Tuesday, August 16, 2011

bom bom!

Assalmualaikum wbt.

Pejam celik celik pejam dah setengah perjalanan kita berpuasa nih. Sekejap je rasa tak ada lah lama sangat. Benda ni aku tersedar masa tengah malam semalam bila aku tengah sedap-sedap nak tidur bunyi mercun sana sini. aku memang suka ada music background masa aku nak tido. suka sangat sampai aku rasa macam nak colek depa yang main mercum pepagi buto tuh and nak main sekali lah! HAHA, main mercun tak ajak, haish! dalam kampus pulak tu. so dapat bayangkan tak betapa kuatnya bunyi mercun tu?<------sumpah confius! rasa macam mercun tu dilarang kan dalam campus nih? pastu semalam aku godeh-godeh handphone classmate aku then aku jumpa ada gambar satu kotak mercun. aku pelik betol mana depa sorok. terbaik sampai pejabat kolej buat spotcheck pun tak jumpa. bravo bravo! syabas! terbaek wok!

lepas tu aku baru teringat minggu depan, hari jumaat, tepat jam 8.30 malam tak dapat aku nak bayangkan perasaan aku masa melangkah naik bas. kalau aku tak tersengih teruja pastinya bukan aku? HAHA. mesti exited gila sebab rabu tuh dah raya! Allah!

Cepat sungguh masa berlalu. tak sabar nak pergi shopping. err. nak kena buat list barang-barang nih. bukan apa memudahkan sikit kerja aku nanti nak capai beng-barang (perkataan baru ke?) .aku dapat bayangkan lah kan sesungguhnya betapa ramai manusia nanti yang pergi ke shopping mall untuk belanja.. omputih cakap shopping! shopping tetap shopping, yang penting tetap satu Malaysia yang shopping nanti, lepas tuh nak kena berebut. then, aku dah tak tahu siapa punya raya, siapa yang shopping lebih. sampai kita terpaksa berebut beng-barang yang kita nak dengan depa. aduyaii pun.

Semangat raya dah mula bertandang dah sekarang. sampai ringtone phone semua dah pasang lagu raya dah. lepas tu saja je kita-kita nih set phone dalam general. dah tak nak silent dah sekarang. nanti sorang-sorang punya phone bunyi lagu raya. lagu Siti ada, lagu P Ramlee ada.. lagu Jalil Hamid pun ada! haish! memacam jelah korang nih :)

Yang Penting.. raya raya jugak! Final Exam pun dah dekat dah. sebulan je lagi lepas tu cuti. err. mungkin cuti kali nih aku tak sempat nak enjoy, sebabnya aku akan terceruk di dalam kampus untuk dua minggu. Dua minggu yang akan menentukan sama ada aku akan dapat kolej sampai akhir sem atau tidak. Oh tidak! Sila doakan saya berjaya dapatkan kolej tuuu, saya tak mahu duduk dekat luar kampus. nanti kena sewa rumah, sewa kereta, cari housemate. malas sungguh! huhu

k lah mimi FULLSTOP
nota: esok grammar test! Wish Me Luck!
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!