Assalamualaikum wbt!
(entry kali ni panjang berperenggan bagai, siapa tak nak baca boleh skip je. deal?)
TETIBA MACAM MENGADA NGADA NAK HUPDATE HARI HARI.
harini nak mengadu sikit..eh bukan mengadu tapi lebih kepada nak memprotes! hahaha aku bukan manja. aku nak buat luahan perasaan aku. aku rindu Melaka! aku rasa hidup dekat sana lagi seronok berbanding dengan shah alam ni! dah lah hari hari jammed! oh mai. ingat kereta je boleh jammed bagai, ni traffic untuk naik bas take turn pagi pagi nak pergi kelas tu dah macam dekat jalan tar bila menjelang raya kau tahu sesak dia! aku rimas
ingat lagi masa hari pertama nak pergi kelas, mula mula excited hazbedehh lah sebab first class kan. degree. emm yeahh. eksaited terlebiiihh
sekali turun je dekat bustop ni, mak aih..aku dah tak nampak bustop dah. manusia je yang aku nampak. adalah sekali dua kali terasa macam pekerja kilang tengah tunggu bas.. tu baru cerita nak tunggu bas, bila bas datang. yang ni part musykil ioldz memang tak berapa nak paham. bas untuk pergi fac aku tu adalah sekali laluan dengan fac fac lain. tapi aku hairan binti sangat apa pahal dia sediakan satu bas je untuk ke fac aku. oh mai..nak naik tu hari pertama tu beratur lah jugak tapi lepas nampak rakyat malaysia yang prihatin dan lemah lembut serta beradap sopan ni naik bas, lu ingat gua nak beratur macam tu je. peh nak naik bas pun dah berpeluh dua baldi cakap lu! macam nak pergi perang nak lawan segerompolan lembu cakap luoldz
bila dah dalam bas, tak kisah lah tak dapat duduk pun, tapi bila kau berdiri dengan bergesel depan belakang kiri kanan ni yang tak sedap sikit lah cerita dia..sekali bas sampai selekoh tak pun langgar bonggol. melayang tau melayang? pehhh..tapi demi menuntut ilmu lah katakan..i is redha. alhamdulillah dapat sambung belajar.. pahala kan
dah lelama tu kalau dah rasa lambat nak pergi kelas, gua jalan kaki je. bukan jauh sangat pun..adalah naik bukit sama dengan je berpeluh nak naik bas tu. sampai kelas cari kipas *okay kipas eh, university kau hade ke kipas berpusing pusing lagi? aircond takda okay kelas aku yang jauh ni. baru nak pasang. hermmmmm apa ada hal kan..choiiiiiii!
even dekat kampus cawangan pun ada aircond, ni yang main? okay takpalah aku faham sebab fac baru fac aku ni dulu asalnya kolej dia upgrade jadi fac sebab dah terlampau ramai pelajar sampai tak muat nak letak kelas dekat fac lama. plus fac baru buka semester ni. okay i maafkan lah sikit, nasib dah nak pasang aircond dah cuti ni. kalau tak, mohon kelas next sem dekat fac lama je okay!
walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan..dah lelama tu bersyukur juga dapat duduk kolej..dapat je naik bas free. kalau duduk luar. hmmm lagi sadis cerita dia..lepas subuh terus pergi kelas lah cerita dia
suku daripada mereka |
bila orang kata degree susah sebelum ni, aku tak adalah nak kecoh sebab belum melalui kekdahnyaaa... jap lagi bila dah rasa.. hambekkkkk!
aku tak rasa pun hidup aku busy sangat, tapi sebab..ntah lah. environment kot. even dekat kolej pun lain suasana dia. aku rindu kolej dekat melaka. bonding dia kuat lain macam walaupun kau duduk level lain bilik wing lain..satu kolej kau boleh kenal.
dekat sini even selevel pun belum tentu kau boleh bertegur sapa..apa lagi level lain lain..yelah. mungkin sebab dekat sini sampai sembilan tingkat. motip pulak nak kenal semua kan! kau hingat kau retizz? aku dekat sini yang aku boleh masuk jiran kiri dengan depan je. belah kanan onwards depan bawah semua. harammmm jaddahhh lah weh nak bertegur sapa. semua pintu pun tutup je. bukak masa nak keluar masuk bilik je.
sedih
bila pasal makan, yang ni tak sedih lah. heaven pulak aku rasa! haha! biasalah aku, campak mana mana asal ada makanan aku happy je lagi
dari segi pembelajaran, memang makin mencabar lah. baru rasa diploma punya tahap tu. emmm. basic? emm tak baik pulak cakap macam ni. tapi serious aku cakap dia umpama dekat diploma kau belajar abc masuk degree kau kena buat ayat. haa..nampak tak. kalau salah susun tak jadi beb ayat! so diploma punya level pembelajaran terutamanya untuk kursus aku, sains aktuari sangatlah basic yang terrrrrrrbasic paling bawah sekali..so bila kau lupa basic tu. memang terjun laut lah cakap lu. macam aku sekarang..dahlah dekat shah alam ni tak jumpa laut, tasik banyak lah. so tak tahu lah nak terjun mana. paling paling terjun katil jelah yang masih boleh diterima saat ni.
nantilah aku cerita pasal course aku ni. serious tak tipu susah dia. menangis dua hari dalam tidur aku memikirkan kesusahan course aku ni. hahahaha eh gelak pulak. mode kena sedih okay. tunggu jelah kesinambungan kesidahan aku dengan course aku ni.
maka thats all untuk kali ni! till berjumpa lagi next entry. insya Allah. doakan yang terbaik untuk saya dan rakan rakan seperjuangan semua. saya juga mendoakan awak dan semua semoga terus berada dalam keadaan yang baik baik saja. amin mudah-mudahan begitu lah ya!
salam alaykum,
mimi
No comments:
Post a Comment