Sunday, July 6, 2014

sebab nanti emmy taknak kawan aku dah!

Assalamualikum wbt

haa kan dah cakap. hehari pun nak hupdate sekarang. entah kenapa bila masa exam lah baru ada kudrat dan semangat nak update blog. kalau tak.haram lah nak bukak dah sekarang!

by the way, previous entry aku kan lupa nak mention emmy yuriz! weh macam mana ntah boleh terlepas pandang benda ni! hahaha.

sebab gambar ni je yang rated. hm haha!
bestprennn sehidup setilam sebantal setandas se segalanya lah masa dekat diploma dulu. kalau aku takut tak boleh tido tengah tengah malam mesti aku bangun dari katil terus terjun katil dia. walaupun sempit dia bedal jek kasi aku tido sekatil yang kecit tu. dahlah gua besar. kesian kau kan kena menyempit ngan aku. tu buat i sayang u lebih tu..

masa aku sakit nak pergi klinik walaupun dia baru bangun tido terus cuci muka bawak aku pergi klinik, lepastu aku muntah muntah pun dia bedal jek. haha! sayang kau

lepastu kalau ada je produk produk terbaru pasal muka atau kulit, haaa emmy ni lah orang pertama yang selalu update daripada kitorang semua. macam contoh dulu kan, ingat tak pasal bedak sejuk tanakha yang nowa deniss tu pakai. haa dia ni lah yang kenalkan dekat kitorang. aku sumpah tak amik port pasal hupdate pasal bebenda produk kecantikan ni sebab kan emmy kata kan aku dah cantik, *flip hair

tapi dia kata cantik dalam gambar je. okay emmy. fine

lepastu ni tengah nak mengajak buat rawatan muka dekat doktor pakar kulit dekat shah alam pula. nampak lah beza muka dak emmy ni sejak meninggalkan diploma sampai masa konvo haritu. tapi kan mi aku tak boleh weh nak pantang makan ayam. muka aku ni muka subsidi ayam mi, hidup tanpa ayam ibarat keluar tak pakai baju. tak lengkap wei. okay tak

tapi semua rumet aku pun semua prihatin. serious! semua pun aku sayang! aku ni dahlah banyak nau penyakit masa diploma dulu, siapa jek yang aku boleh mintak tolong kalau tak lain tak bukan rumet ioldz..

tapi sebab aku lupa nak masuk cerita pasal dia entry lepas, dah merajuk dibuatnya girlprenn gua yang sorang ni! dah lah dia je pembaca setia blog aku. emmy ni selalu cakap, tak payah update pun blog ni sebab aku tak famous pun. siapa je nak baca.. lepas tu bila aku suruh dia baca blog aku, mesti dia cakap " hai mi, tak famous lagi ke.
nasib baik sempat ambil gambar,
kalau tak menangis tiga hari tiga
malam aku kalau konvo haritu
takde gambar sesama!!

gilalah wei aku tak famous, sebab aku kan ada hash tag sendiri. ingat #miminators tu nanti suatu hari bakal trending juga. masa tu nanti aku famous aku dah tak payah menjaja blog aku ni. hahahah

tapi memang masa dekat Melaka haritu jumpa pun sekejap sangat pasal jumpa masa nak pergi dewan je, dah lah duduk dalam dewan pun asing asing lepastu tak sempat nak borak panjang panjang..habis sesi dah petang sangat plus kabut nak ambil gambar studio lagi mana nak pulang jubah lagi!

padahal rindu tahap dewa dengan girlpren i ni..dah lah banyak gossip nak bincang...amboi gossip bincang tau! ahah

tapi tak menyempat..asyik cerita guna wechat jek. tak seghonok tau! kalau nak jumpa time study ni..hmmm nokharemm lah kan. takpe lah kau doakan aku punya financial kukuh semester depan supaya plan kita nak pergi Langkawi bersama tu tercapai dan termakbul okay?

okay lah ioldz nak sambung mentelaah nota actuarial math ni. esok paper last weh! doakan aku! tapi lepas tu aku terus nak pergi bantai movie transformer 3d. lepastu esoknya nak pergi cuci mata dekat midvalley..

hmm amacam emmy? ada terbakar tak? nak ikut tak? jom lah naik flight aku tunggu dekat klia.okay? memandang kan sekarang kau sambung study dekat arauSTRALIA. study nak oversea jek. dulu london kan? hmm haha

ambil course math lagi tapi sekarang dah pandai dah berniaga. alhamdulillah..bangga aku member aku semua dah pandai buat business. inilah yang mara nak sebenarnya kan?

haa jangan lupa follow instagram business dia

ig : iheart_couture ( http://instagram.com/iheart_couture )

ada banyak baju cantik-cantik memurah semua. sesuai lah kalau nak beli untuk pakai raya ni ookay? kalau bukan untuk ngkorang pun untuk mak ke akak adik girlpren ke. oookay?

akhir kata, sayang kau banyak banyak

muah muah,
mimiSAJA
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!