Saturday, December 18, 2010

sekitar may, 2010

salam semua. Salam satu Malaysia :)
semalam tah apa mimipi aku tido pukul 4.30 sebab baca novel. sudahku bilang memang lah aku ni sangat mudah terpengaruh dengan novel. kalau aku dah baca memang susah nak stop selagi tak habis, ouh! aku memang macam ni, lepas tu kadang-kadang terfeeling macam haritu baca novel biarlah YM berbicara dah perasan kan best kalau dapat laki macam encik firdaus. hahah. sengal kan? tak pun semalam aku baca cerita cinta rahsia (aduy, semua cinta) , aku boleh terbayang macam mana lah kalau aku kat tempat ayu kena tikam dengan hairil lepastu aku tikam balik hairil. aduy. pengaruh pengaruh! tapi laa ni tak sabar nak baca novel impiana 3 & finale, nak pinjam pika laling tapi dia pun busy so tak sempat nak bagi.

^_^

sedar tak sedar tak lama lagi tahun depan dah dapat adik baru :) ngeee. tak sabar rasanya nak ada adik lagi, best ada baby dalam rumah sebab boleh amek gamba dia banyak-banyak. aku ni bukan apa, memang pantang nampak baby ni..geram wohh!! haha,

tengok punya tengok dekat list entry aku, aku tak cerita pulak pasal majlis resepsi mama & abah dulu. hee. dah agak lapuk agaknya tapi peduli ape aku. aku nak cerita jugak. hahah! kejam

mula masa

1)bernikah MAY 02, 2010,

kelakar sangat. pagi-pagi tu kami adik beradik dekat rumah bangun awal ni. sebab tak nak lah lewat sampai rumah mama dekat majidee, so bangun awal tinggal bersiap-siap sajalah sebab daripada sehari sebelum tu baju semua dah siap digosok. haha. excited. lepas tu ingat lagi macam mana aku punya kain tudung terbakar sebab panas sangat. haha. kantoi tak geti gosok baju ;p

pagi tu jugak aku ngan kakak aku ni terkejut tengok abah tak pakai inai. apa lagi kami adik beradik pon bantai tangan abah dengan inai. siap letak minyak cap kapak sebab bagi kaler cepat pekat. haha. memang dah ta pedulik dah nak cepat punya pasal, terus balut inai kat jari-jari abah guna tape yang kuning uh. haha. tak senonoh kan. nak buat macam mana kalau tak dibalut macam mana abah nak drive kan? haha.

sekitar pukul 9.30 pagi rasanya kami sampai taman gembira. kalau family aku memang kami panggil rumah di taman gembira sebagai club house sebab kalau ada family gathering memang buat di sana, sampai-sampai kami makan dulu mi goreng yang mak cik aku masak. adalah dalam 2 pinggan aku makan. hahaha. gila lapar kan? melantak dah tu namanya. bila semua orang dah ada, kami pun bertolak ke rumah mama (pengantin perempuan)

sampai-sampai tu lama jugak lah tunggu tok kadi. disebabkan family kami ramai so memang penuh rumah mama, heheh. aku ngan kakak and adek pun duduk di sebalik tirai depan pintu rumah tapi tetap nampak lah. mana boleh duduk tempat tersorok time moment2 penting dalam keluarga aku kan? hehe:)

alhamdulillah, akhirnya semua pun selamat. dengan sekali lafas je mama dah sah jadi mama kami lah, takkan mama kau orang pulak? heheh. lepas tu ada makan-makan sikit. po loei, make lo.  then ade acara bergambar. gila tak join? haha

 
masa ni tenguk dekat abg karipap( kak rina yang panggil, lawak je kak rina ni tau :) abg karipap ni abg cameraman. hehe. ni guna fun kzen. aku copek gambar ni daripada dia. hehe

dari kanan: adek, mama, kakak, aku
aku ingat lagi petang tu aku ada tusyen fizik dekat skor bestari, abah tak kisah aku nak pergi ke tak. wah! kalau abah dah cakap macam tu mestilah cakap malas nak pergi kan? haha. jadi sepanjang petang tu kami adek beradik duduk dekat club house. lepak tido layan aina zara (baby comel)

2)resepsi MAY 08, 2010

haa. ni best nak cerita. aku n adek beradik semua sangat lah excited gila kancil serigala time ni sebab kitorang akan dimakeup oleh mak andam. haha, gila tak suka kena makeup (adek yelah). jadi bangun pagi-pagi dengan muka toyer lagi suci nan bersih tanpa make up pon pergi dekat AZ butik. dengan lapo-lapo ni pergi butik tu, masa tu tak hingat pon lapo. tapi bila jam dah tunjuk pukol 11 pagi mengglegak perut protes tanda lapo. haha. bayangkan dari pagi tak makan, tulah excited noh. abah dah offer nak drivetru mcD, tapi cakap tak lapo. haa, belagak kan? orang belagak memang selalu rugi, haha :)

jadi dalam pukul 12.00tgh hari tu, makanan pun sampai. makin nasi lemak ayam.. ingat lagi betapa sedap dan lazatnya nasi lemak ayam tika itu :)

lepas makan, kami adik-beradik terus siap-siap pakai baju, dan kemudiannya dihantar ke Dewan Jubli Intan, JB. tempat resepsi mama & abah. sampai-sampai memang lah sesungguhnya segan nak mampus sangat kot. yelah kammi diberhentikan di depan dewan tanpa mengenali sesipa di situ sebab yang jaga depan tu pun kawan-kawan office mama&abah. bila nampak je muka pak cik aku terus semua berlari keriangan ke arah pak cik-pak cik ku. macam dah tak jumpa berbelas tahun kayaknya. haha.

masuk dalam dewan terus pergi ke arah cousin dan makan lagi. haha. mak cik aku yang paksa suruh makan awal-awal sebab katanya nanti bila dah petang takut ramai orang and tak sempat nak makan. memang betul cakap mak cik aku, memang petang tu tak makan, apa yang disebukkan pun tak tau (amek gambar je mane tak sebuk:P

alhamdulillah lah majlis mama&abah selamat dijalankan.

walaupun agak hura-hara sikit sebab jumlah tetamu yang terlebih daripada anggaran yang datang (sebenarnya makcik-makcik persatuan mana tah duk singgah makan masa lunch hour dekat majlis mama&abah ni, ntah pape. haish! tak malu betul. haha) tapi tetap berjalan lancar :)

majlis habis dalam pukul 4.00 petang juga. orang-orang daripada butik semua dah mula berkemas sebab pada keesokkan harinya ada orang nak pakai dewan katanya. majlis kawen jugak kot sebab aku yang kecoh ni wat analisa tema dorang hitam. haha. menyebuk kan? lantak ah

balik je rumah terus mandi mandi. fuhh! penat tak hingat. haha. betul-betul kami adik-beradik tidur awal malam tu. lawak.. haha

ni aku ada selitkan futo$ yang aku dah edit sikit daripada yang ori. saja nak edit sebab bosan kan tak sekolah ni. haha:)

  

ni gambar pelamin. tapi tak close up pon. daripada jauh je. segan kot nak naik atas pelamin pastu amik gambar. haha:)



bunga rampai girls. haha. boleh tak macam tu? ade ayu di situ dan kazen-kazen baru , ala semua kecik-kecik lagi ni. hehe. masa mula-mula semua malu-malu dah lama dah rapat sampai dah tak geti malu dah dengan budak-budak ni;p

dari kiri: esya(tak nampak), fifi, ayu umairah (adek aku), sasha, syaza

bergambar secara kenang-kenangan dengan family belah mama @ family baru jugak lah kan, heheh
 
ni masa mama& abah makan beradab. dengan MB&wife dia kot. amek curik2 kan. haha

di meja makan, ni gambar masa mula-mula sampai dewan. nampak aku tengah makan.. hehe

 
 
wah ni photographer bertauliah suruh kami buat pose macam ni. ade2 je. hahah:)

dari kiri: kakak & aku

 

 

 k lah mimi FULLSTOP
 
mood : tak sabar nak keluar dengan weng2crew tersayang. esok syazana adilah dah habi paper. yeay! 

 

 
rindu korang, sayang korang ketat-ketat :)
macam dah lama je tak jumpa kan. padahal... hahahhahahha

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!