Thursday, July 3, 2014

#throwback convocation (diploma)

Asaalamualaikum wbt!
awal bulan lima punya cerita
maka genap dua bulan lepas, akhirnya aku dah konvo! wehoo! walaupun berjemaah ke melaka dari shah alam tepat jam 8 pagi hari jumaat tak silap aku.. gigih gila gerak awal pagi dengan harapan dan semata-mata nak dapatkan jubah yang betul betul ikut size badan sendiri katanya..rempuh sesi fakulti lain..demi jubah ideal. wuahhaha. ini semua..pasal senior semua cakap pergi je awal nak elak beratur and bersesak sesak... padahal bila dah sampai jubah banyak je weh! siap boleh tukar-tukar size lagi bila salah jubah sebelum konvo. kau rasa?

ahha!

cerita dia, seminggu sebelum nak datang melaka ni dah risau pasal tempat..nak duduk mana semua. nasib baiklah aku punya kolej lama memang bawah tu pejabat kolej, maka dengan bonding yang masih kukuh antara aku dengan staff kolej terutamanya Puan Ami maka berjaya jugak dapat duduk kolej untuk penempatan sepanjang 3 hari 2 malam dekat Melaka tu. lepas buat kesian sebab kau bayangkan sewa bilik kolej baru tu RM100 satu bilik 3 orang SEHARI. membazir kan. maka memang tak lah nak duduk 'pakej penginapan' yang depa offer tu..

klebang!
maka hari pertama dekat lendu tu lepas dapat check in kolej tpt terchentaaakk..tempat pertama terus pergi makan dekat kedai paling fav lunch dekat Klemak. haihh memori betul.. lepas settle semua petang tu terus lah pergi pantai klebang bercoconut shake satu cawan acah acah ambil gambar dekat sini.. lepastu habis malam tu chiawwwaalllaa balik kolej tidoq

hari kedua, bangun awal dengan harapan nak pergi makan dekat tempat wajib breakfast kalau bebudak Lendu mesti tahu tempat breakfast dekat sungai petai, ada yang panggil sutai, supet etc

tapi sayang memasing punya breakfast pukul 12 tengahari! teruk kan. maka terus jelah berangkat ke Aeon Melaka. memandangkan ada yang baru nak cari baju untuk konvo kasut etc

dalam maghrib macam tu dah gerak balik dah..malam tu keluar lagi pergi pantai pangkalan balak pulak. asal boleh. kalau dah datang pangkalan balak ni mesti kena perkena bakso dekat kedai bakso sedap srett srett acik ni, alaa aku lupa pulak nak tanya nama dia. tapi aku punya story jumpa kedai bakso sedap srett srett ni memang epic lah

moh lah kita throwback didalam throwback ni, masa memula bawa kereta dekat lendu dulu, sebab stress yang melampau maka aku pun bawa lah kereta terus pergi pangkalan balak dengan harapan nak cari ketenangan. tapi aku punya cari ketenangan tu dalam erti kata lain pergi cari makan je.lepas tu dah elok dah. haha

so masa tengah cari port baik tetiba aku nampak satu kedai ni, kecik je macam stall yang jual gula-gula tepi jalan depan sekolah-sekolah tu..masa tu sebab menu yang ada memang bakso je..pehh sekali lepas order tu, pehhh menangis aku makan sebab sedap sangat.. tu yang datang bunyi bakso srett srett tu sebab sambil makan sambil srett srett nangis dia punya sedap tu..okay tu je cerita dia so kalau datang lendu mesti kena or wajib pergi makan sini

hari konvo tu, disebabkan aku sidang petang maka pagi tu bolehlah melunaskan cita-cita pergi breakfast dekat sutai. alhamdulillah terlunas hasrat kami semua. mengidam sangat weh

sebelum nak pergi dewan pun ada cerita lawak jugak, sepatutnya masa graduan berkumpul tu pukul 2 sharp dah kena ada dekat belakang dewan. tapi nak dijadikan cerita biasalah "girls" kan.. terlambat lah kiranya.. nasib baik masa sampai tempat kumpul ngam ngam je ambil kad nama pastu terus perarakan masuk graduan..


maka lepas habis tu terus kemas kemas hantar jubah semua..settle je abah ajak pergi makan dekat umbai. fulamakk.. memang gembira lah cerita dia kali ni punya trip pergi Melaka. makan sokmo!

maka sekarang ni tengah final sebenarnya! tengah ada gap 2 hari sebelum next paper! tadi paper advanced financial math! aku sedih sangat paper ni sebab careless tahap mahkota dewa kau tahu! okay dah boleh lupakan kot. aku dengan subjek nama financial ni memang susah nak ada jodoh baik baik masa exam tau! mencik!

memandangkan sekarang dah masuk 5 ramadhan, maka belum terlambat lagi kot kalau aku nak ucapkan dekat semua..selamat menunaikan ibadah puasa!

tunggu cerita next entry, insyaAllah aku nak cerita sikit pasal kursus gua yang mencabar minda, emosi, rohani dan jasmani ni. okay?

salam alaykum,
mimi

FULLSTOP with much love : mimiSAJA

No comments:

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!