Monday, April 23, 2012

Semingguan merantau

Assalamualikum wbt.

Hanbui... lama kedendang nak meng-hupdate belog ni. bukannya apa, jika dibandingkan antara drama korea dan belog alo mucuk mucuk ni, aku pilih lagi korea tu! haha! sekarang ni, dekat ceruk mana je nak dapat laki ohsem tinggi dan molek? hmm. korea.. tak tidur malam kalau sehari tak nampak muka depa. hoyeh! serious! walaupun depa buat plastic surgery, hmm. ada aku kisah? kalau perempuan tu, jangan tanya lah. victoria secret punya model belambak!

sepanjang minggu lepas, aku telah berjaya melarikan diri daripada negeri johor darul ta'zim! haaaa. over sangat. mulanya aku pergi rumah tok aku di ampang. okay damn! tertinggal earphone samsung yang ori yang mahal tu. perlu ke mention? haha

dengan adik aku. on my way to ampang!
dalam dua hari duduk dekat rumah tok, macam macam aku belajar. haha! dekat bandar moden tu lah aku baru tahu nak beli barang barang dekat pasar. eh eh. betul ke ni pasar? mini market lah. kot. aku pergi dengan cousin aku. pening kepala kau nak mencari apa yang tok aku nak. itulah dia, sepanjang jadi perempuan memang aku pandai kalau pasal shopping mopping ni. tapi shopping baju kasut semua jadah harem tu jelah. tak pernah pula aku pergi shopping barang basah camtu. hihi. malu sekejap

first time ni pergi beli udang! hah! mahal jugak rupa-rupanya udang sekarang ye. sekilo dah RM20. hanbuii pakcik. bagi lah discount. tu belum ayam lagi. daging. okay stop stop! maka dengan ini aku berazam akan belajar bersungguh sungguh dan dapat kerja dengan gaji yang mantop! haha. bukannya apa, cuba kau bayangkan.. kalau sekarang pun harga dia dah melampau. tak mustahil kalau masa aku yang remaja muda belia ni nanti harga dia melonjak dengan lebih melampau dan terlampau. kempunan pula nanti aku nak makan udang. ini semua udang punya pasal! coiitttt!

dari ampang, aku bergerak pula ke damansara. rumah aunty aku. ada swimming pool! yes yes! haha. dengan gembiranya aku datang ke rumah tu dengan satu harapan satu tujuan satu destinasi. ya betul! merubah impian menjadi realiti. gian weh aku nak berenang menang, walaupun tak ada lah nak tahu sangat berenang! haha, action lebih. hari pertama cita cita tak kesampaian bila aku sampai rumah depa pun dah petang nak maghrib. so terbantut hajat. hari kedua, hanbui kemain hujan lebat. pff. sampai lah hari yang keempat dan kelima. bersenda menda lah aku dengan pool tu! haha. syok hoh! yang tak syok sebab kena sental rambut dengan shampoo lepas tu akibat chlorine yang banyak nan mamP.

meet adik, si handsome :)
msa hari ketiga di damansara baru aku keluar berjalan jalan dekat shopping mall dekat situ, seperti ikea the curve one utama. okay okay. memang aku merancang nak pergi semua tempat tu tapi disebabkan aku dah bosan menjelajah ikea and the curve banyak kali. kali ni aku jelajah pula one utama yang dah ada isetan sekarang. wewitt! nasib lah aku ni orang yang saaaaaaaaaaaaangat berjimat cermat. hoyeh!

meet ayu umairah. my sister :)
nak dijadikan cerita, aku tak berapa familiar dengan OU, makanya.. jeng jeng jeng! aku boleh sesat dalam tu! hah! lawak kan, tapi sebenarnya tak lawak lah syaitaniroijim. disebabkan aku dengan cousin aku ni dua dua dari johor. memang tak boleh buat apa. nak terpatah urat kaki aku weh berjalan. rasa macam marathon sekejap aku dalam tu. yang paling best aku beli kasut baru semata-mata sebab kaki aku yang dah mula melecet disebabkan tak pakai sock! haha, goblok! pakai kasut tak pakai stokin. nasib badan lah weh.tapi tak pe, dapat kasut baru. wee. aku kan berjimat cermat. tak pandang kasut harga belas belas ringgit. nah kau RM50 melayang! hancur

sementara menuggu uncle pick up dekat OU. letih!
sepanjang dekat rumah aunty aku juga, aku belajar memasak. haha! maksud aku, aku memang lah tahu masak sikit sikit. tapi tak adalah sedap benar rasanya. so dengan bebekalkan ilmu didada sifu, aku pun dengan sebaik mungkin mempelajari ilmu memasak tersebut. haaa. harini baru nak test masak macam tu. tengok lah kalau jadi ke tidak ke. hi hi

tengahari semalam aku bergerak balik ke johor. weee. and now, me at home! baru lepas mop lantai. alo rajin nya anak encik J ni. HAHA. petang ni ada misi dan visi lain pula. oh my.

k lah mimi FULLSTOP
nota jejari hotdog : kalau nak pakai kasut jangan lupa pakai stokin! sumpah! ni pesanan ikhlas daripada kak jejarHOT:)

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

1 comment:

Dura Vanilla said...

wahhh seronok nyer g jalan2... ^^

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!