Sunday, July 20, 2014

disebalik sains aktuari (actuarial science)

Assalamualaikum wbt
minta maaf lah guna ayat bahasa dan english dan kampung sedikit. plus
 kalau ada tersalah bahasa dan fakta minta diampunkan daku 

seperti yang dijanjikan dan dicanang..tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk hakak *hakak chuoldzzzzzz  menerangkan apakah kejadahnya sains aktuari ni. sains aktuari ni ialah salah satu kursus matapelajaran dekat university dalam menjadikan kau seorang actuary. actuary in the making lah kekdahnya..

actuary tu buat haper? okay silalah google yang tu sebab malas aku nak cerita.banyak lagi benda penting nak cerita ni..hurmmm yang penting aktuari bukan dan tak ada kena mengena langsung mengenai apa-apa yang berada di air,spesis berair..akuatik mahupun akuarium dan sebagainya.. haihhh

tapi apa yang aku nak cerita ni lebih kepada kesedaranan for those lepasan SPM matriculation STPM even Diploma yang menyangka course actuarial science ni mudah..sebab dijadinya for those yang unlucky yang pilih because just main taram je pilih kursus ni or else yang parents atok makcik pakcik nenek maktok tokdad yang decide untuk kau ambil kursus ni..haaa yang orang macam ni selalu akan..okay..i will just go with the flow..oh sabar dik! kita tengah cerita pasal masa depan ni.jangan main main..kalau salah pilih, membazir! bazir masa, tenaga, duit, otak kau je nanti

tapi untuk sesiapa yang memang LUCKY gila yang memang cita-cita sejak tadika pun nak jadi actuary! aku memang salute lah dan good luck!

sebab aku ingat lagi masa tadika cikgu tanya nak jadi apa, aku cakap nak jadi cikgu. dah itu je pekerjaan yang aku nampak masa tu.. nasib tak jawab nak jadi suri rumah sepenuh masa.. hurmm tapi bila dah besar ni aku cukup failed nak ajar orang, sebab aku tak geti! okay back to story..

walaupun begitu, ada beberapa benda yang kita perlu tahu sebelum nak apply course ni...dan jangan jadi macam hakak kau ni yang masa memula nak apply sekadar online google type actuary pung pang pung pang baca apa tu actuary lepas tu adalah beberapa blogger yang bagitau

" ohhh if you want to be an actuary, you should pro at solving complicated games! and not to forget you must excel in mathematics and add math. oh yeah! and physics too? *apa jadah physics pun aku tak tahulah..setakat aku belajar ni belum ada lagi soalan tanya pasal bernoulli's principle. mahupun right left flamming hand jadah ni. eh!

"senang je aktuari ni. yang penting kena ada minat. bla bla bla karangan limapulohribuayat..

"selain itu aktuari juga merupakan antara pekerjaan yang mempunyai hasil pendapatan yang agak mewah..bla bla bla..

and after that kau terus macam, okay this is it! math addmath gua A++++++ i hebat main complicated games like counter strike?, sudoku?, the sims?, caps etc..plus i akan jadi kaya. yahoooo! so ini lah course yang paling suit me very well! yeahhhh happy sampai berbunga bunga.. keching keching! ( $_$)

BIG NO NO NO if you happen to think actuarial science is an easy course!

tapi aku kat sini tak adalah tak kasi can langsung cuoldzz nak google what is actuary and so on..yang tu kau google je sendiri. tapi kali ni gua nak canang kesusahan dan kepayahan subjek ni yang sebenar di sebalik nama yang canggih serta dari kacamata seorang pelajar tahun dua ijazah sains aktuari ni.. haaa hambeklah

sebab kebanyakan blogger or website yang cerita pasal kursus ni semua cerita yang indah indah je..kenapa dia tak bagitahu langsung yang subjek ni susahhhhhhh gilaaaa sampai boleh menyebabkan kau terjun bangunan kalau takda iman yang kuat? *istighfar

ye memang betul setiap benda yang kita belajar pelu ada minat. macam aku sendiri aku minat calculation subject and for theory subjects aku memang cannot go sebab nanti otak aku akan stuck in the middle of nowhere bila ayat je yang aku nampak..sebab masa sekolah aku minat je biology tapi aku tak boleh further sebab aku tak sanggup nak menghafal ayat ayat jadah semua tu..hmmm

so for those yang minat dan betul betul menjiwai dan menyayangi subjek math ni memang kau bolehlah apply this course! TAPI! HOWEVER! minat dan kepandaian solving math bukanlah kayu pengukur yang dapat menjamin kau menjadi seorang actuary yang berjaya dan kaya! memang kau patut bersyukur Tuhan dah kurniakan kau pandai kira kira ni tapi pandai je tak mencukupi weh..kau kena jadi seorang yang berfikiran kreatif kritis dan segala kre kre lagi lah senang cerita..

dan kau juga perlu tahu, ye memang kerja sebagai actuary ni boleh dapat gaji yang melimpah ruah kekayaan dia..tapi itupun IF AND ONLY IF kau ni CERTIFIED APPOINTED ACTUARY yang LULUS part of OR all EXTERNAL PAPERS dan menjadi ASSOCIATE ATAU FELLOW! faham?

haa kalau tak faham silalah menerima kenyataan yang course ni bukan sekadar okay saya dah cemerlang dan berjaya mendapatkan segulung diploma dan ijazah maka tak ada hal lah untuk saya mendapatkan pekerjaan di luar sana dan saya mahu gaji starting RM5000! hotak lu memang tak hakan lah dapat..

kalau kau tak ambil langsung external paper ni kau ni bolehlah dikategorikan sebagai DISSappointed actuary. keciwaa lah sepanjang pengajian kau ni nanti..maka haruslah wajib *untuk akulah kalau nak jadi actuary at least ambillah 1 external paper ni! sebab aku kata satu sebab satu pun probability untuk kau lulus tu 100%. haa maksud dia kau boleh prob 100% lulus..alhamdulillah dan prob untuk 100% tak lulus pun boleh untuk external paper ni. try lagi lah ye..

plus apa yang diajar dekat university tu sedikit sangat cover untuk external papers ni. maksudnya kau kena belajar sendiri untuk external papers. untuk keterangan lanjut, silalah google disini mengenai external papers yang boleh buat kau menangis kalau tak tabah. satu paper kos dalam RM600++ itupun lepas dah bagi discount untuk student asian. dia bukan tabah apa..untuk mengenangkan 600++ hengget boleh melayang sekelip mata kalau kau failed pastu invest lagi dan lagi sampai berjaya pass exam. hm

link untuk baca pasal external papers. untuk Malaysia kita under Society of Actuaries (http://en.wikipedia.org/wiki/Actuarial_exam)

tapi ada je pengecualiaan untuk external papers ni..dan bergantung kepada pihak universiti sendiri dan tak lupa kau punya result lah kan! tapi.. hmmm yang nilah yang sedih, macam mana nak dapat dan kekalkan gred A untuk heavy tahap dewa serta hardcore subjects yang boleh buat sampai terjun bangunan tu. hmmm *istighfar lagi

alhamdulillah setakat ni aku hanya berjaya lompat ke katil dan tidur je kalau dah usaha tapi still rasa susah sangat dan stress.plus doa kan senjata kita..maka moh lah berdoa..

kalau ada orang cakap.."eh you kan hebat masa diploma..dapat dean's award lagi..ee hebatnya you!

aduhh aku rasa nak lempang je kau plus menangis hentak hentak kaki je kalau orang cakap macam ni. senang cerita macam ni lah aku simpulkan..

masa diploma.. nama pun diploma..maka kita hanya diajar mengenai basic math dan tak lupa juga untuk polish balik memori masa belajar math dekat sekolah dulu. so subject macam calculus tu, statistics haa cuma ajar kita basic kaww kaww punya.aku memang nak cakap je calculus tu senang sebab calculus tu solutions dia kau boleh paham dan hafal method dia sebijik sebijik..tapi nanti nampak riak dak takbur maka tak baik kita cakap macam ni..so kalau kau rasa calculus pun kau tak boleh pergi..maka lupakan saja hasrat waima nawaitu nak sambung aktuari. hmm jahatkan statement aku?

walaupun itulah kenyataan disebalik keperihan sebenar yang perlu kau tahu sebab once dah masuk subjects yang memang under field actuary seperti actuarial math, financial math..masa nilah kau akan tersedu sedan macam..seriously apa benda yang aku belajar dan apakah kaitan dengan calculus jadah tuuuuu? haa macam tu..sebab walaupun dia subjek math tapi..kau kena faham sefaham fahamnya sebab yes kau boleh hafal formula tapi soalan exam selalunya tricky nak mampus! plus ada je lecturers yang bagi basic gila babas punya formulas or methods time lecture seperti belajar mengenal huruf A B C tapi bila exam punya soalan..nah hambekk kau soalan dia suruh buat karangan enamribupatahperkataan..masa tu kau gerenti terganga dan berdoa jelah tak kena repeat.. hmm hmm

hidup kau akan sentiasa dikelilingi dengan risk. jangan kata masa dah kerja je kena tanggung risiko..masa belajar pun ada risiko okay. risiko untuk passed exam dengan jaya kumarnya atau failed! aiyakkkkk

so for those yang planning nak ambil this course, ioldz tak adalah nak halang..if you happen memang minat sangat nak jadi actuary dan belajar..go for it! aim high and never give up! but if you can't deal with stress yang melampau serta iman kosong..silalah ambil kursus yang lebih praktikal untuk mu wahai sekalian alam..

and if and only if i can travel back memang tak akan ambil kos merepek ni! AHHAHAHHA kbaiii  sekian saja luahan hati pelajar tahun dua ijazan sains aktuari yang sedang gentar menantikan result dia  yang rasa rasanya macam terombang ambing di lautan berduri. heh!

GOOD LUCK dengan pesanan tolong doakan untuk saya #prayformimi
sekian
sekian
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!