Sunday, April 29, 2012

sakit pula hati kita ni.

Assalamualaikum wbt.

last friday, me with BFFTD pergilah cinema. mulanya nak tengok cerita avengers tapi bila dah sampai kaunter bertukar tukar cerita pula (!) hehe. pening sudah orang yang jaga kaunter tu. dah nak bayar untuk cerita lain tiba tiba nak tukar lagi cerita lain. menyirap sirap lah dia. sampai change duit aku pun dia lupa nak bagi. ini boleh mendatangkan kemarahan? haha

nak dijadikan cerita. kami pun tengok cerita Uncle Usin. yang ada jozan berlakon tu. tahu tak? hmm. tak tahu google sekarang okay? hee

credit to google image


cerita ni mengisahkan pasal spy 13 (zizan) nak selamatkan bapa customer dia yang disahkan koma tapi rupa-rupanya bukan koma, tapi.. jeng jeng jeng.. dan spy 11 (johan) pula sebenarnya bermusuhan dengan spy 13 disebabkan dia kena halau dengan tok guru dia masa zama depa belajar silat. spy 11 ni berpihak dekat musuh yang cuba nak menjatuhkan customer spy 13. nak tahu apa kesudahan dia? haa tengoklah cerita ni.

review aku untuk cerita ni aku bagi 2.5/5 bintang. bukan apa. kalau siapa yang rasa dia memang gembira nak menghabiskan RM10 dengan begitu saja dan senang nak ketawa. boleh lah nak tengok cerita ni. kalau tak.. tak payah lah (!)

bagi aku cerita ni tersangat simple. jalan cerita tu dah nampak dah menarik tapi rasa macam ada yang kurang sikit (!) memang cerita ni yang menyelamatkan keadaan for sure lah jozan. tapi aku pun tak tahu aku gelak tu ikhlas ke tak masa dah lama-lama. mula-mula cerita ni memang aku gelak bersungguh. tapi bila lawak yang ditonjolkan tu berulang ulang dalam setiap scene. bosan lah kita.

rasa tertipu aku dengan cerita ni. sebab apa kena mengena tajuk dia dengan cerita dia? ish (!) ni nak marah ni. kesian nabil ada satu scene je? hehe. walhal dialah uncle usin tu.

hmm. nasib ada jozan.

k lah mimi FULLSTOP.
nota jejarHOT : berfikir sebelum bertindak.
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Saturday, April 28, 2012

Alhamdulillah. Allah SWT bless me.

Assalamualaikum wbt.

seperti yang dicanang di entry sebelum nya, kak jejarHOT has mention that result untuk final examination for le second semester now can be check! yabedabedoo! humph! dup dap dup dap. kemain laju jantung aku berdegak deguk. lagi bergoncang when i enter le matrix number to check out my result! perasaan dimana segala gelombang tsunami dan ombak rindu pun kalah tau!

walaupun result boleh diketahui through email, but i still prefer to check it at student portal itself. tapi apa yang berlaku ialah, it was 9am but when i wanna open the exam result. tak boleh buka mehhhh! how come! easy mimi, go easy..sabarlah anda. aku cuba login 3 4 kali. fine. and finally i gave up. nanti nanti jelah aku cuba lagi. bukan result tu boleh main tuka tuka pun. and buka my fb account pula :)

lepas dah tahu result few of my friends, keinginan nak tahu result sendiri dah mula berbuak-buak bercampur dengan perasaan nervous yang tidak terkata. aku cuba lagi check dekat portal, tapi tak boleh lagi buka! oh man oh man! geram gila. rasa nak hentak laptop emas kesayangan mak noks ni dekat dinding tapi nasib iman masih ada. dan memikirkan betapa sikitnya duit PTPTN yang ada dalam account aku. hee. lepas tu, aku buka dekat email. ni lagi satu hal, i forgot my password! damn damn (!)

lepas baca bismillahirahmanirahim..fuh fuh. tiup tiup sikit dekat monitor. finally dapat pun login! banyak betul halangan dugaan dan pancaroba nak tengok result kan? jeng jeng jeng. nervous menguasai diri. segala perasaan pasrah dan redha sudah bercampur baur. hanvoiii. over le kau ni bercerita.. just proceed please?

Alhamdulillah.
one word. aku terkesima terpesona. lepas tu garu kepala. this is it. keajaiban dunia kelapan.

ALHAMDULILLAH | edited version

kalau nak tahu my GPA for the second semester sama dengan previous sem. masa buka to see this result..aku ingat aku tersalah buka result semester pertama. mana tak nya my CG pun sama dengan GPA. le most unexpected result, QMT (statistics). i did paker man masa exam. and my carry mark pun sikit je. kalau nak tahu my review for le final. check it out hereherehere  a big thanks to my PM  yang sangat baik hati nan comel sebab bagi A untuk QMT. i love you prof (!)
DONTstopbelieving | alhamdulillah
tak lupa juga dekat semua lecturers yang mengajar saya untuk semester ni, ampun maaf dipinta sekiranya saya pernah buat salah sepanjang semster dua ni. dan terima kasih sangat sangat sebab mengajar saya sampai saya dapat result ni :)

to all my dearest classmates, thank you so much dekat mereka yang tolong aku sepanjang semester dua. terutama my roomates yang mengajar aku statistics. thank you lah semua semua pun. next semester pun tolong tolong lagi okay :) kita pun se-family je dekat kota london ni. tak tahu lah kalau next semester ada juniors! haha!

to my friends yang tak dapat nak score. sooookay! try again! try harder! jangan give up. sebab bila kita give up, nothing change! everything happen for a reason. maybe rezeki tu nak datang di tempat and masa lain. who know? Allah SWT Maha Adil. believe me.

" Magic is believing in yourself, if you can do that, you can make anything happen - Johann Wolfgang von Goethe

dan semestinya semester tiga menanti jun ni! ALLAH! baru nak rehat. hihi. yang penting its gonna be harder next semester. betul betul betul ! le beginning of my second year. wish me luck. and do pray for my success yall (!) me love you :)

k lah mimi FULLSTOP
nota jejarHOT : alhamdulillah. unexpected! so unexpected! proud of you. yes you! myself :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Friday, April 27, 2012

atau berlibur?

Assalamualaikum wbt

hari nan indah lagi ceria pada rabu lepas, finally i met my lovey dovey BFFTD, weng weng crew! hah! kau hado? lepas dah berbulan-bulan tak jumpa akhirnya kami planned nak jumpa hari Rabu lepas. misi pertama tak lain tak bukan melawat sekolahku syurgaku. heh! secondary school. so much things to remember! memory masa lampau yang tak mungkin dilupakan sampai aku tua. termasuk semua cikgu yang mengajar saya dari tadika sampai lah ke sekolah menengah.insha-Allah.

tapi sedih tak dapat nak jumpa semua cikgu sebab katanya ramai yang pergi interview pilihanraya, hanbui kemain cikgu cikgu aku! hehe. jadi adalah dalam 6 7 orang je yang aku sempat berbual bual basi. tak sangka jadi cikgu pun glamour. mana taknya gambar terpampang besar dekat luar bilik guru and pejabat. hanvuii cikgu aku artis! :)

tengahari tu pula terus menderum laju kereta mini kupu merah yang comel nan indah lagi berseri-seri me aeon. yeah yeah. lunch katanya. mcDonald menjadi pilihan kitorang semua. dah semua pun membesar dengan mcD. aku lah antara yang terbesar tu :)
bila dah jumpa, gossip sana gossip sini. too much story nak cerita tapi private lah pula uoldz kalau nak cerita dekat sini. tuan tanah kata tak boleh. hi hi. lepas dzuhur terus meluncur kereta laju ke Umall. eh eh, confius sebentar bersama cik kawans either nak tengok wayang or karaoke?

BFFTD, W2C




dan dan tanpa berfikir panjang nak nak bila memikirkan duit yang semakin menipis dalam purse, karaoke menjadi pilihan sebabnya RM12 untuk 2 jam. siapa tak nak? he he

habis karaoke kitorang pergi ke hutan bandar cantik dekat taman mutiara rini. main playground. sangat tak patut! berebut dengan bebudak kecit nak main gelonsor ohsem yang sangat kacak dan tinggi! nasib 'dia' larat nak tampung i! tu buat i sayang lebih dekat gelongsor tu. k fine.  #foreveralone

habis sok sek sok sek, esoknya kami semua ke starhill, kempas. dengan satu misi untuk tanned kulit kami! huk huk

tipu tipu! tak mintak pun nak jadi gelap macam gini! huhu. hitam nok nyah!

bayaran masuk untuk weekday sangat lah berpatutan, RM10.60 (motip nam posen tu? hmm). yang tak berpatutan apa pasal air 100plus yang tin cenonet tu harga sampai RM2.40? dah lah no outside food lepas tu nak jual makanan mahal nak mamP? heshhh tak faham aku. nasib lah changing room dia dah bertukar. sangat cantik dan ohsem! macam nak buat satu letak dekat rumah! besar gila okay! puas aku mandi :)

k lah mimi FULLSTOP.
nota jejarHOT : harini result semester 2 haritu keluar (!)



FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, April 23, 2012

Semingguan merantau

Assalamualikum wbt.

Hanbui... lama kedendang nak meng-hupdate belog ni. bukannya apa, jika dibandingkan antara drama korea dan belog alo mucuk mucuk ni, aku pilih lagi korea tu! haha! sekarang ni, dekat ceruk mana je nak dapat laki ohsem tinggi dan molek? hmm. korea.. tak tidur malam kalau sehari tak nampak muka depa. hoyeh! serious! walaupun depa buat plastic surgery, hmm. ada aku kisah? kalau perempuan tu, jangan tanya lah. victoria secret punya model belambak!

sepanjang minggu lepas, aku telah berjaya melarikan diri daripada negeri johor darul ta'zim! haaaa. over sangat. mulanya aku pergi rumah tok aku di ampang. okay damn! tertinggal earphone samsung yang ori yang mahal tu. perlu ke mention? haha

dengan adik aku. on my way to ampang!
dalam dua hari duduk dekat rumah tok, macam macam aku belajar. haha! dekat bandar moden tu lah aku baru tahu nak beli barang barang dekat pasar. eh eh. betul ke ni pasar? mini market lah. kot. aku pergi dengan cousin aku. pening kepala kau nak mencari apa yang tok aku nak. itulah dia, sepanjang jadi perempuan memang aku pandai kalau pasal shopping mopping ni. tapi shopping baju kasut semua jadah harem tu jelah. tak pernah pula aku pergi shopping barang basah camtu. hihi. malu sekejap

first time ni pergi beli udang! hah! mahal jugak rupa-rupanya udang sekarang ye. sekilo dah RM20. hanbuii pakcik. bagi lah discount. tu belum ayam lagi. daging. okay stop stop! maka dengan ini aku berazam akan belajar bersungguh sungguh dan dapat kerja dengan gaji yang mantop! haha. bukannya apa, cuba kau bayangkan.. kalau sekarang pun harga dia dah melampau. tak mustahil kalau masa aku yang remaja muda belia ni nanti harga dia melonjak dengan lebih melampau dan terlampau. kempunan pula nanti aku nak makan udang. ini semua udang punya pasal! coiitttt!

dari ampang, aku bergerak pula ke damansara. rumah aunty aku. ada swimming pool! yes yes! haha. dengan gembiranya aku datang ke rumah tu dengan satu harapan satu tujuan satu destinasi. ya betul! merubah impian menjadi realiti. gian weh aku nak berenang menang, walaupun tak ada lah nak tahu sangat berenang! haha, action lebih. hari pertama cita cita tak kesampaian bila aku sampai rumah depa pun dah petang nak maghrib. so terbantut hajat. hari kedua, hanbui kemain hujan lebat. pff. sampai lah hari yang keempat dan kelima. bersenda menda lah aku dengan pool tu! haha. syok hoh! yang tak syok sebab kena sental rambut dengan shampoo lepas tu akibat chlorine yang banyak nan mamP.

meet adik, si handsome :)
msa hari ketiga di damansara baru aku keluar berjalan jalan dekat shopping mall dekat situ, seperti ikea the curve one utama. okay okay. memang aku merancang nak pergi semua tempat tu tapi disebabkan aku dah bosan menjelajah ikea and the curve banyak kali. kali ni aku jelajah pula one utama yang dah ada isetan sekarang. wewitt! nasib lah aku ni orang yang saaaaaaaaaaaaangat berjimat cermat. hoyeh!

meet ayu umairah. my sister :)
nak dijadikan cerita, aku tak berapa familiar dengan OU, makanya.. jeng jeng jeng! aku boleh sesat dalam tu! hah! lawak kan, tapi sebenarnya tak lawak lah syaitaniroijim. disebabkan aku dengan cousin aku ni dua dua dari johor. memang tak boleh buat apa. nak terpatah urat kaki aku weh berjalan. rasa macam marathon sekejap aku dalam tu. yang paling best aku beli kasut baru semata-mata sebab kaki aku yang dah mula melecet disebabkan tak pakai sock! haha, goblok! pakai kasut tak pakai stokin. nasib badan lah weh.tapi tak pe, dapat kasut baru. wee. aku kan berjimat cermat. tak pandang kasut harga belas belas ringgit. nah kau RM50 melayang! hancur

sementara menuggu uncle pick up dekat OU. letih!
sepanjang dekat rumah aunty aku juga, aku belajar memasak. haha! maksud aku, aku memang lah tahu masak sikit sikit. tapi tak adalah sedap benar rasanya. so dengan bebekalkan ilmu didada sifu, aku pun dengan sebaik mungkin mempelajari ilmu memasak tersebut. haaa. harini baru nak test masak macam tu. tengok lah kalau jadi ke tidak ke. hi hi

tengahari semalam aku bergerak balik ke johor. weee. and now, me at home! baru lepas mop lantai. alo rajin nya anak encik J ni. HAHA. petang ni ada misi dan visi lain pula. oh my.

k lah mimi FULLSTOP
nota jejari hotdog : kalau nak pakai kasut jangan lupa pakai stokin! sumpah! ni pesanan ikhlas daripada kak jejarHOT:)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

Monday, April 2, 2012

kusut kepala

Assalamualikum wbt

disebabkan benda yang aku dah rancang hancur musnah kebam bam booommmmm! dengan ini aku isytiharkan aku

STRESS!

sebab tak tahu nak rujuk benda ni dengan siapa. aku segan nak tanya orang. aku pening kepala nak fikir macam mana nak handle. but in the same time, aku bersyukur yang aku bukan lah berada di aras atasan yang aku rasa lagi boleh buat aku mati kestress-an. HAHAH

"Winners never quit, and quitters never win-Vince Lombardi

hoyeh hoyes chillex ada lagi dua bulan mi. hwaiting! inshaAllah you can do it! orang dah percaya kita kena buat yang sebaik mungkin. dan semampu habis. understand? understand? #tak

"Just do it-Nike

k lah mimi FULLSTOP
nota minda: jangan give up.
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!