Wednesday, March 16, 2011

bila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

salam semua :)
senyum sikit. lately suka sangat lambat update belog.. kenapakan? sila bulatkan jawapan soalan objektif dibawah

adakah kerana

A. aku busy lah takde mase nak update
B. aku tens gila sebab internet rumah i macam bengong
C. aku tiada benda pon nak cerita sebab tiada aktiviti yang menarik pun
D. aku punya belog jadi suka hati i lah nak update ke tak

^_^


untuk hari ni aku nak menceritakan serba sedikit keadaan yang akan berlaku sekiranya apa yang kita harapkan tak men-jadi kenyataan..

disebabkan result SPM yang dah nak keluar mingu hadapan.. jadi aku rasa agak sesuai yer untuk aku membicarakan hal ini *ayat ikut skema pekse. ape kes?

jadi kebiasaan-nya minggu-minggu sebelum mendapat result ni memang akan ade macam tarikan magnet or graviti yang menyebabkan akan ramai manusia yang akan bertanya soalan-soalan seperti tertera dibawah

"ni agak-agak dapat score berapa ni?
"straight A+++ punya lah ni. lepas tu nak apply mana?
" (nama) mesti kena dapat straight A+ tau!

aduss! tens mak ngah tau macam ni. apa lah salahnya kalau kita sama-sama menunggu result tu keluar bersama-sama dengan jaya hikmah cekal dan kental. tak boleh kah? kalau dah hari-hari diasak soalan yang sebegini mahu tak gila kanak-kanak 18 thn berikut.

tapi nasib abah aku tak macam tu.. kalau tak.. memang tak lah aku menaip dekat sini. kekeke.

lepas tu yang nayanyer, bila semua pihak dah beria-ia sangat ni ingat anak/sedara/jiran depa dapat result gempak, semua menaruh harapan tinggi sangat setinggi gunung everest dekat mangsa tersebut.. jadi jika memang si mangsa ni dapat result gempak tak haper.. tapi apakah yang akan jadi sekiranya sebaliknya yang berlaku?

A. mengalami tekanan perasaan

B. menaggung malu yang sangat dasyat

C. tiada semangat nak sambung belajar lagi kerana keciwaa

D. terjun bangunan

E. gantung leher dekat kipas bilik

jadi kepada mereka-mereka yang diluar sana yang ter-YEYER~ or ter-OVERRR~ melampau tu, marilah kita renung-renung dan selamat beramal. just chillex! just COOL je lah tok nek pakcik makcik kak dek der.. okay?

okay... peace no war. aku bukan apa, tak nak lah sehari lepas result keluar masuk news pasal bebudak sebaye aku yang mengambil pilihan jawapan D ngan E tu. jika itu yang berlaku, menyesal sudah tidak berguna. nasik dah jadi bubur mcD. nak wat lagu mana nanti? ish ish.

sebelum lagi banyak yang aku merepek kerana kekeringan idea. doakan sahaja kejayaan kami batch SPM 2010 ni.

k lah mimi FULLSTOP
mood : makan chicken chop tadi. sedap kot!! jadi siapa yang duduk di jb ni sila-silalah singgah di kg. melayu steaks house :)
FULLSTOP with much love : mimiSAJA

2 comments:

Unknown said...

eeeehee :) chill mimi :) Goodluck ye

mimi said...

mimi chill je. keke. tenkiu kaka ezan :D

COPYRIGHT@belog ini hak milik terpelihara daranya untuk mimisaja.blogspot.com sahaja tahu!