Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semuaaa

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Tahun ni sempat lagi aku merasa hari raya, masih sempat lagi makan ketupat rendang. masih sempat lagi ziarah saudara mara. Alhamdulillah. Syukur sangat dengan nikmat yang Allah SWT beri.
Jadi tahun ni aku beraya di rumah belah mama untuk hari raya pertama dan kedua. dan esok petang aku akan berangkat ke kkkl untuk beraya keluarga belah arwah ibu pula.

Alamak! tak tahu mana nak sorok double chin! ouh abaikan :)
sekejap je masa berlalu. seminggu cuti raya nih rasa macam sejam dua je. asgmnts memang haram Justin Bieber lah aku nak sentuh. aku ni tak benti-benti dok menyentuh ketupat palas dengan rendang! lepas tuh sakit perut. mulalah nak ada seruan tandas setiap 4 jam. lotih acik!

sepanjang raya pertama dan kedua. nampak tak ada yang perasan nak jadi HANA TAJAMA di sini? oh sila gelak sambil kentot sekarang!
 tahun nih aku rasa teruja!! kau tahu kenapa? aku dapat duit raya lagi walupun dah berusia! oh yeah! kau hado? haha. tapi masih rasa segan berlagu pilu. tapi dalam segan-segan aku gagahkan jugak ambil! huiss... duit tu! siapa yang enggak mahu sih! HAHA

jadi disebabkan aku dah mula terasa bibit-bibit seruan tandas dekat sini, baiklah aku end-kan entry nih dengan serangkap pantun (sejak bila aku dah mula nak berpatun nih? confius sangat! )

Hari Raya Sudah Menjelma,
Asgment Pula Jangan Dilupa, 
Ampun Dan Maaf segera Di pinta,
Jangan diLupa hai Duit Raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin :)

k lah mimi FULLSTOP
nota saya: pantun tu reka sendiri okeh! jadi jika rasa pelik, abaikan! haha



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!