikatakan ape ek. susah nak cakap. sebab dah banyak kali dah, bila aku tengah sedih nangis macam orang mati katak kucing dia yang macam tahu-tahu ni boleh kol aku. ouch! sangat gembira kan kalau ada orang yang boleh pujuk time kita sedih sedan ni. ahahha. tapi bila ingat lawak okay! sumpah tak tipu. aku kenal dia pun sejak darjah 5 okay. and ada juga kenangan yang kalau boleh aku tak nak ingat pon sampai bila-bila. kenangan apa? biarlah rahsia

aku mula kenal dia ni pun sebab syazwani wadi, ouh wani! aku ingat lagi macam mana dekat sekolah agama kau cerita pasal dia. OMG. aku tak kan lupa sampai bila-bila okay. hahaha. aku nak cerita dekat sini pun tak sampai hati.aku taknak lah buat kau malu tertonggeng terberanak segala kan! ahaha. masa tuh darjah 5. budak-budak lagi. hehe. aku mula kenal dia dengan lebih rapat masa form1. ouh dekat myspace. masa tu myspace sangat lah popular! lepas tu tukar-tukar no. phone. amboi! haha

dia ni jugak pernah menjadi orang yang sangat annoying dalam hidup aku suatu ketika dulu. dan nak tau tak kenapa aku meluat gila ngan dia masa tu? sebab dia kata kalau nak keluar dengan dia kena pakai tudung. haha. sebab tu je buat aku meluat? aah.. kesian dia kan. padahal macam lah jahat sangat apa yang dia dah buat kat aku kan? haha. sorry ek,masa tu pun namanya zaman jahiliah. tapi ada lagi tapi takpe lah. dah lupa dah kot

tapi sekarang dah tak annoying dah sebab aku sayang dia okay. sayang aku untuk dia tak lebih daripada sayang seorang sahabat (ececeh!). eh betul lah dey. tapi tak tau lah kalau satu hari nanti dia berjaya buat sayang tu bertukar ke satu fasa yang lain pula kan. haha. no comment!

aku ingat lepas dia pindah tahun ni kami dah tak rapat, jalinan silaturahim (wah!) antara kitorang akan menggleber longgar tapi ternyata salah sama sekali, ahah! makin rapat kot. bagus! haha. teruskan usaha. tak baik kan memutuskan ikatan persahabatan kita ni ye tak? hehe

oh banyak pulak aku membebel pasal dia ni. haha. ouh cukup2.

cuma nak cakap terima kasih kerana menjadi sahabat saya yang tak pernah bosan dengan saya, sentiasa memberi semangat dekat saya, tempat mengadu masalah saya, dan saya nak minta maaf andai kata dalam tempoh persahabatan kita ni ada sahaja benda yang tak sedap dipandang mata apa lagi didengari telinga kan. kita pon hanya insan biasa. dan saya akan tunggu. saya tahu 8 tahun tak lama, OMG. tak sabar nak dapat hadiah tu, dah kalau dah berjanji tak boleh tarik balik kan :)

k lah mimi FULLSTOP


credit to everything hongki
mood: layan alveoli baru, hongki oppa! terus perasan alangkah gembira jika dapat peluang walau setakat bergambar sahaja bersama hongki oppa! love you, HONGKI :)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!