salam semua. salam 1 Malaysia:)
^_^
harini tiada apa yang berlaku. cuma tengah2 search pasal hukum2 ni tiba-tiba tertarik dengan satu comment ni, dia ni masih 18 tahun tapi daripada cara dia berkata-kata tu macam best pulak untuk dibaca, hehe. harap maaf mencopek ayat anda saudara shafiq tapi hanya sekadar informasi untuk saya dan yang membaca yang mungkin masih keliru dengan benda-benda ni. harap anda halalkan yea. sekadar untuk dikongsi bersama sahaja :)
ini pasal zina hati. aku tertarik sebab bukan apa, akukan sangat minat dekat hongki oppa risau jugak hukum aku minat ni macam mana. tapi aku tiada lah minat secara gila-gila hanya sekadar suka-suka :)
***
Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
ZINA HATI
diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana.
Mengapa ia dinamakan zina hati?? Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”.
slalu org ckap.."adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”
Jawapanya adlah Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.Pstu kdg2 org msti ckp “abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”btol x..hehehe
Jawapannya.. Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…hahahaha
ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)
Secara kesimpulannya Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimui. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
***
amacam okay kan dia punya penerangan. sebab tu aku nak kongsikan dekat sini. hehe.
k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA
No comments:
Post a Comment