^_^
biasanya kalau bosan-bosan aku suka sangat layan cerita korea.. jadi bila cerita korea yang sudah aku copy masuk lam lappy tersayang aku tu semua aku dah tengok, nak tengok apa lagi kan? nak baca novel? ouh! aku tak tahu lah apa pasal ke-cenderung-an aku terhadap bidang membaca ni semakin luput dek telan zaman, padahal kawan aku ni dah bagi pinjam 10 ke 9 buah novel ye anak-anak. dan aku baru baca 1 je.. hehe. padahal masa SPM tengah berlangsung tu, punyalah kemaruk kemaran nak menghadap novel-novel segala! adehh. menyesal dah tak guna,, kuajo punya novel! kita sula dia! HAHA
jadi nak dijadikan cerita, bila semua cerita korea aku dah tengok kita kena berbalik kepada pangkuan jalan. tiba-tiba aku ter-minat nak melayan cerita-cerita yang berbahasa melayu pulak. adoyaaii.. tak pasal-pasal sinetron sejuta cinta marshanda dah jadi favourite cerita gua, dah tak boleh terlepas satu episode pun. mampus! HAHA
tapi satu je yang aku tak suka kalau tengok cerita Indo ni kan, lembab gila kot mereka nak bertindak! suka sangat nak zoom zoom. tapi tu okay lagi, ni bila part tengah syok ni,, tiba-tiba muncul lah dekat bawah belah kanan tv tu "bersambung . . ." tak sedar agaknya episode dia punyalah banyak, boleh beruban tau aku tunggu cerita tu nak habis..rasa macam nak campak tv tu masuk dalam swimming pool kan? nasib lah tak ada dekat rumah ni.. haisyhh!!
lepas tu, semalam selamat dah aku back to back filem Melayu yang aku tak tenguk lagi. mula-mula cerita magika!
woahhhh.. aku suka sangat gambar dalam filem ni! syabas lah abang2 tett.. pakcik-pakcik KRU. wa caya samu lu! hehe, bukan apa. nampak cantik sangat sampai aku bukan focus dekat jalan cerita, tapi lebih dekat pokok langit.. HAHA. tapi cerita dia pun best je. tak sangka DD boleh berlakon jadi macam ganas-ganas gitu! wah! bila time mawi nyanyi, berdiri bulu rome
cerita kedua yang aku layan pulak filem cuti-cuti cinta. ala yang kecoh dengan dialog farid kamil berbunyi nasi lemak 50 sen tu lah. tapi nasi lemak 50sen lagi sedap dari yang beringi-inggit tu tau. lagi-lagi sambal dia.. aduy.. lapo pulak aku ni. hehe
disebabkan orang kata cerita dia lawak, sebab tu lah aku play-kan je ceritanya.. tapi aku rasa tak ada maknanya lawak. aku tengok sampai rasa macam nak tertidur. HAHA. bukan apa.. lambat lah jalan cerita dia. dah lah simple. tapi nora danish sangat hot kot dalam filem tu. eh eh salah, bukan dalam filem je.. tapi memang hot mama! eheh. i loike! walaupun begitu, aku berkorban jugak untuk tengok sampai habis, layankan jelah~
cerita ketiga pulak cerita ialah cerita 4 madu. ala yang apek ade tu lah.
boleh lah cerita dia. ada jugak lah yang buat aku ketawa. tapi takdelah bersungguh-sungguh sampai nak pecah perut kering gusi. awekS dalam filem ni tak macam comel-comel belaka lah pulak kan. hehe. ntah kenapa lah aku rasa rozita c.w. ngan ayu raudah c.w. ni sangat lah canik! aduiyaii, nasib aku perempuan.. kalau aku laki, aumm! haha. gila! cerita dia walaupun simple tapi ada jugak mesej yang apek senario ni sampaikan terutamanyalah dekat lelaki yang berpoligami ni. kenalah adil dsb. ok lah cerita dia..
oh yeah! lupa pulak nak cerita hari isnin lepas aku pergi lah wayang, hajat aku nak tengok cerita kembar siang.
tapi yang lawaknya.. aku pergi dengan 2 lagi kawan aku,, dan hanya kami bertiga sahaja yang tengok cerita tu.. HAHA. kau bayangkan hall dia spacious gila! then, hanya kau tiga orang saja dalam tu. apa kau rasa? kalau aku tau 3 orang je yang tengok, lama dah aku bawak masuk bekal alang-alang buat macam dekat rumah sendiri lah kan. nasib lah cerita dia tak bosan. comel je si cewek di atas, intan pakai tudung! lawak jugak lah, simple dan lawak dia tak boleh tahenn. terasa sayang, terasa aumm! HAHA. satthiya lawak gila kot!
tapi ntah kenapa lah filem melayu sekarang semuanya simple noh. ish ish, laa ni ade dua lagi filem yang aku nak tengok.. senario asam garam ngan estet. nak jugak layan cerita estet. cikgu aku dulu ada cakap cerita dia penuh dengan mesej, okay.. mari ah kita tonton dan lihat saja nanti :)
p/s: semua gambar dalam entry ni hak milik google.
k lah mimi FULLSTOP
note: esok malam berangkat ke perak, doakan aku ngan abah aku selamat pergi ke perak dan balik semula ke johor. amin :)
No comments:
Post a Comment