Saturday, June 16, 2012

finally. selamat pengantin baru :)

Assalamualikum wbt :)

setelah sekian lama baru nak meng-hupdate entry wedding my bff, afiqah :) alhamdulillah. semua berjalan lancar sepanjang majlis. tho macam macam dugaan and halangan yang muncul sebelum majlis berlangsung..

jadi me dengan le other girls bergerak ke kampung afiqah petang after dzuhur prayer! kitorang ke kampung dia pun dibawa oleh pengantin laki to be. haha! dasyat tak dasyat masa tu! ini semua angkara uitm yang mahu pelajar pelajarnya balik pada ahad berikutnya. so kitorang tak bawa kereta sendiri lah. sebab tak koser nak drive balik after majlis. baik aku tolong apa yang patot :)

on the way, sambil sambil makan mcdonald as ze lunch, kami pun gossiping. oh em jayy. jahat tau mulut mulut orang yang tak berperikemanusiaan ni. nama je golongan terpelajar tapi perangai serupa cik kiah lepasan upsr. zzzz. #typicalmalay

sesampai je tol tangkak dengan gigih aku catat setiap pelusok benda yang boleh dijadikan rujukan so that our parents yang nak datang majlis on the day tak sesat. kalau nak harapkan kad jemputan pun tak boleh, sebab tak ada maknanya abah nak refer kad tu bila tahu anak dia memang dah dekat rumah pengantin nya pun -.-

petang pertama dekat kampung, kitorang pergi ronda ronda kampung naik basikal. best lah syaitonnnn. angin sepoi sepoi bahasa malaysia. haa. kau hado? sambil makan aiskrim 20cent perisa anggur. nikmat :D
malam tu kami semua tolong packing berkat berupa cokelat etc. semua warna biru. so naiseeee! mentang mentang tema warna turqoise semua benda pun nak biru. tapi bila tengok the whole pelamin and bilik pengantin.. tema terus lari jadi colourful! nasib lah kan :)

hantaran pun digubah oleh maksu pika sendiri! dan dihancurkan oleh aku and the crew! haha! sangat ohsem dan cantik! tapi aku malas nak upload sebab ada 11 dulang! banyak lah cik akak! then me will show it later! video nikah tu still in the making -.-

keesokkannya kami ada malam berinai, nenek nenek dekat dapur semua gigih menumbok daun inai pastu campur pulak dengan limau. katanya nak bagi merah. malam tu berinai sampai ke empat pagi tapi sayang berbilion sayang sebab my darling pakai inai lewat malam and warna merah inai dah lari. bila buka balutan and nak basuh inai yang dekat tangan pengantin keesokan paginya tu, sadiss weh! inai tak merah pun -.-

lastly, pika guna je inai hitam! haha. kalau tak pudar lah beb inai nya! tak pengantin lah namanya nanti -.-*


dan malam yang ditunggu tunggu dan debaran yang kian memuncak pun tiba! puihh ayat kau bedah! haha. macam aku yang nikah ni? ehm! hello! member i kot yang nikah, aku pun nervous sekali lah. haha! me in charge as photographer tak bertauliah on le wonderful night! oh my!



untuk menghilangkan nervous my laling, kami pun main main amik gambar! she looks stunning kot malam tu! berseri gila! lagi lagi bila dah make up! kau cantik sangat pika! hehe. jangan jelly lisa surihani. #tetiba


hujan tiba tiba muncul malam tu. cobaan membaling baju atas atap rumah tak menjadi. keh keh keh. sokeh. hujan rahmat barangkali.




lepas tok kadi sok sek sok sek taklik etc finally, dengan sekali lafaz my darling afiqah sah menjadi isteri bro rashid! alhamdulillah. semua berjalan lancar! malam tu sesi mengambil gambar gambar gambar dan video dan gambar lagi :)

pagi sabtu 9hb julai 2012, majlis khatam alquran dijalankan tepat jam 10 pagi.


lepas habis majlis khatam, mak andam and the crew terus datang. masa ni aku dengan yang lain lain terus turun ke khemah untuk mencari makanan! lapar lah uoldz! tak makan lagi! and excited sangat sebab makan nasi minyak kawan sendiri! so rasa sedap nasi tu pun lain macam sudah :)

yummy! yummy! delicioseesss :)
tepat lepas dzuhur, pang pang kelepung kelepung pung pung kelepek kelepek! haa cer teka ape tuh?

bunyi kompang lettew! alahai pun! hehe. pengantin laki laki pun masuk ke perkarangan rumah atok ali. wee. sangat segak dan handsome pengantin kita masa ni. wewit! #mintabelanja

tak ketinggalan pika yang sangat gorgeous meletop dan cantik kebabooo dengan baju turqoise tu! coii! kau curi tema aku ni? haisehhh! hahah. kesian dia kena tahan nafas banyak banyak sepanjang haritu. sokeh nak cantik kena berkorban.


ehem! kek masjid tu sumpah cute and awesome gila! tapi sedih aku lupa nak merasa kek tu :(

lepas habis menyantap di meja pengantin, depa dikerah untuk berposing sakan. nasib badan lah. makan kau segala jenis pose depa buat! lawak pun ada aku nengok! haha! coii betol!

petang tu kami semua ke muar, untuk outdoor photoshoot. oh my! banyak beruk dekat muar yea? beruk yang memang kategori haiwan tu takpe, ni yang bawak kereta and motor then jerit jerit macam beruk jakun tak pernah nampak orang -.-*


photographer incharge tru the event ada 2 orang, and salah satunya yang dekat atas ni lah. sampai tertonggek tonggek and terbaring baring lah uoldz untuk dapatkan angle yang baik! no wonder lagi ramai laki buat kerja kerja amik gambo nih! kalau perempuan nak menonggeng dekat public memang tak dapat lah! hoishh!

akhirnya selesai sudah kenduri keluarga belah perempuan, belah lelaki bulan julai nanti! woahh! and me tak tahu lah boleh mai ke tak. harap harap dapat :(


finally me just nak wish dekat both of my lovely friends,
to pika and bro,

                   Selamat pengantin baru. tahniah! akhirnya menjadi pun perancangan uoldz. Semoga Perkahwinan yang baru dibina ni terus kekal bahagia dunia & akhirat serta mendapat keredhaan Allah S.W.T dan memperolehi anak-anak yang soleh/solehah nanti. Selamat menempuh alam rumahtangga tingkap pintu semua lah! ahaks! kalau ada yang mengata ke apa, dorang tu tak pernah faham and tahu apa yang sebenarnya, susah nak tutup mulut orang. lagi lagi orang yang suka main taram je cakap. kasi pekak telinga je.harap harap lepas ni kita semua still kawan tho korang dah kahwin, kalau nak lepak tu jangan lupa ajak :)

k lah mimi FULLSTOP.
nota pagi : esok ada hari koko. pagi pagi buto dan kena menapak pergi padang kawad! tak syok betol :(
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

1 comment:

hazreena said...

Slamat pengantin baru!!!semoga bahagia dunia dan akhirat (^_^)

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!