harini 19 ogos. maksudnya dah 19 hari kan kita berpuasa? yang tak cukup 19 tu pempaham jelah. sila-silalah ganti nanti ya! haha. aku baru je lepas jawab test 2 untuk calculus semalam. aku sangat lah tak paham macam mana lecturer aku nih boleh cakap senang. miss sempat pesan lagi before mula test
"senang je nih. make sure all of you get full marks okayh!
aku punya gembira masa nih.. huihhh! sumpah macam nak lompat bintang lima ratos kali. niat jelah baru nih. sat lagi. aku dah yakin nih boleh jawab lepas tu terus dah nampak dah kesyirikin statement di atas. aku jawab first question! Allah. ROSAK! memang tak lah nak dapat full marks nya wahai cik mimisaja.blogspot.com hoi. kau tahu tak betapa susahnya soalan nya! baru Q1. (a) ye. belum lagi b c 2 3 4 5 6 7 8 9 yang lain-lain. masa nih memang macam nak pergi makan pisang goreng cicah cendol je kau tahu!
ditambah lagi masa aku jawab test nih aku kena flu hebat punya! tu belum termasuk dengan aku kena diarrhea orang melayu kata cirit lah senang citer. 2 hari berturut-turut pulak tu. tapi aku gagahkan jugak puasa sebab nya tak nak aku ganti banyak-banyak hari nanti. sayang tau nak buang puasa macam tu je. ye dop?
nih pun aku tak pergi kuliah. tak larat sangat rasanya nak berjalan. ahh alasan je tuh! eh tak lah betul. dah tak larat rasanya nih. tadi hampir-hampir nak berbuka sebab rasa lemah sangat dah tapi tak jadi bila memikirkan dah setengah hari puasa. alang-alang tunggu jelah sampai buka. tak gitu?
pagi tadi ada class account, aku gagahkan jugak pergi haa. sampai-sampai je terus mengadu dekat miss yang aku tak sihat. nampak tak betapa ngada-ngada nya aku nih? bukan ngada-ngada tapi saja nak berkongsi rasa. eceehh! bla lah kau mimisaja.blogspot.com. tak payah nak drama sangat depan orang. aisehh. lepas aku ngadu dengan miss, dia kata lah yang ujian je nih. sabar jelah. tak pelah harini aku tak sihat. mintak-mintak masa final exam nanti aku sihat. sebab kalau tak, tak tahu lagu mana nak imagine. huh!
k lah mimi FULLSTOP
nota jari : doakan saya sihat ye :)
1 comment:
jge kesihtn dik
Post a Comment