Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semuaaa

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Tahun ni sempat lagi aku merasa hari raya, masih sempat lagi makan ketupat rendang. masih sempat lagi ziarah saudara mara. Alhamdulillah. Syukur sangat dengan nikmat yang Allah SWT beri.
Jadi tahun ni aku beraya di rumah belah mama untuk hari raya pertama dan kedua. dan esok petang aku akan berangkat ke kkkl untuk beraya keluarga belah arwah ibu pula.

Alamak! tak tahu mana nak sorok double chin! ouh abaikan :)
sekejap je masa berlalu. seminggu cuti raya nih rasa macam sejam dua je. asgmnts memang haram Justin Bieber lah aku nak sentuh. aku ni tak benti-benti dok menyentuh ketupat palas dengan rendang! lepas tuh sakit perut. mulalah nak ada seruan tandas setiap 4 jam. lotih acik!

sepanjang raya pertama dan kedua. nampak tak ada yang perasan nak jadi HANA TAJAMA di sini? oh sila gelak sambil kentot sekarang!
 tahun nih aku rasa teruja!! kau tahu kenapa? aku dapat duit raya lagi walupun dah berusia! oh yeah! kau hado? haha. tapi masih rasa segan berlagu pilu. tapi dalam segan-segan aku gagahkan jugak ambil! huiss... duit tu! siapa yang enggak mahu sih! HAHA

jadi disebabkan aku dah mula terasa bibit-bibit seruan tandas dekat sini, baiklah aku end-kan entry nih dengan serangkap pantun (sejak bila aku dah mula nak berpatun nih? confius sangat! )

Hari Raya Sudah Menjelma,
Asgment Pula Jangan Dilupa, 
Ampun Dan Maaf segera Di pinta,
Jangan diLupa hai Duit Raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin :)

k lah mimi FULLSTOP
nota saya: pantun tu reka sendiri okeh! jadi jika rasa pelik, abaikan! haha



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Thursday, August 25, 2011

Sambutan Raya in advance

Assalamualaikum wbt.
Yeah! Esok Balik Kampung Halaman! yea. memang JB tu kampong! ye. Kampong sangat! haha. sedeh! di saat semua orang dah berkampong dekat rumah masing-masing aku kena attend lagi 2 kelas! yes! aku memang sangat gembira macam nih. tengok orang dah angkut beg balik kampung usung naik tangga. tapi aku pelik bin musykil gila sebab aku rasa kita nih cuti raya seminggu tapi aku tak tahu kenapa ada student yang balik raya seminggu nih bawak balik barang macam nak balik terus. wowowww~ chillex der

dengan classmates, sebahagian jelah :)

 tapi apa-apa pun aku tetap happy! ye sebab happy dapat sambut raya dekat sini! advance sangat nih! gila semangat. puasa tak habis dah ada sambutan raya. eh eh. nak tanya nih. kau hado sambut awal-awal? tak hado lah weh. hanya terdapat di london je! ye. sesiapa yang tak tahu aku study dekat London, Malaysia. Ops. mungkin ada yang dah pening. kalau pening rajin-rajin kan lah diri tuh baca previous entry mak ye noks! :)


go go tun puteri! my college! puteri lah sangat! HAHA
Dengan ex-YDP kelab AQS. yang berbaju serba putih macam baru balik umrah tu lah dia, Abg Halim


so sepanjang dinner @sambutan raya in advance nih. ramai lah part 1 yang buat persembahan raya. nyanyi ada berlakon ada. yang lawak pasal ajuk balik iklan-iklan petronas! sumpah lawak. lagi-lagi yang burung apa.. burung murai.. burung apa... burung murai.. yang ni bodoh gila! sumpah comel vietnam berlakon. oh yea! vietnam nih budak part 1 QS.

cuma aku kurang berkenan dengan makanan nye sikit. tapi overall okay je :)

motipp gamba nih paling besar? sebab ada abang ajib! haha. tak lawak

with ira and PJ. gila! HAHA

wewittt.. YDP baru, sedondon nih dengan aku. haha! abang ijat nilah Faci aku masa induction :)

so so. aku hampir nak menyumbangkan suara sumbang ni dekat pentas malangnya aku tak berapa nak hafal pulak lagu raya. oh yea! aku hampir malu sebab tergelincir akibat tikar panjang biru yang bongkak tuh! kalau jatuh hilanglah kemacho-an saya malam tu! penat berangna nak jadi Hana Tajama! haha. yang ini biadap. kau tahu PJ boleh kenakan aku masa subjek CTU. sumpah kau biadap PJ! cis! dah lah salah jalan semalam! haha. oh apakah yang berlaku semalam? akan diceritakan bila gambar dah dapat daripada PJ k? wuhaha.

k lah mimi FULLSTOP
nota aku lah gila: dah lama tak berjemaah tarawih dekat masjid mizan. oh oh =.=
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, August 20, 2011

ey u, makasih ya!

Assalamualikum wbt.
letih bebenar rasanya hari ni. rasa macam nak tercabut anak tekak sebab batuk tak berhenti pulak harini. haha. harini kita pergi shopping! yeay! yang paling best bukan saja pergi shopping, tapi kita dapat main bowling free, tengok wayang free.. alaa. best nye. dapat makan dekat johnny restaurant dekat dataran pahlawan, melaka. Allah. sakit-sakit nih pun sempat lagi aku merangkak keluar. bukan apa tapi bukan kah benda-benda ini dapat me-relax-kan minda? tengok-tengok pulak setiap kedai ada
SALE SALE SALE

tak ke rasa bagai therapy? kalau kau tak setuju kau ... kau .. tipu-tipu aku lagi nih! dah jangan nak dusta ngan aku bulan puasa nih.lepas tuh yang paling terharu tahap cipanzee makan meggi, boncet kita datang teman kita satu hari nih, terima kasih tau u sudi datang jejauh dari penang! hehe. terharu mak noks! ni yang nak lompat bintang lagi empat puloh satu kau tahu?

pepagi buto aku dah bagun sesiap mandi. adalah aku mandi dalam pukul 6 pagi tuh. bukan apa tak nak lah biar orang jauh datang tunggu kita sorang-sorang lama-lama dekat Melaka Sentral tuh. herm.. tapi itulah yang tidak berlaku! aku terlambat! wuhaha! kesian gila kot encik awal kena tunggu aku. haha. itu sumpah biadap mi huii.. kalau ya pun lambat cer bagitahu. ini edaknya lah hai! sampai orang tu ingat kau dah gerak pukul 8 tapi sebenarnya baru bangun sambil lap taik mata! haha. kejam!

then cepat-cepat den siap. cepat sangat sampai pukul 8 i bangun pukul 9 i siap. cepat tahu! the best part was when i called him to tell him that aku dah sampai melaka sentral but aku tak boleh nak contact dia because of our phone wat problem. masa nih lagi rasa macam nak kentot tersedak-sedak kau tahu! jenuh satu melaka sentral aku pusing cari dia dekat mana.. at last, tak jumpa jugak but nasib encik awal finally text me and aku terus lah called dia, fuihh! nasib dapat contact, kalau tak.. memang aku balik hostel dan sambung tido -.-"

kitorang sampai dataran pahlawan around 11 o.clock. sangat terkejut sebab kosong! tak ada orang kot! kedai pun macam baru bukak je! haha. sumpah awkward bila DP kosong! last time masa aku pergi sampai gesel-gesel ketiak tau rebut baju kat PDI. (haha,sumpah tipu). so kitorang yang tak ada masa depan ni pun pusing jelah DP and cari apa-apa yang patut. aku cari kasut raya, hueheuheuhh.

tapi last-last tak beli jugak sebab rasa macam tak ada yang bersesuaian dengan pakaian aku first raya nanti. (*dushh! punyalah banyak kedai kasut tapi tak beli! jadah apo mu nih..)




niat nak beli kasut raya tapi ntah kenapa tiba-tiba dapat t-shirt 2 bijik nih..haha. lepas tu aku tengok final destination 5! 3D pulak! haishhh! best best best! tapi tak sebest yang sebelum-belum nya lah. yang ni tak berapa nak kejam. tak berapa nak kejam bermaksud tiada daging manusia yang tersiat-siat ditunjukkan. siapa yang ikut cerita nih tau lah kot apa yang aku maksudkan.


aku main bowling. eh rasa teruja. i juara! walaupun score tak sampai beratus-ratus tapi i tetap menang. dapat kalahkan laki-laki itu. wuhahahhahahah! terbaik nih!

nampak tak score daten! OMG. daten tu aku lah ya! hehe

aku keluar dengan shee. shee yang sangat genious!


k lah mimi FULLSTOP
nota: nak pergi berbuka puasa reramai nih. nak ikut?
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, August 19, 2011

dugaan itu datang bukan selalu

Assalmualaikum wbt.
harini 19 ogos. maksudnya dah 19 hari kan kita berpuasa? yang tak cukup 19 tu pempaham jelah. sila-silalah ganti nanti ya! haha. aku baru je lepas jawab test 2 untuk calculus semalam. aku sangat lah tak paham macam mana lecturer aku nih boleh cakap senang. miss sempat pesan lagi before mula test

"senang je nih. make sure all of you get full marks okayh!

aku punya gembira masa nih.. huihhh! sumpah macam nak lompat bintang lima ratos kali. niat jelah baru nih. sat lagi. aku dah yakin nih boleh jawab lepas tu terus dah nampak dah kesyirikin statement di atas. aku jawab first question! Allah. ROSAK! memang tak lah nak dapat full marks nya wahai cik mimisaja.blogspot.com hoi. kau tahu tak betapa susahnya soalan nya! baru Q1. (a) ye. belum lagi b c 2 3 4 5 6 7 8 9 yang lain-lain. masa nih memang macam nak pergi makan pisang goreng cicah cendol je kau tahu!

ditambah lagi masa aku jawab test nih aku kena flu hebat punya! tu belum termasuk dengan aku kena diarrhea orang melayu kata cirit lah senang citer. 2 hari berturut-turut pulak tu. tapi aku gagahkan jugak puasa sebab nya tak nak aku ganti banyak-banyak hari nanti. sayang tau nak buang puasa macam tu je. ye dop?

nih pun aku tak pergi kuliah. tak larat sangat rasanya nak berjalan. ahh alasan je tuh! eh tak lah betul. dah tak larat rasanya nih. tadi hampir-hampir nak berbuka sebab rasa lemah sangat dah tapi tak jadi bila memikirkan dah setengah hari puasa. alang-alang tunggu jelah sampai buka. tak gitu?


pagi tadi ada class account, aku gagahkan jugak pergi haa. sampai-sampai je terus mengadu dekat miss yang aku tak sihat. nampak tak betapa ngada-ngada nya aku nih? bukan ngada-ngada tapi saja nak berkongsi rasa. eceehh! bla lah kau mimisaja.blogspot.com. tak payah nak drama sangat depan orang. aisehh. lepas aku ngadu dengan miss, dia kata lah yang ujian je nih. sabar jelah. tak pelah harini aku tak sihat. mintak-mintak masa final exam nanti aku sihat. sebab kalau tak, tak tahu lagu mana nak imagine. huh!

k lah mimi FULLSTOP
nota jari : doakan saya sihat ye :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Tuesday, August 16, 2011

bom bom!

Assalmualaikum wbt.

Pejam celik celik pejam dah setengah perjalanan kita berpuasa nih. Sekejap je rasa tak ada lah lama sangat. Benda ni aku tersedar masa tengah malam semalam bila aku tengah sedap-sedap nak tidur bunyi mercun sana sini. aku memang suka ada music background masa aku nak tido. suka sangat sampai aku rasa macam nak colek depa yang main mercum pepagi buto tuh and nak main sekali lah! HAHA, main mercun tak ajak, haish! dalam kampus pulak tu. so dapat bayangkan tak betapa kuatnya bunyi mercun tu?<------sumpah confius! rasa macam mercun tu dilarang kan dalam campus nih? pastu semalam aku godeh-godeh handphone classmate aku then aku jumpa ada gambar satu kotak mercun. aku pelik betol mana depa sorok. terbaik sampai pejabat kolej buat spotcheck pun tak jumpa. bravo bravo! syabas! terbaek wok!

lepas tu aku baru teringat minggu depan, hari jumaat, tepat jam 8.30 malam tak dapat aku nak bayangkan perasaan aku masa melangkah naik bas. kalau aku tak tersengih teruja pastinya bukan aku? HAHA. mesti exited gila sebab rabu tuh dah raya! Allah!

Cepat sungguh masa berlalu. tak sabar nak pergi shopping. err. nak kena buat list barang-barang nih. bukan apa memudahkan sikit kerja aku nanti nak capai beng-barang (perkataan baru ke?) .aku dapat bayangkan lah kan sesungguhnya betapa ramai manusia nanti yang pergi ke shopping mall untuk belanja.. omputih cakap shopping! shopping tetap shopping, yang penting tetap satu Malaysia yang shopping nanti, lepas tuh nak kena berebut. then, aku dah tak tahu siapa punya raya, siapa yang shopping lebih. sampai kita terpaksa berebut beng-barang yang kita nak dengan depa. aduyaii pun.

Semangat raya dah mula bertandang dah sekarang. sampai ringtone phone semua dah pasang lagu raya dah. lepas tu saja je kita-kita nih set phone dalam general. dah tak nak silent dah sekarang. nanti sorang-sorang punya phone bunyi lagu raya. lagu Siti ada, lagu P Ramlee ada.. lagu Jalil Hamid pun ada! haish! memacam jelah korang nih :)

Yang Penting.. raya raya jugak! Final Exam pun dah dekat dah. sebulan je lagi lepas tu cuti. err. mungkin cuti kali nih aku tak sempat nak enjoy, sebabnya aku akan terceruk di dalam kampus untuk dua minggu. Dua minggu yang akan menentukan sama ada aku akan dapat kolej sampai akhir sem atau tidak. Oh tidak! Sila doakan saya berjaya dapatkan kolej tuuu, saya tak mahu duduk dekat luar kampus. nanti kena sewa rumah, sewa kereta, cari housemate. malas sungguh! huhu

k lah mimi FULLSTOP
nota: esok grammar test! Wish Me Luck!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

sumpah aku pening!

Assalmualaikum wbt.
wah rajin pulak kali ni nak h-update belog cabuk nih. hehe. bukan apa. tetiba rasa rindu pulak nak menaip. lagipunbukan nya ada benda sangat yang nak dibuat pepagi buto nih (tipu tipu tipu)

motif sebenar aku rasa gila kebabo punya terasa dengan hamba Allah nih. aku tak tahu lah macam mana aku boleh jumpa orang yang sebegini pesen nye. yang penting aku sendiri tak faham dengan apa yang dia buat and lancarkan dekat aku nih, tapi aku sabar jelah. bukan sekali bukan dua kali.. dah berkali-kali. dan aku tak tahu motif dia nak mogok segala bagai dengan aku padahal aku tak buat salah pun dengan dia. yang ni lawak okay! sumpah pelik

tapi disebabkan aku rasa macam whatever lah.. dah masak dah dengan perangai dia. nampak rock tapi hati penuh taman, senang bangat deh terusik. risau aku, baru jumpa masalah kemetot dah macam apa. aku tak tahu lah apa yang akan terjadi esok lusa tahu depan kalau dia tetap macam tu. err.. rasanya macam bukan masalah aku? wuhaha. Nas. sumpah aku nak jadi kejam macam kau. tak payah susah-susah nak fikir hati orang lain. HAHA

aku rasa serious entah apa-apa. moody bila benda yang dihajati tak dapat then samok sengsorang. which is I find it so WEIRD. nak aku translate? PELIK. eh bukan JELIK? err. HAHA


k lah mimi FULLSTOP
nota saya:sedang menikmati saho berupa roti 3 keping+small mash potatoes :)



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, August 15, 2011

geometry

Assalamualaikum wbt.
lama gila tak meng-h-update belog ni, masa sangat envy dengan aku. actually, dalam bulan ramadhan ni banyak pulak asgmnts yang nak kena submit. itu belum masuk dengan quiz quiz quiz. every week ada quizzes. sampai kalau seniors tengok muka kitorag pun nampak muka tambah tolak darab bahagi je. one of my classmates which is ira pernah cakap yang sumpah kita ni tak ada life. haish.. agree sangat ni! sob sob =.=" (nanges miang)

malam ni pun aku ada quiz lagi. tapi entah kenapa rasa malas sangat nak bukak buku and study sesenyap macam my roomate, kakak pojani nih. huhu. ''weh zani, tak boleh ke kau bagi gene rajin kau nih kat aku sikit. bukan apa, aku tido dia study aku main game dia study. aku bersuka-riang bergelak-santai dia study.

lately pun aku dah selalu sangat bangun lambat. lepas subuh memang wajibul ghunnah lah tido, lepas tu the best part ialah aku mesti bangun setengah jam sebelum class. yang aku rasa tak senonoh kebabo gila perangai nih. haduyaii (perlu ke cerita dekat sini?)

dan malam ni test calculus chapter 3 and dia ada kene mengena dengan nak menghafal geometry punya formulas. kau tahu tak aku nih emangnya bencikk bangat sama geometry. kalau terus gedebuk quesstion dia bagi suh cari area ke volume ke senang sikit lah aku nak hentam. nih suruh solve problem yang kena baca question dia berjela-jela disamping membina satu imaginasi dalam otak. eee.. tumpah tak tukerr,,

karang punya karang lupa pulak ada class sekejap lagi nih. haa.. lepas ni mdm insurance i nak bagi balik quiz haritu yang sangat ____________! takut gila pulak nak tengok markah aku dapat berapa. ROSAK!

fine. mimi FULLSTOP
nota kuku: harini genap 15 hari kita berpuasa kan? 15 more days left! semoga kita semua diberkati-Nya yang Maha Berkuasa :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt. :)

^_^

Akhirnya Ramadhan bertemu lagi. Maka hari-harilah aku akan pergi bazar ramadhan. Lepas tu hari-hari lah aku beli makanan. jangan lupa setiap hari lain-lain okay! dah nampak dah permainan dia tu. exited gila hari-hari tengok makanan sebab selama ni asyik makan nasi lauk...nasi lauk.....aisehh. (motif)

makan tu makan jugak. tang terawikh jangan nak buat-buat lupa haa. kalau dekat tempat aku belajar nih, masjid buat 8 je. yang jadi imam pun baca nya alahai lemah jantung...tergolek-golek haa.. and jemaahnya setakat nih cam biasa.. masih ramai. hehe

jadi apa-apapun..

p/s : puasa jangan tak puasa!

k lah mimi FULLSTOP
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!